2 ke 3 hari ni ... selalu pengsan
semenjak dua tiga menjak ni.... tak tau lah nak cakap camane .... kadang tu naik pelik juga ..... tau-tau dah pengsan.... tau-tau dah pitam ... mana dan je ... baru sandar kepala kat kerusi ... taunyer dah keluar manderem (kroooohhh kroooohh)....
ada satu hari tu tengah ralik mengadap lappy .... rupanya dah serupa ngan miau manje kat pic atas tu ... ngeh ngeh ngeh .... cam terlebey aje makan kuih raya.... hehehe...
"Selamat Berhari Raya".... buat teman-teman semua ... kalau ada salah dan silap mohon dimaafkan... izan cuma insan biasa....
Petua izan mak nenek
~~~~mari cuba-cuba~~~
Petua 1 - masak kuah bersantan
gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.
Petua 2 - cili bergoreng
Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.
Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat
jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.
Petua 4 - Anak2 berselera makan
Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D
Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D
ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.
5 comments :
tak sihat ke?
atau tak cukup darah?
tak cukup darah merah biasanya jadi gitu.
gelap. pening. pitam.
cuba banyakkan makan yang boleh tambah darah.
macam hati.
tak lalu?
makan kerang.
mengandong kot...he3x...tahniah le kalau betul...kalau tak maaf aje le...ni hari raya kan - maaf zahir dan batin
bahaya ni! bahaya!
.
.
.
.
.
.
moral of de stori,
jgn mkn sorang2 kuih raya tu :P
hihihi
Pengsan ada munyi kroooh...kroooh ker? Pengsan ada makna tu...
pening lalattttt..........
Post a Comment