Jom join izan

Sunday, September 12, 2010

loyang @ rose

Dari sehari ke sari... tingin nak buat kuih ros ni ..... bukan apa sedap @ rangup n berderup bila mengunyah..... (ada ke istilah berderup..... tak apa ... istilah dari izan ok..)
hari itu perasaan waktu Hari Raya dah nak sampai ... hati makin kuat dan ingin jadikan juga loyang @ rose nih...
aiiiihhhhh .... cak...!!!!!
jadik jugakkkk..... shantek kan bunga nyer....


Bahan-bahannya:


2 sudu minyak jagung
500 gm tepung beras
300 gm gula castor (tak mau manis jadikan 250 gm)
2 biji telur
air secukup
minyak untuk menggoreng

cara membuatnya:

- ayak tepung
- gaul rata tepung bersama gula castor
- masukkan 2 biji telur gaul rata
- masukkan 2 sudu minyak jagung diikuti air ikut kesesuaian jgn terlalu pekat atau cair
- letakkan sedikit ke dalam mangkuk kecil
- celup acuan kuih ros yang telah dipanaskan ke dalam adunan kecil
- rendamkan kedalam minyak panas dan tunggu sehingga dia tanggal dan timbul sendiri
(api untuk menggoreng jangan terlalu kuat)
- goreng hingga kekuningan

Selamat Mencuba..... :D

1 comment :

Bro Framestone said...

lama dah xmakan kuih nie....

oh kuih ros ke namanya...

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter