Jom join izan

Friday, September 11, 2009

Hujan emas di negeri orang.......

Nampaknya sekarang dah tak boleh nak buat peribahasa hujan emas dinegeri orang.....
sebabnya negara orang pun dah ada hujan batu..... hujan air batu.
nampak tak tu ... ada yang sebesar bola apa tu namanya ye... izan tak tau ....


mengikut email ... katanya di US... hemmm.... tapi sumber ni susah nak dipercayai apa yang penting berlaku di luar negara...



mak zan dulu-dulu kata.... (kata orang tua dulu2) jika dapat peluang hujan air batu ni ambil sebesar ibu jari telan jangan dihisap sambil minta apa yang dihajati, pasti terkabul..... iye ke ha.. zan tak pernah dapat jumpa hujan batu, tapi kalu berpeluang apa hajat zan nak yee.... kalau yang lain apa agak2 hajat yang nak diminta ye...







haaa... lihatlah antara kemusnahan harta benda akibat bencana alam.... dalam insuran tak terkandung perkara-perkara macam ni boleh claim ye.... jadi kalau nak isi borang insuran baca dulu ye... sebab sekarang dah berbagai dimasukkan terms & condition jadinya sebagai persediaan sila fahami dulu isi kandungannya ye.... mana lar tau satu hari nanti kat tempat kita pula.....







Sekarang di negara orang tiada lagi hujan emas ...... jadi jangan lar kita berangan nak pergi ke luar negara untuk membeli belah..... hehe.... renung-renung kan......
Selamat Bercuti hujung minggu dan selamat membeli belah ..............





8 comments :

julietchun said...

kuat rupanya hujan batu sampai buleh pecah cermin, ingatkan macam salji je.

dina said...

hujan ice batu di negeri org, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri betul tak jan... hehehe

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

dasyat betul hujan batu..
minta dijauhkan la..

Bro Framestone said...

skrg dok hujan ribut je di kala petang...xleh nk g mengular ke bazar ramadhan

Tie said...

Ish...minta2 dijauhkanlah hujan batu ni... hujan emas tu lain laa... mesti kak tie dulu yang keluar menyambut, ekekeke......

Ismail N said...

Salam Izan,

Tak kiralah hujan emas ke, hujan batu ke, hujan air mata ke... rasanya sentiasa lebih baik negara sendiri kan?

Catwoman said...

Hujan batu....
Owhhh tidak....nanti kepala daku benjol2 sana sini.

**Bila Akak nak turun Alor Star? calling2 la sy.... :)

Catwoman said...

Salam Kak Izan....

Sila dtg angkut KAD RAYA kat blog sy tau.

Kali ni dah tak kene potong tangan dah. Tapi ianya hanya sampai hujung bulan ni je, lepas tu dtg balik "NAK CURIK EKKK?? AKU POTONG TANGAN KO." heheheh.... utk security.

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter