peluang terbuka luas........ pilihan sedia ada....
kiri dan kanan .....
rebut mana yang diinginkan...
sayu..... hatinya belum terbuka
peluang tertutup kini... pasti
untuk kali ini
aku....
sayu...................
mutiara dah gugur beribu....
apakan daya..... hanya doa kuberi
semoga terus berjaya......
biar aku terus meratap sendiri...
dalam kesendirian yang tidak siapa memahami...
akan kubujuk sendiri
hati ini.....
>>>> akulah si ibu itu.....
Jom join izan
Friday, January 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Petua izan mak nenek
~~~~mari cuba-cuba~~~
Petua 1 - masak kuah bersantan
gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.
Petua 2 - cili bergoreng
Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.
Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat
jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.
Petua 4 - Anak2 berselera makan
Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D
Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D
ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.
14 comments :
Selamat Petang Kak..
..kenapa ni kak?
harap2 semua akan kembali OK ya.
udah la tue kak... biar die yg pilih hala tuju die..asalkan die menjadi ek
eh dah tau ke ape die nk jadi di masa akan dtg...
if nk jadi mekanik... jgn la suruh amik perdagangan... larik tue...
BroFramestone Blog
Salam Kak Izan.....
Apa jua pilihan anak2, just berikan galakan & semangat.OK..
take care....
;)
Zan... bersyukurlah Zan, at least dia jauh dari gejala yang kita bimbangkan. Kak tie dapat rasakan hati seorang ibu. Dan sedang diduga ketika ini. Kerana itu kak tie rasa kecewa dan hampa.
Namun, kita sebagai seorang ibu, tak boleh putus harapan dan sentiasa berdoa. Suatu hari nanti dia akan faham dan sedar. Biarlah jika terlambat asal kita dah jalankan tanggungjawab dengan baik.
Mungkin, Tuhan dah tetapkan perjalanan hidup seseorang.
Walaupun kita seorang ibu memang mahukan terbaik bagi anak-anak kita, namun kita tak boleh melawan takdirNya. Mungkin dia akan lebih berjaya dengan pilihannya sendiri. Itu saja cara kak tie pujuk hati ini.
Selamat Petang dik Pearls,
ini lar... anak2 punya cerita....
jgn risau akak ok ... terima kasih.
framestone,
akak nmpk teruk sangat ye... akak tertelan asam asin... huhu...
dia nak jugak duk kelas tu... katanya dah terseronok pulak. aritu kata tak seronok....
peluang sini bagus dengan Perodua dan Tan Chong... 2 syarikat gergasi tegap. setakat arini mmg memberansangkan... peluang ke Jepun bebila masa aje jika rajin berusaha...
masih mencari identiti...
zyma,
ye.... akak cuba .... semoga dia menjadi insan yang bijak berfikir... klu dapat pinjam jubah framestone tu akak suka....
ok ok.... akak redha....
terima kasih semua.
k tie,
hujan dah turun .... huhu..
ye lar k tie... hari2 zan ingatkan semua nak jaga... akhlak nak elok... mudahan dia jadi org yang bijak berfikir.
zan terkilan k tie... bila tengok surat2 tawaran tu... mulalar i nak nangishhh... huhu. klu dia x pelawa aritu zan x kisah sngt... tapi katanya "carikanlah bu..."...
semua hak dia zan simpan elok2 dlm fail. 1 hari nnt klu zan dh tak da biar dia tengok .... inilar ibu aku... katanya... "kalau"...
terima kasih k tie... kata2 pujukan yang izan hargai.... terima kasih sume.... disinilah saja zan nak meluahkan apa saja yg terlintas difikiran.
Salam Izan.
Memang betul perlu banyak berdoa kerana taufik dan hidayah itu pemberian Allah.
kiranya gersang semakin sukarlah kita. semoga tidak begitu, sebaliknya insya Allah kebaikan itu akan tiba jua.
adik saya baru lepas PMR baru2 ni. keputusan Alhamdulillah. dia bercita2 nak jadi pilot, tapi mak ayah suruh dia jadi doktor.
kesian dia, buntu nak buat pilihan.
Izan,
Ada Hikmah Di Sebaliknya.
Semoga Hikmah Itu Adalah Yang Terbaik Untuk Kedua-duanya.
leenoh,
Insya Allah, terima kasih.... mudahan izan sentiasa sedar segala kekurangan dan sentiasa muhasabah diri sendiri... ... terima kasih leenoh..
cahaya,
waa... syukur Alhamdulillah... kakak dan keluarga tumpang gembira... tahniah buat adik cahaya...
buntu ye adik cahaya.... mungkin k zan pun kena amalkan tolak angsur...
kelisa,
terima kasih u.... mungkin sbb izan masih x nmpk jln tuk diri sendiri...
betul jga... mungkin ada hikmah dan kebaikkan..
hati dh lembut sikit nih... ok dah.. :D
Post a Comment