Jom join izan

Wednesday, March 18, 2009

amboi-amboi.... makan sesaja..

Kadang-kadang..... hee... kadang-kadang ke? Selalunyalah kan.... ini ajelah sarapan di pejabat. nasi goreng ke goreng...... awal pagi dah kena sediakan... itu kalau rajin lah. kalau kena pemalehnya...... roti bakar je lar rezeki haritu..... tahankan dari pagi sampailah kepetang. bukan sebab nak jimat sesangat tapi kat sini tak da tempat makan yang jimat kos..... hehehe..
nasi goreng tuuu....

kadang pagi tak makan simpan ke tengahari.... har itulah sarapan tengahari.




tapi bila tiba waktu malam...... haaaa... kengkadang lauk yang dihidangkan buat keluarga, hihi ngancam gitu...... sedapppp.... abang iwan dengan adik ika kalau buat cam gini kan.... diaorang ngadap dua beradik sampai habis. ibu dengan abah dia ngadap tolong tengok dan tolong kopek ajer... kadang tu yang tinggal tuk kami.... kaki ketam yang halussssss..... gitu.



ini juga kalau nak tahu masa kecil2 kami dulu.... mak ni dah penat masak berlemak lah... yang bersambal lah..... bila dia dah penat nak menggiling... dulu-dulu menggiling pakai tangan ... yang ibu dan anak tu.... bukan penumbuk. jadinya penat tu tadi.... nak senang tapi makan nak sedap dia masak lah kari tanpa santan. sedap tau.....
meh tengok rencah izan....

Bahan
Ketam 4 ekor (Dipotong menjadi 2 bahagian)
5 biji terung kecil (dibelah 2)
1 paket kecil rempah kari ikan adabi (dicampur sedikit air agak likat)
minyak untuk menumis
sedikit garam
sedikit msg (ajinomoto)
1/4 asam keping
1/2 cawan kecil air putih
sedikit daun kari
Bahan hiris
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
caranya:
panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumiskan bahan hiris. masukkan rempah kari, asam keping bersama terung dan dikacau sehingga naik bau dan agak garing. masukkan 1/2 cawan kecil air putih. kemudian diberi perasa garam dan juga ajinomoto. masukkan daun kari dan ketam yang telah dibersihkan dan digaul rata sehingga masak. biarkan seketika sehingga rempah agak kering sedikit dan kemudian boleh diangkat untuk dihidangkan.

14 comments :

CAHAYA said...

hmm. Nasi goreng 1 kak Izan. Bila kak Izan start tulis je, mesti kecur terus air liur Cahaya. :)

Tie said...

Alaahai....

Teringat zaman muda2 dulu....kak tie pun bawak bekal masa kerja...hi hi...

Tu ketam memang menggoda betul laa....

cendawanintim said...

sekang ni tengok gambo makanan yang best2, selera makan tak datang2 jugak...adehhhhh...

Leenoh said...

Saya memang gemar makan nasi goreng tetapi dengan syarat jangan letak lada, kalau makan waktu pagi ok. kalau makan masakan berlada pada waktu malam, nahas,....nanti malam tak dapat tidur.... sakit kepala.
Wassalam.

dina said...

baru semalam buat masak rempah ayam tanpa santan... hehheee... ketam memang tak naik umah aku le jan, tak reti nak makan... heheheee

naz ilyn said...

salam...
seronok tau gi keje bawak bekal kemudian makan ramai-ramai siap boleh kongsi2 lauk lagi... bawak satu lauk dapat makan 2-3 lauk... kenangan masa muda-muda dulu.

Catwoman said...

Amboi...byk nya. Tuuuu fail tu byk sgt. Keje berlambak ekkkk??
So, K.Izan kena la makan byk2. Supaya ada energy utk menghabiskan keje2 yg byk tu..
Huhuhuuhuuu.......

Unknown said...

cahaya...

hihihi... lain kali kenalah tengok selepas makan. bila dah kenyang pasti tak heran....

Unknown said...

k tie,

terpaksa tu..penat rasanya sedia kan bekal.

hihi... yang menggoda kalernya tu kan...

Unknown said...

cendawanintim,

hehe... kesian dia.... faham tu, sabar ye.

Unknown said...

leenoh,

kenalah rajin berpantang.... lain padang lain belalang.

Unknown said...

dina,

dah faham allergic kamu tu... kesian dia.

ayam masak rempah gitu... mesti sedap. yang ada herba2 tu ker... ijan belum dapat peluang lagi nak cuba.

Unknown said...

ilyn,

kat sini tak buleh nak kongsi ngan sesiapa pun......

teringat kat tempat lama - teringat kawan2 lama. yg lalu biarkan lalu...

Unknown said...

zyma,

ye lah tu........ lepas makan ngantuk... hihihi...

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter