Jom join izan

Monday, April 27, 2009

CUTI BERSALIN LEBIH AWAL.... kakitangan awam

Ini seronok punya cerita ..... bagi ibu-ibu mengandung...

bakal ibu boleh ambik cuti bersalin awal - maksimum 14 hari dari tarikh dijangka bersalin. bagaimanapun, ia akan ditolak dari jumlah cuti bersalin 60 hari yang telah diperuntukkan. Peraturan baru ni berkuat kuasa mulai 1 Mei, menurut Pekeliling Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan pada 20 April. (izan rasa dulu macam ada cadangan supaya 2 bulan ditambahkan kepada 3 bulan - tapi..... senyap je pulak lar ni)
bermakna, ibu-ibu yang dah rasa nak berehat awal atau mahu merehatkan minda seketika dalam membuat persediaan bersalin dah boleh menarik nafas lega.
Bagi bakal ibu - yang pertama kali hendak menjadi ibu dan ibu-ibu yang telah 2 - 3 kali menjadi ibu [hihihi...:) ] yang rasa dah tak larat nak bekerja kerana telah hampir hari... boleh tersenyum dengan pengumuman ini. dah boleh mula congak bila nak berehat. bagi yang bercadang nak menambah ahli keluarga... juga boleh tersenyum dengan pengumuman ini.
Nampaknya.... tahun ini izan pun boleh tersenyum juga..... :) jeng-jeng.
sumber dari BERITA - 26.4.2009

20 comments :

Anonymous said...

Ahah !

Zan ada isi ke ?? Ekekekekee.....suka pulak...!!

Eloklah buat cuti gitu. Biasa orang bersalin awal dari tarikh bersalin. Macam Tie, biasa bersalin awal seminggu....he he.. tak sabor kot !!

Leenoh said...

Salam.
Peraturan cuti seperti ini barulah adil dan berperi kemanusiaan.
Peraturan yang telah lalu kekadang terpaksa ibu mengandung bertegang urat dengan bosnya utk dapatkan cuti awal walaupun sekadar sehari dua.
Apa sahaja yang bertujuan kebaikan masyarakat wajar disokong.

~PakKaramu~ said...

Salam,

Ala datang je la bawa keluarga sekali, kita ni dah macam keluarga dalam blogger, lagipun pada hari tu ramai blogger yang datang termasuklah Pian Habib, mungkin juga Ramli Sharif kalau dia tak ada program penting, di jangka blogger Perak,Selangor dan Penang akan hadir

julietchun said...

kalo 3 bulan lagi best kan :D

Anonymous said...

salam izan,
bunyinya macam izan pun dah berisi...betul ke??

baguslah bagi cuti awal2...sbbnya ibu yg hamil ni akan mudah kepenatan bila dah dekat dgn waktunya...bila bagi cuti awal ni bolehlah berehat..sementara menanti hari.

~Cinta Cukulet~ said...

bersalin baju bleh apply cuti tak?ehehehee

Dearie Pearls said...

Hye there Sis..

Berita baik neh tapi nampaknya belum sampai masa adik nak bergembira. huhu..

Kepada akak2 aku, silalah bergembira.
Dapat rehat awal.
huhu..

Untuk Sis Izan..
Nak rehat 14 hari awal ke?
ngeeeee...

Unknown said...

k tie,

ahah!...

wakakaka..... zan pun nak tumpang suka... :D

masa setiap orang tak sama kan...

Unknown said...

leenoh,

kadang-kadang buat dek aje... tak larat nak gadoh. ambik cuti sendiri ajer...

kalau boleh nak mohon tambah lagi satu bulan cuti... :)

Unknown said...

Pak Karamu,

hihi... buat saya cenyum2 ajer...
malu ah.... terima kasih banyak.

waaa... kawan pak karamu hebat2 belaka. saya kecik cam semut aje... :D

Unknown said...

julietchun,

yelah kan.... 3 bulan tu yang ditunggu-tunggu...

huhuhu ... ;(

Unknown said...

ima,

ekekekek.....

kalau dapat lebih lagi keistimewaan, bestkan...

Unknown said...

cinta cukulet,

kalau buleh akak pun nak mohon jugek...

Unknown said...

Pearl,

kalau dibagi nak gak berehat...
3 - 4 hari cukup lah... hihihi... ;)

naz ilyn said...

salam izan...
rindu juga dengan izan tuhan jer yang tau... lyn datang kejap jer ni nanti kalau dah ok lyn datang lagi...

Unknown said...

ilyn...

nak nyanyilah khas tuk ilyn...

"rindu...rindu serindunya....."...
halamak hujan turun daa.... :D

tq ilyn.... :)

sherry said...

salam IZan.

Lama tak 'jumpa'. Apa khabar mu di sana...

Unknown said...

k sherry,

hihi :D.... masa agak terbatas kini...

zan kabarnya baik2 aje... Alhamdulillah. makaceh..

Eiba said...

Nak tambah ker kak izan??? Wahhhh...tahniah!!! Baguuusss...Eiba pun kalau ada rezeki...next year baru nak plan..hehehehhehehhehehe...gataaaiiii tulll...

Unknown said...

eiba...

apalak gataiii.... elok lah tu.

k zan ni dah senja nak malam ... :)
cop sirim pun dah habis tempoh kot hihi......:D

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter