Si bujang senang...........
Inilah 2 bersepupu yang akan menghadapi PMR pada tahun ini...
Pejam celik...pejam celik... rupanya... dah nak PMR....
sebagai ibu tak ada apa sangat yang diharapkan. cuma kesejahteraannya, keceriaannya dan semoga berjaya didalam pelajaran mahupun hidupnya. setakat harini, pandangan sebagai ibu/abahnya...apa yang ditunjukkan olehnya adalah yang terbaik, dan jika terlepas pandang.... itu semua zan serahkan kepada yang Maha Kuasa, dan perhatian dari masyarakat sekeliling yang mengambil berat. Tak pernah zan abaikan apa yang disampaikan dan sentiasa menyelidik kebenarannya.
Kadang-kadang kan terasa seperti kekasih kepada anak sendiri, apa taknya...jika berjalan hendak memimpin tangan ibunya. Jika ibunya sibuk didapur menyiapkan makanan, dia pula sama menyibukkan diri bertanya apa yang sedang dimasak... apa nak ditolong.. apa nak dikacau.. lepas ni nak masak apa... dan sebagainya.(pandai bodek ibunya gak niii..). Tapi apa yang kadang zan jawab... haa.. buku dah baca, kerja sekolah ada ke... lepas tu mulalah mulut siibu pot pet-pot pet, si anak pun lari sambil tersengih-sengih.. sambil katanya ibu dah mula bukak kitab...syarahan dah mula ngan mukadimah.
Kadang-kadang terasa diri seperti seorang raja yang sentiasa hendak memberi hukuman kepada rakyat yang melanggar perintah. Adakala seperti singa lapar yang hendak menelan mangsanya... grrrrr.... Kadang pula terasa mempunyai anak kecil bila makannya minta disuapkan... baringnya diriba ibunya. Kadang pula seakan tak lama lagi diri ini akan bermenantu pula... hahaha...
Inilah hari-hari yang tak mungkin diulang semula apa bila kita telah ketinggalan dan mensia-siakannya. Dugaan dan cabaran.... yang izan sendiri masa kecil hingga ke remaja kurang merasakan saat-saat kebersamaan dengan aman dan ceria disisi ibu bapa, lantaran kesibukkan dan kekurangan yang dicipta. apapun sebolehnya semoga saat-saat akhir ibu bapa yang masih tersisa, izan ceriakan dengan cara sendiri dan boleh dijadikan contoh untuk anak-anak melaluinya pula dikemudian hari kelak.
Apapun, sebagai ibu mendoakan apapun jalan yang dipilih adalah yang terbaik untuknya menjalani hari-hari mendatang dan tetap belajar menjadi ibu yang boleh menerima pembaharuan (tetap dipengaruhi sedikit pengalaman lampau..), cuba menjadi ibu yang ceporting... (huhu..abg iwan minta sedikit keterbukaan dalam separuh-separuh bab)... dan sokongan dari abe untukku melembutkan lagi keterbukaan buat anak remaja, kerana masih menganggap si remaja masih lagi anak kecil yang perlu di sekat dan diarah. apapun semoga apa yang dibentuk pada hari ini akan menjadi panduan dan pedoman menjadi seorang lelaki yang disegani dari apa sudut sekalipun. Insyaallah.
20 comments :
mesti rindu waktu dia baby kan? Cahaya rindu adik Cahaya waktu baby. Tahun ni dia dah nak PMR. Cepat betol 15 tahun berlalu. :)
Salam izan...
Adik bongsu sy tahun depan PMR...cepat benar masa berlalu...Apalah yg akan dihadapi mereka eik...generasi sekarang x sama ngan zaman kita dulu2...Cabaran dan godaan melangkaui sempadan segala2nya...
Adoi Zan,
Anak lelaki ni manjanya lain macam je. Kekadang minta disuapkan, kekadang minta dicium. Geram pulak. Bila buat perangai, hati kita yang menjeruk.
Insyaallah, anak zan akan berjaya dlm PMR nanti. Selalulah berdoa utknya....
out of topic--> betul pe yg akak cakap... bukan senang nk cari lelaki yang sanggup menjaga isterinya yg tua dan kurang sihat..selalunya blah cari perempuan lain..tp bile laki sakit..perempuan gak dok sebelah..ye ke he...23x
ops pernah berlaku ke kak.. nie pe kes guna trademark kite nie
Tak sangka...akak ader anak yg nak PMR this year...waaahhh..teruja saya...tentu seronok kan..sekelip mata saja anak2 dah besar...
cahaya,
tu lar cepatnya masa berlalu. rindu jugalah masa lalu, kalau dapat diulang lagi... nak topup mana yang terkurang dan tak bagi tinggal satu pun...
tapi yang berlalu tetap berlalu jua...
p/s: cahaya... cepat2.
fadhy,
masih ada adik yg akn ambil pmr ye.. bongsu ke.
itulah fadhy, semoga apa yang kita tunjuk dan ajar itu akan jadi panduan dan pedoman untuk dia berfikir dan pergunakan.
k tie,
terimakasih k tie, saya harap sangat, tapi saya terima juga apa saja pun...
betul tu k tie, dalam pada saya mcm ni.. sabar saya kadang tahap taufan juga. tapi memang banyak buat saya belajar.... dia cuba bagi apa yang saya mahu dan saya cuba bagi apa yang dia mahu. walaupun susah... saya belajar dan terus belajar. mudahan saya dapat apa yang saya ingin kan. insyaallah.
framestone,
sebenarnya sikap.... semua pun sama kalau kita perhatikan. tolak ansur dan keserasian. eh ye ke... akak ni agak jer.. hehe.
wupppss... trademark framestone ke.. akak nak tengok kamu tu peka ke idak... kalau hak sendiri... muktamad orang lain tak leh nak guna ye... okelah saja jer tu... nak mengusik.
eiba,
huhu... dah besar2. yg kecil aje takda... hehe..
tunggu time eiba pula camane rasa nanti.
p/s: masa kecil rasa selamat bila dah besar kena selamatkan... hehe.. bukan mudah punya anak2 remaja...banyak nak kena faham dan faham.(cam gitulah time kita dolu2.. mak/ayah kita pening kepala... haaa... sekrag rasakan akak ni.. hehe)
mak ni smpi anak2 dah beso pnjg pun nak layan mcm baby lagik.tu yg dorang tak selesa.betul tak izan..??
combi,
tul tu...hehe
sebab tu zan cuba buat mcm2 kelainan supaya biar dah besar pun tapi betah dirumah. tambahan anak zan yang besar lelaki...
doalah kak. Cahaya doa side Cahaya. lagi ramai, lagi cepat. huhu.
cahaya,
hehehe... k zan doakan.. tapi cahaya kena usaha. usaha tangga kejayaan.. haha.
Salam,
Menghargai kunjungan Izan ke bloag saya.
Doa seorang ibu adalah restu untuk anak-anaknya :)
Bunga Rampai,
kembali...
kita semua yang bergelar ibu ni memang sentiasa merestui anak-anak. mudahan mereka dijauhkan dari perkara2 yg tidak baik dan mendekati semua yang baik2 belaka.
Salam.
Anak remaja lelaki biasanya pada usia 14 tahun mulai renggang dengan ibu bapa dan rapat dengan kawan-kawan ketika inilah mereka akan melencongkan arah tuju ke arah lain yang tidak sepatutnya.
Ibu bapa sepatutnya tidak memberi peluang itu melainkan dengan pengawasan.
Kalau mereka suka bersama kita bermakna suatu petanda baik, senanglah kita pupuk potensi mereka.
leenoh,
paling zan takut... "menuding jari". tambahan sebagai ibu bekerja.
tiada rahsia antara anak dan ibu/bapa. walau sukar bagaimanapun kita kena terima apa yang diceritakan/diluahkan. dan terpulang kpd ibu/bapa bgmana mengatasinya dan menasihatinya.
apapun ... cuba menjadi kawan kepada anak2. Insyaallah...dekat dgn kita.
salam izan...
kekadang apabila anak-anak kian membesar dia seakan makin jauh dari kita... bila di ingat sedih rasanya.
dari tapak kaki sebesar dua jari sampailah berjari-jari besar tapak kaki... sampai masanya dia terpaksa kita lepaskan membawa haluan hidupnya sendiri berbekalkan apa yang kita semaikan.
p/s: moga anak izan dapat membanggakan izan walau apapun keputusannya...
ilyn..
alar sedihnya... jgn gitu ilyn.. kita lihat saja dlm diri kita. dulu kita pun gitu... tapi sampai masa kita pun pnya keluarga sendiri, matlamat sendiri... dan sebagainya. redha kan aje ye....
bila ibu/bapa redha hidup anak2 aman dan tenteram... cuma kita ni sebagai ibu kan... pikat lebih anak2, bagi contoh yang diaorg boleh lihat yang sampai bila2 kita ni ibu dan diaorang tak boleh lupakan kita sewenang2 bila dah berkeluarga.
terima kasih ilyn, mudahan anak2 kita semua menjadi anak2 yang ingat kepada orang tuanya.. insyaallah.
Post a Comment