Jom join izan

Saturday, September 18, 2010

kuih gunting

izan suka je makan kuih gunting ... tapi selalunya zan makan dirumah orang tak pun adik zan gunting-gunting goreng di sedekah sebekas dapatlar merasa... tu pun setahun sekali kalau ada ...hehe.... tu yang nak cuba buat sendiri .... puaslar mencari resipi yang sedap.. tapi macam tak boleh nak ikut resipi .... sudahnya talipon biras zan yang dah biasa sangat membuat kuih gunting ni... tu yang baru jadi...

Bahan-bahannya -
(tak ada sukatan ... main tuang aje.. sebab orang dah biasa buat tau apa sedapnya kan)

ketumbar
jintan manis
jintan putih
ikan bilis
udang kering
4 ulas bawang putih
(kisar semua barang diatas)

serbuk rempah kari daging (peket kecil)
500 gm tepung gandum
2 biji telur

marjerin
daun kari (dihiris kecil)
garam (satu sudu kecil) - nak masin sikit lagi lebihkan garam
ajinomoto
minyak untuk menggoreng

cara membuat.

bahan kisar tu ... lebihkan ketumbar dan jintan yang besar (jintan manis) .. ikan bilis juga lebihkan. jangan guna bawang merah sebab boleh menghangitkan bau ... guna saja bawang putih.

masukkan kedalam tepung bersama rempah kari, daun kari, 2 biji telur, garam dan sedikit ajinomoto kacau rata. gunakan marjerin untuk melembutkan doh .... zan tak gunakan air untuk melembutkan doh takut2 terlalu keras bila dah digoreng.



lepas tu zan lenyek seperti di atas dan potong-potongkan. tapi kalau nak cepat tenyeh aje leper-leper pastu gunting. macam biras zan buat... hehehe... lepas leperkan --- ambik sedikit tepung gandum tadi letak ke piring. lepas leperkan, bedakkan doh yang dah leper tu kemudian baru digunting kecil-kecil. tujuan untuk mengelak dari melekat.

maka jadilar kuih gunting seperti diatas. ini belum digoreng ya..... amacam dah jadikan..



selepas digoreng....... dikatakan juga jika tak mahu warna yang kelihatan gelap .. maka bahan sama seperti di atas tapi gantikan rempah kari dengan kunyit..... tapi rasanya sedap lagi rempah kari .... kalau suka nak pedas blend sekali cili api... atau serbuk cili. :D
dan jadi.... rangup dan sedap. belum letak dalam balang dah luak beberapa genggam... apataknya... sekali angkat 2 genggam .... tapi seronok buatnya ... tak yah makan keropok dah.... sendiri buat dah banyak khasiatnyer.... betul takkkk.....!!!!!!



4 comments :

sonata anak kancil said...

huh sedapnya....malas nak menggunting - beli aje...tapi tekak ni nak makan yg sedap2 aje!!! maka nak yg sedap - semua kena buat sendiri kan??? anak2 pun dah pandai kata..masak lagi best!!! maka akak nak ambik la resepi turun temurun ni....( simpan dulu yer...kot2 bila2 senang boleh buat ...he3x TK )

KTS said...

kuih yg kita paliiiiiing suka ni! tp susah nak jumpa


.
.


err. nak buat.. lagilah susah :D


.
.


nak gi raya umah kak izan la camni.. bole??

koko cokelat said...

hi just wanna share with u..lepas da buat doh n canai tu, awk boleh tepek kan sekejap atas kuali leper..sekejap jek dan agkat n baru gunting..hasilnya lagi bagus...dgn cara ni ianya tak kan melekat dan awk boleh buat sebanyak yg awk mahu...selamat mencuba...

Unknown said...

koko cokelat,

ini perkongsian yang jimat..... jimat tepung. kurang bedak... terima kasih. jauh perjalanan luas pandangan....

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter