Jom join izan

Monday, October 5, 2009

Raya tak habis lagi…..

Kata orang Raya sebulan…. Betullahkan…
Anak-anak dah besar ni… pandai pula nak bawa kawan makan-makan dirumah sempena hari raya. Ehhhh… idak, zan tak buat rumah terbuka. Sesiapa yang kata nak datang zan persilakan, tak tolak….. jadi zan sediakan apa saja yang terlintas difikiran. Tak ada yang istimewa sangat dalam persediaan ….
Seperti kawan-kawan rapat abe, ada yang isteri mereka pernah bekerja satu ofis dengan zan ada juga yang zan kenal kerana berjumpa waktu-waktu seperti ini. Permintaan kawan abe supaya zan menyediakan lauk-lauk kampung….
Tak tahular lauk kampung tu bagaimana sebab zan ni orang pekan…tapi untuk tidak menghampakan isteri kawan abe yang sedang berbadan dua, zan pun buatlar lauk yang selalu kami buat jika balik ke kampung abe ada pucuk ubi rebus, ada jantung rebus, sambal belacannya, cencaru goreng cicah cili/bawang berkicap dan yang istimewa “siakap masak asam – alar pindang”…. Haaaa…. Mereka makan sambil menangis…. Hihihi…





Hidangan buat adik ika dan kawan-kawan juga abang iwan dan kawan-kawan …. Zan sediakan “lontong alar izan”… kita layan pic mereka……..zazzzzzzzzzzzzz….



















12 comments :

julietchun said...

masakan ala kampung la pembuka selera, dah jemu mkn ayam/daging. ada sambal belacan ngan ulam lagilah sedap, setakat 2 pinggan tu laju je.

CAHAYA said...

wah, ikan siakap tu boleh buat nanges tu kak Izan. isk.

Tie said...

Rajin betul Zan melayan tetamu cilik tu... Lontong tu kak tie nak cop dulu.. sedapnya....

naz ilyn said...

salam...
izan!! napelah rumah izan jauh sangat kalau kat sebelah rumahkan ker best... rasanya bertambahlah berat badan lynn.

Unknown said...

julietchun,

hihi... memang itular yang jadi pembuka selera... pucuk yang direbus dan sambal belacan...

Unknown said...

cahaya,

wiiiii.... meh lar kalau nak cuba pula...

Unknown said...

k tie,

hihihi... iskkk... dulu2 sendiri tak merasa.. terkilan gak...
lar ni tuk ank2... biar bagi dia seronok sikit...

k tie... meh ler sini....

Unknown said...

ilyn...

hihi... meh ler sini... kalau ilyn tak kemari mana nak tau... :D

tuk jiran2 zan sume dah ok.. hihi... kami besa dah rasa merasa dalam bab selera ni... walaupun diluar bulan2 puasa dan raya... jom join izan...

Dearie Pearls said...

Dear Kak,
Sampai statement "makan sambil menangis" tu dik tersenyum lak..

Menangis kepedasan eh..

Huhu..
Sedapnyer itu.
Air liur telan sahaja..

Unknown said...

dik LOL-Pearls,

tu lar kata... sambil menangis..
k zan tak tahu nak mengagak tahap kepedasan orang jadinya ikut tahap k zan sendiri jawabnya hihi..

buleh bikin kerap masuk bilik kecil... hehe...

Bro Framestone said...

yup raya sebulan...tp makannya berbulan2

Unknown said...

framestone,

bukan berbulan-bulan lagi.... setiap hari yang tak terkira bulannya.... hidup untuk makan atau makan untuk hidup...

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter