mengabadikan setahun di ACO - AHO tetap dalam ingatan dan kenanganku...
15.9.2008 – dengan nekad izan memulakan detik baru di ACO ….. bagaimana perasaan izan ….
Biasanya bila kita dah lama kenal … selalu serasi dan mesra…. Segalanya berjalan dengan lancar dan mengujakan. Tapi langit tidak selalu cerah … bila mendung menjelma hati berasa gundah dan kecewa. Nekad ….. nekad mencari yang tak pasti….
Tidak mudah izan menyesuaikan diri ditempat baru …. Terasa berat bahu memikul …. Memikul beban minda dalam mencari keserasian. Disini izan tak punya siapa-siapa untuk izan meluahkan rasa hati yang terpendam … izan tak berani … kerana izan melihat setiap dari mereka hanya mementingkan keselesaan sendiri dan seolah izan sebagai bahan untuk mereka bercerita samada yang buruk atau yg susah izan nak bayangkan. Kerana dari sekecil-kecil zarah sehinggalah yang boleh mendatangkan kesusahan pada diri.
Kadang2 izan menangis …. menyesal … dan kurang ceria sehingga diri jadi tidak menentu ….. kerana dalam kepala penuh dengan pertanyaan … mengapa … bagaimana … begitu dan sebagainya.
Sekalipun begitu … sehingga hari ini, zan cuba untuk tidak mengalah dan terus mencuba … diam tak diam rupanya dah hampir setahun izan di ACO. Masih belum sempurna dan cekap …. Tetapi zan akan terus belajar dan menghadapi segala yang datang. Apa saja yang menghadap akan izan sapa sehingga semuanya seperti bukan lagi satu masalah tapi keceriaan ….
Sangat bersyukur mempunyai boss besar dan boss kecil yang selalu memberi peluang untuk izan belajar.......... dan juga Abe (dulu2 minta zan sabar jgn berhenti sebab abe bilang lain tempat lain cara) yang selalu menyergah izan bila lihat izan cemeh aje menghadapi ragam manusia(bilang abe len kali kalau nak ambil satu2 keputusan, fikir 10X), banyak mengajar izan jadi berani menunjukkan taring hihihi....
Kepada mereka yang menjadi tonggak keceriaan izan …. Izan amat berterima kasih kerana cuba memahami diri yang adakala tidak menentu dalam mencari keselesaan.
P/S: Kak Sal, Shanti, Linda, Niza .... i luv u (all) ... hihi, semalam k sal telpon ... ijan jadi rindu lar. ketawakan rapu rapan ijan kat sini (haa ingat pun apatu... "tersirat-tersurat hihihi...) .... malu lar i .... tapi jan tak kisah, bacalar ... i tetap ijan yang dulu... Gee ... buat gee jugak, akak tau kdg mu datang sini gak .. aduyaiiii... bukan ijan tak nak telepaun .... tapi ijan ni maluuuu (k sal pun tau kannnn...syyyy) ...... menulis dan berkata-kata memang dua perbuatan berbeza .... :o .... kita akan ...???!!!###@$%^&
3 comments :
lumrah memang begitu .. kita akan mengambil masa untuk menyesuaikn diri kita dgn tempat baru...
moga terus succes.
kata orgtua, bersabar itu pahit tapi hasilnya pasti manis.
Hmmm....
Kak tie pun ada pengalaman begitu, tika kerja dulu. Memang susah nak menyesuaikan diri. Tapi, lama-lama seronok terutama bila kawan2 baru boleh menerima kehadiran kita.
Post a Comment