Jom join izan

Wednesday, September 30, 2009

jom layan raya lagi...

Ini bukan rumah terbuka .... tapi diminta uleh ipar dan biras ... suasana makan tengahari dihujung minggu... baru sebahagian ... yg lain-lain dah tak larat nak snap .....

lepas makan ... bersantai pulaa....

kelaparannya.... hingga makan beralaskan lantai ajer ...





Pak mentua melayan perangai anak dan cucu .... bingittt..



tiada cerita buat masa ini .... :D

6 comments :

KTS said...

izan... kalau bukan rumah terbuka, maknanya rumah tertutup lah ya..
hikhikhik

Dearie Pearls said...

Makan ramai mesti best..

Tak sedar makan banyak2..

rindunya makan ramai2...

Catwoman said...

Kak Izan....

Best kan dpt makan ramai2....
meriah....semua makanan kompom abishhhhh.
Pinggan nampak clear je... :)

Unknown said...

kts,

iyelar... sungguh tak sesuhai..

ini dinamakan jamuan kecil hari raya .... huhu.... ada besar-besaran ke.

Unknown said...

dik LOL,

betul tu..... sambil berbual ketawa tak sedar tangan mengambil mangkuk tambah ... hihi..

ada yang naik kilogram dak...

Unknown said...

zyma,

tu lar kata.... masa ni sape yang tengah pantang masin manis masam .... tibai aje... :D janji puas hati ....

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter