Jom join izan

Friday, October 2, 2009

cepatnya aku terpedaya...........


Bila hati dah mengidam…… bayangan jadi igauan….. bilakan dapat ku tawan
Si dia yang menawan huhuhu………….
Nampak tak bennar (mcm mana eja dia ye..) tuuuu…….. terdapat di bazaar sementara Jaya One……

Haaa…. lama sudah ku tunggu, makan sudah ku catu…. Hanya dia yang satu…. Sampai kini menjadi idaman kalbu…. Hihihi…
Rupanya aku terpedaya…. Tipu helah menjadi kata… cissss….
Rupa-rupanya nak tau …….. yang dikatakan harganya RM199.00 - Jimat RM1,200.00 harga sebenar HP tu - yang touch skrin lagi tu ….NOKIA 5800
“Awak kena beli lain barang dulu… dapat satu kupon lucky draw … awak untung buleh dapat HP NOKIA harga RM199.00”………..itu latest punya touch skrin..”
Sekarang ini…. Haluuuuuuuu kawan…. Adil ke tidak adil itu kain rentang…….
Hati yang mula tadi berbunga kembang riang….. terus jadi kuncup litup….. huuuuisss….. mudahnya aku terpedaya… memasang angan setinggi udara… akhirnya tetap tiada daya….
Akan ku lupakan selamanya…… “abe…. Tak da rezki dinda…”… abe senyum riang, fulusnya tidaklah terbang… -
kawan-kawan kalau ada ternampak bawah dari 1K buleh lar calling2 ye…..
Asal ku turun dari opis mesti pandang ke bazaar ni dengan hati yang geram….grrrrrrrrrr…

16 comments :

Dearie Pearls said...

Dear Kak,
Selalunya kata2 dorang tu utk promote jer..
mesti ader sumtin hide.
Hehe..

Menyakitkan hati jer..

Leenoh said...

Salam Izan.

Pada pendapat saya pihak tersebut patut dimarah atau diadukan sahaja kepada Persatuan Pengguna atau bahagian perdagangan kerana 50% di dalam iklan itu ada unsur penipuan kepada pengguna.

fazemy said...

haha..metsi ramai yg berpusu2 nak beli henpon tuh. gla murah. keh keh. mcm tu pun ada. tipah tertipu..

julietchun said...

terkejut juge tgk harga, dasar penipu....

Tie said...

Haa... memang selalu ada iklan putar belit ni. Kak tie dah lali.... kekadang suruh kita terima hadiah , tak bayah beli barang... lepas tu suruh main game online... kemudian konon2 menang dapat voucer untuk beli barangannya...

eee... dah terkena.. malas nak layan. Kak tie hampir2 bergaduh dengan salesman tu.. kak tie kata dia cuba tipu, dia tak ngaku... kak tie terus tinggalkan kedainya.. tapi dia paksa ambil free gift tu, sebab dia bengang....

Eh... tukar topik pulak, hi hi..

Catwoman said...

Jgn t`pedaya....takut woooooo. nanti kene tipu daya wooooo.

Akak kene pusing 1 Malaysia la utk cari enpon yg sgt murah. Huhuhu.

atie said...

Biasa tuh, promo barang dia buat lucky draw apa tah....memang tak patut kan, hancussssss harapan yer...hihi. Sabar deh, kalau dah rezeki tak kemana.

CAHAYA said...

baru lepas jual ari tu rm850. beli tapi x pakai. jual sblm raya hari itu.

Unknown said...

dik LOL,

akak ni org yang "ter"sangat cepat percaya... huhu

bukan senang nak mencari yang "ter"lalu murah tapi berharga..

Unknown said...

Salam leenoh,

eeee.... zan termasuk diantara 1% orang2 yang penakut.....

Unknown said...

fazemy,

ye lar tak terfikir pun ..... kalau betul murah mesti dia dah tutup bazaar tu... kehabisan stok..

Unknown said...

julietchun,

terkejut tak apa lagi... akak ni yg sampai dah berbunga-bunga hati nakkan satu...

Unknown said...

k tie,

hihi... best tu ...

zaman sekarang zaman putar alam... tidak boleh dipercayai.... berbagai cara nakkan duit kita....

nampaknya k tie menang perbahasan tu...hehe.. :D

Unknown said...

zyma,

keh keh keh.... peli haaa....

kita memang suka dapat barang berharga tapi murah.... nak jimat kossssssss..........

Unknown said...

atie,

tu lar kata..... hampeh....

nampaknya memang tak dak rezki... kalau tengok komen cahaya lagi best... dah jual harga RM850.00 tak pakai lagiiii... huhu... tangkap nangishhh.... tak apalar... nak tukar selera lar pulak....

Unknown said...

cahaya...

huhuhu... ni yang nak meraung niii...

nak tukar lar pulak... dah tak ada hati.... asik terlepas peluang aje....

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter