Jom join izan

Monday, May 4, 2009

Gulai ayam Minang Padang....

Ha.... ini menu Sabtu (zan kesuntukkan masa bulan ni...adooiii) ... gulai ayam pencen. masak cara Minang. turun temurun dari abah zan melalui air tangan mak yang dah sebati dengan resipi-resipi abah.

inilah pula rupa air tangan izan...

kalau nak tahu, abe cukup suka gulai mak ni...... bukan abe aje, si bujang - iwan pun cukup suka. kalau tanya zan... tak tau nak cakap apa dah... dari celik kenal alam dah cium bau masakan ini... hihihi... :D.... dah lali sesangat.

tapiiiiiiii... nak masak sama rasa macam mak buat..... tak taulah berapa kali dah try .... asyik kantoi ajer.

ye tak ye... kenalah zan sediakan pen dan kertas sebab nak buat "sejibik" rasa air tangan mak. Dan itulah hasilnya.... dapat puji dari abe dan si bujang. abe tenyum2 angkat ibu jari.... lulus sejibik.

Ha... pada sesiapa nak mencuba boleh cuba. (zan pun ada dengar orang panggil gulai indo..) apapun..... semoga selamatlah mencuba.

Bahan A.

1 ekor ayam pencen (rebus 2 - 3 kali kering air)

Bahan B.

RM1.00 bawang kecil (bahagi 3 bahagian - guna 1 bahagian sahaja)
1 labu bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit
RM1.00 cili api (ikut suka nak pedas)
10 tangkai cili kering
(kisar kesemuanya)

Bahan C

2 batang serai
(racik pangkalnya separuh - baki diketuk)
1 1/2 biji kelapa (ambil santannya)
2 helai daun kunyit sederhana besar

Bahan D

1/4 asam keping
sedikit garam
sedikit msg
minyak


cara masakan


panaskan minyak pada api sederhana besar. tumiskan bahan B kacau hingga agak garing dan naik bau. kemudian masukkan bahan A dan C. kacau rata dan biarkan hingga masak. akhir sekali masukkan bahan D kecuali minyak... hihihi....
masak hingga agak kering kuahnya bergantung juga pada keinginanan individu yang mahu berkuah.

jika izan akan buat pedas yang keterlaluan dan agak kering sedikit.



19 comments :

Anonymous said...

Amboi.....takkan tak nak kongsi resepinya Izan uuiii !!

Nak tau gak !!

~Cinta Cukulet~ said...

uihh sedapnya huhu

Anonymous said...

Ooo...macam resepi masak kuali kak tie je...he he.. cuma kak tie masak kurang peas.

Mekasih kerana bagi resepi tu... kak tie dah lama tak masak gini... biasa masak cincai je. Sakit tangan ni, cuma boleh taip keyboard je..he he..

Dearie Pearls said...

Hye kak..
lamanya baru muncul..
huhu..
Kak Ok?

Mmmm...
Nak rasa boleh?
Hehe..
LOL xpandai masak hooooo..
ngeeeeee..
masak utk diri sndri ble ar..
hehe..

Ok Kak..
Thanks sudi amik award..
Kak jaga diri k..

Happy wednesday!

The Admin said...

iko wa'ang Minang dima .. santiang banar .. naik salero aden ..

Unknown said...

k tie,

izan kalau dapat menekan keyboard macam menekan piano penuh lagu tau... hihi :D

kadang teringin nak makan sedap tu yang usahakan jugalah.... kalau ikutkan jemari zan ni dah gedebab..

Unknown said...

cinta cukulet,

baru tengok dah rasa sedap, belum rasa lagi tu...hihi :)

Unknown said...

Pearls,

bulan ni k zan gitu-gitu aje...

nak coti lama cikit jung bulan ni. tu yang kelam kabut ket jer..

no poblem.... nanti akak tampalkan kat sini key.

nak rasa kena bikin appointment... yang ada-ada dah langsai hihi... ;)

ceria-ceria selalu ye...yang iye.

Unknown said...

The Admin,

hihihi.. ;)

yang belamak naik salero...

KTS said...

aduhai.. apasal la ayam..

huhuhuhu... tak boleh makan ayam.. alergik..
teringin sangat.. tapi nanti badan sendiri yg menanggung... uihhh... tak sanggup :D

Unknown said...

ku tak sempurna,

dah jemu makan ikang.. huhuhu :(

makan sayur pun rasa daging... berkhasiat ;)

naz ilyn said...

salam izan...
wah sedapnya... selalunya masakan minang ni terkenal dengan gulai lomak... tapi kali ni lain pulak yang izan bawa cuma tak berkuah... yang penting pedas melampau hihihi baru anak minang.

echah_syed said...

sama mcm rendang utara laa izan.combi selalu buat mkn dgn ketupat nasi.tp guna ayam bandar jek :p

tapi kalo sebelah famili combi mkn dgn ketupat pulut.

kita panggey rendang pedas :)

Unknown said...

ilyn...

tu lar... kita nikan.. yang berlemak tu yang sedap. bukan senang nak dipantang2kan. satu lagi bab pedas...

agaknya lidah ni dah kebas kot sampai dah tak rasa pedasnya...

berkuah pun sedap, kalau kering tu tinggal masukkan kerisik ngan jintan manis jintan putih ha... jadilah rendangnya. hihi....

Unknown said...

combi..

bahannya serupa aje kan. kadang kita tokok tambah bahannya tuk menjadikan sedapnya bertambah..

waduuu... ketupat pulut tu dipanggil juga ketupat palas. waduuu sedap tu... :D

CAHAYA said...

wah, terliur terus. :P

dina said...

jan, cair air liur aku... huhuhu

Unknown said...

cahaya,

nak kena sediakan tissu tu.... :D

Unknown said...

dina,

huhuhu... :D nangishhh... (x dpt nak hidang kan tuk kwn2..)

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter