Jom join izan

Friday, March 13, 2009

Wanita ini...

Beberapa hari yang lepas kita menyambut hari wanita..... Selamat Hari Wanita... dan selamatkanlah kewanitaan anda. hihi...
Bukan apa.... zaman sekarang dah banyak yang terbalik, wanita nak jadi lelaki manakala lelaki berminat menjadi wanita.
Oke... nak tunjuk walaupun tak jelas, inilah diantara wanita yang paling ku sayang.

Wanita yang banyak menyimpan suka-duka. Wanita yang terlalu banyak menyimpan cerita derita. Wanita yang menjadi penonggak kehidupan seorang bernama lelaki. Wanita yang membahagiakan seorang lelaki yang punya cerita tersendiri......., Wanita yang membahagiakan anak-anaknya yang punya cerita sendiri juga....
Apapun sebagai wanita, dia menempuh semua dengan hati sabar. Dia tabahkan hati dan kuatkan semangatnya sendiri walaupun sebenarnya dia tahu harapan hanyalah harapan...
Inilah mak izan.... haa.... masa nak ambil gambar dia macam ni..."mak pandang sini... orang nak ambik gambar masuk dalam blog orang"..dia ketawa.."hehe.. takmaulah muka buruk.. nak ambik gambar biarlah waktu elok-elok pakai gincu ke dah berbedak ke".
.... izan cakap apa... "tak yah gincu... mak dah umur 60 lebih. tak yah gincu... ni pun cantik dah...pandang sini"... dia ketawa bagai nak rak... haaa... itulah mak izan - ibu kepada 3 orang anak - punyalah baik perangai anaknya tu kan mengacau maknya ... haaaa.... camane maknya camtulah anaknya - malu2 gitu kan.. ....cun lagi mak tu jgn tak tau..., umurnya dah 60 lebih tapi jangan ingat umur begitu kita tak perlu nak mencantik diri.... kalau boleh biar sampai bila-bila kita mencantikkan diri walaupun hanya tinggal dirumah sahaja..... ok... saja mengusik mak tu........ zassssssssss...............

20 comments :

naz ilyn said...

salam...
mak izan yer... masih lawa lagilah walau pun dah 60th tapi macam 50an jer... pipi masih menawan bibir masih mekar... ada rasia ker jaga kecantikan... mesti izan dah sapu semua hehehe... muka izan sebiji macam mak izan mewarisi ni...

p/s: kirim salam dengan mak yer...

Unknown said...

ilyn,

tu lar kata nyorok balik pokok kelapa pun tak boleh, pandang jer muka zan ni org terus boleh cakap ini anak sape... cucu sape... anak buah sape... hihi..

tak danya yg boleh diambik dari mak zan ni... bab makan je yang boleh hihi...

bab lain... langgar ajer... mak zan ni x suka makan jamu ke, ubat ke, susu ke... semua dia tolak.

waalaikumussalam... alhamdulillah.

cendawanintim said...

masih gagah lagi mak izan yer...jaga la dia baik2..

Fadhli-Fadhilah said...

hu...hu...rindunyer kat mak kita kat Kota Bharu tu...Selalu contact pun x sama ngan jumpa

CAHAYA said...

Cantiknya Mak kak Izan. :) Wanita itu unik satu persatunya.

chekdenoor said...

aha....mak izan cam malu-malu jer...... heheheheh....kesian dia.......

Catwoman said...

Itu mak K.Izan ekkkk?Masih muda, cantik, anggun....
Kirim salam sayang kat mak Akak ye.

Take care.....

Rindunya kat K.Izan....

ateh... said...

salam ..
kak zan lame dah tak mai umah akk kan..dah dtg ni g la buat2 kueh ke air ke..hahhahha

wah syg betul kat emak kan..sape tak syg kan.ateh pun same jugak la..syg sangt2

wah ramai ke lelaki mint jadi ponpuan..hahahaha.mak tak suke la nok...
HAHAHAHHAHAHAHAHa

doakan ateh tau..nk keje jadi cikgu jab la klu ade kosong..pas tu nak sambung MA bulan 7 ni..hihihi

Tie said...

Ibu........

Dia adalah segala2nya, kan.....

AHMOI said...

SELAMAT HARI WANITA BUAT SEMUA WANITA..WALAUPUN KU DAH TERLEWAT UCAPANNYA BEBERAPA HARI..TAPI NAK UCAP GAK..HAHAHA

Unknown said...

cendawanintim,

dah kurang gagahnya tu... lutut sakit2 dah... insyaallah -terimakasih.

Unknown said...

fadhy,

orang kelate ya... jauhnya mak dia.

betul tu... talipon tak sama dengan depan mata. tapi... kerana tugas/tanggungjawab... mak2 kita ni faham...

Unknown said...

cahaya,

terimakasih... mudahan diberi kesihatan yang baik berpanjangan.

kita semua pun unic juga...hii..

Unknown said...

chekdee,

hihi... izan mengacau dia... kalau dapat kat adik kedua zan lagi.... tak kering gusi dibuatnya..

Unknown said...

zyma,

adoiii... jgn rindu2 selalu nanti terkenan rupa k zan ... hilang rupa zyma hihi.. acah je.

makasey...

Unknown said...

ateh..

gi buat air ngan kueh haaa..

tu lar... asyik keutara selatan camane nak singgah mai..

tular... sayangilah ibumu, bila dah tiada nanti kesunyian.... sprt asben k zan asyik terkenang bila raya nanti ... mak dah tak ada....

Unknown said...

k tie,

kita ditempat yang sama jua...
"ibu"

Unknown said...

ahmoi..


Untuk semua wanita.... teruskan perjuangan dari segi apa pun...

Leenoh said...

Salam.
Selalu doakan dia supaya sentiasa sihat, Insya Allah kelihatan ceria.

Unknown said...

leenoh,

betul tu.... menceriakan ibu-bapa mahupun orang tua2 secara tak langsung melapangkan fikiran kita juga....

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter