Jom join izan

Monday, September 14, 2009

SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL ..... MAAFKAN SEGALA KESILAPAN DAN KEKASARAN.

Minggu ini kita membuat persiapan terakhir sebelum tibanya Syawal.... kemeriahan untuk menyambut kedatangan Syawal sudah terasa .... hangat dan meriah. Banyak kebaikkan dan pengalaman dalam bulan Ramadhan. Ada kebaikkan dan pengajaran setiap apa yang berlaku dan dihadapi sepanjang bulan Ramadhan. Dan kita sepatutnya rebut segala peluang dan menebus segala kealpaan pada bulan Ramadhan ini yang kita sambut dalam setahun hanya sekali dan cuba membawanya sehingga diluar Ramadhan... InsyaAllah (kita buat bersama-sama). Setiap yang berlaku ada hikmahnya disebalik.
Selepas Ramadhan hadirnya Syawal .... terasa sedih bila mengenangkan Ramadhan akan meninggalkan kita tidak lama lagi. Untuk menanti hadirnya lagi, entahkan berpeluang ataupun tidak. Marilah kita sama-sama berdoa buat semua umat islam, teman-teman, sanak saudara, kaum keluarga, rakan dan taulan agar dipanjangkan umur untuk bertemu kembali Ramadhan dimasa akan datang... InsyaAllah.
Buat teman-teman yang beragama Islam, teman-teman alam maya dan sesiapa saja juga dimana jua......... Ampun Dan Maaf izan pinta, atas segala kekasaran - kesilapan - kemusnahan - dan apa jua perbuatan sehingga menyebabkan ada yang tersinggung, terasa hati, sedih, marah malah apa jua perasaan .... harapan zan jangan teman-teman semua simpan di dalam hati ye. anggap saja izan bergurau dan bercerita santai sahaja. Kita mulakan dengan 0 - 0.
Hari ini izan dah mula terasa kemeriahan untuk menyambut Syawal yang kurang dari seminggu aje lagi. Persiapan .... sederhana dan menyeronokkan. Tambahan pula mendapat kad hari raya dari teman-teman seperti zyma dan k ina. terima kasih ..... semoga ceria selalu.....




4 comments :

kuina said...

izan.. sy nak minta ampun minta maaf minta sorry gak klu ada yg terlebih sudah!

Faridrashidi said...

Salam,

Mari kita teruskan beribadat dipenghujung ramadhan.. semoga kita temui lailatul qadar yang dijanjikan.

Maafkan saya juga.

julietchun said...

andai ada komen yg terkasar bahasa hrp dimaafkan.

Catwoman said...

Salam K.Izan....

Selamat Hari Raya, Maaf zahir & Batin.

Maafkan sy andai sy terkasar bicara, mengguris hati Akak. Maafkan sy.
Semoga persahabatn kita berkekalan, Insya Allah.

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter