Jom join izan

Monday, March 2, 2009

Hari Jumaat punya cerita.....


Nampak tak tu..... lori-lori ni.... tak boleh ke kalau bawak barang jangan lebih muatan. nak ditegur... bukan kita punya company..... ini yang sebenarnya sikap individu. sikap Individu yang memandu yang juga tuan bawa lori tu.
izan kan... kalau nampak lori2 macam ni, kecut perut. tambahan kalau abe bawak motor kan... nak dilumbanya lori tu.... aduuu... hatiku ini haluusssssss jadinya. zan pun apa lagi... bisinglah mulut ku ini membebel... jangan-jangan... jangan dilumba lori tu... bagi dia jalan dulu... . nanti abe pun bising... kalau ikut belakang dia... bila nak sampai rumah. zan pun jawab... takpa... rumah tak lari.... ikut je belakang lori tu..... Haaa... gara-gara lori sebiji ni haa... pun boleh bertekak. bertekak tanda sayang... hehehe... ada sesapa nak sokong.....
lori tu pun satu..... kalau nak keluar bawak lebih muatan pun... keluarlah malam. ini time sibuk orang nak balik kerja... mana nak kejar rumah.... hehehe.... sape nak disalahkan tu.... langsung tak memikirkan keselematan orang lain..
lesen... sesiapa yang mempunyai lesen, cuba "check" - takut2 dah tamat tempohnya.... hehe.. seperti izan ni.... dah 3 bulan tak "renew"... hidupkan untuk setahun... memandu adalah sekali setahun. haaa... camane tu. bila sekali memandukan... habis lori segala lori zan potong.... alasannya...."tak mau dekat ngan lori..." .... takut..... nak ikut belakang lori.... lagilah tak mahu. sudahnya... biarlah lesen tu tinggal camtu.... esok dah nak tamat barulah renew... haha...

29 comments :

Tie said...

Ooo....kak tie pun takut !!

Walaupun dalam kereta, elok jauhkan dari lori tu....tengok balak2 tu dah naik seram!

dina said...

aku kan jan, kalau nampak treler besar2 racing tengah jalan, memang aku pejam mata. kalau pegi klang ke atau jln area nak ke bukit beruntung, memang tak nak tengok lori2 ni, nak2nya kat jalan nak pegi ijok selekoh maut tu jan, huhuhuuu... lori sampah bawak muatan berlebihan tak hengat....

naz ilyn said...

salam...
kalau memandu dan bertembung dengan lori-lori besar macam tu... saya lebih rela biarkan ia jalan dulu atau ikut jer kat belakang tapi kalau ada peluang dan ruang yang selesa dan selamat memang potong jer... tak tahan lambat sangat.

p/s: memandu ni terpaksa keraskan hati walau pun sebenarnya kecil hati...:)

CAHAYA said...

Cahaya takuttttt sangat kalau ikut belakang lori macam itu. Teringat cerita Final Destination. Huhu.

Leenoh said...

Alahai takutnya lori tu, takut nak selisih.begitulah kalau tamak.
Cerita pasal "renew' lesen tu, telah berlaku pada saya juga dua bulan lepas, cerita ini saya masukkan ke dalam blog saya Santai Sihat iaitu entri 19 Januari 2009.
Wassalam.

Anonymous said...

hmm ...

memang berengset ler mamat tu..huhuhu

mereka hanya tahu menjaga periuk nasi mereka sahaja...

tapi bagaimana pula dgn org lain? Pengguna jalan raya yang lain?

JIka kemalangan berlaku - bagaimana nasib anak2 yg sedang menanti kepulangan si ayah atau ibu?.. bagaimana pula nasib anak2 yg dalam perjalanan untuk bertemu mak ayah?

kalau den, den ambik gambo dgn no plat dia sekali.. kendian den report kek balai polis berdekatan..

ambik insiatif sikit. biar susah sikit.. jangan jadi manusia PEMALAS & juga msnudis yh MUDAH PUTUS ASA! - PENAKUT!

Nanti natijah yg baik berbalik pada diri sendiri juga!

sama2 lah kita berjuang.. berkempen Keselamatan Di Jalan Raya....huhuhuhu

maza yg geram!

Anonymous said...

psst...tersalah tulis la...hehehe

"& juga msnudis yh MUDAH PUTUS ASA! - PENAKUT!"

- dibaca - & juga manusia yg MUDAH PUTUS ASA - PENAKUT!

Unknown said...

k tie,

memang seram k tie...

berhati-hati bila memandu atau menunggang kenderaan. ;)

Unknown said...

dina,

memang betul .... kita selalu marahkan lori... yang sebenar kena salahkan pemandu lori tu.

dina mu jangan tup mata, luas kan lagi deria memandang ye... sekitaran berbahaya.

dina selalu ke pergi ijok.. bukit beruntung... buat apa kesana jauh tu... kalau bukit beruntung dah dekat lah tu... mailah singgah jap. hehe

Unknown said...

ilyn..

ye lar zan ni hatinya kecil sangat dalam bab2 memandu ni... bila terpaksa sangat baru keluar sendiri. kalau idak tunggulah org membawa.

ilyn... kalaulah boleh diasingkan jalan lori ngan kereta ngan motor. alangkah indahnya kann...

chekdenoor said...

Kesah lori laju...lori terlebih muatan dan pemandu yang banyak rekod kesalahan....banyak dipaparkan....tapi.... tindakkan yang berkuasa...hanyalah sampingan...... Pihak berkuasa lebih suka ambil perhatian kepada ...tali pinggang belakang...cermin hitam.....dan kes-kes kesalahan kecik...sebab...senang nak makan duit....... hmmmm....

Ini lah negara ku ...MALAYSIA..... undang-undang dah jadi cam celaru...kacau bilau....

Unknown said...

cahaya...

hehehe... besar pengaruhnya tu...

hati2 bila memandu. juga kepada semua pemandu... berilah ruang kepada penunggang ye.. hehe

Unknown said...

leenoh,

takut gak ye.... kita sume pun sama. bukan apa hargailah nyawa yang allah beri... dan ingatlah insan-insan tersayang...

leenoh pun ada buat entry tu... izan terlepas pandang, boleh gak tengok semula.

Unknown said...

maza,

SEMANGAT niii... hehe..

ini satu antara seribu... bukan kita semua penakut. tapi inilah keadaannya dimerata pelusuk kawasan.

apa yang boleh dibuat - berhati-hati dijalanraya. bertimbang rasa ... dan ingat orang tersayang. jauhkan/elakkan lah diri dari situasi2 yang berbahaya.

p/s: negara makin maju, tapi pemikiran izan .... "biarlah... janji kita selamat diperjalanan.. insyallah".....

Unknown said...

chekdee,

agak izanlah kan... dah terlampau banyak kes mcm ni... diaorang dah boring kot... kes tak habis2. selesai satu datang 10 ...

itulah chekdee... kita yang berada diatas jalanraya kena "sendiri mau ingat...."....

p/s: sentiasa berdoa supaya dielakkan dari perkara2 tidak baik.

Anonymous said...

izan -

'kita' jerk ke yg perlu selamat?!

habis anak2 orang lain, bapa2, ibu2, atok2, minah2, abang2 orang lain camner lak?!

Soal kita harus dikembangkan agar tidak terlihat seperti menjaga pingan nasi sendiri sahaja!

Sebab itu kerjasama antara kita, masyarakat sekeliling penting.. Kita menjadi mata, telinga dan mulut kepada pihak berkuasa...

Jangan segan2 atau malas2 nak report! Kurang2nya tercacat sudah dalam statistik dan dapat membantu penkaji2 sprti JKKJR utk buat polisi keselamatan jalan raya!

Akhirnya dengan tindakan sekelumit itu sebenarnya banyak membawa erti! Kita telah menolong 'nyawa' orang lain juga!

Ingat! Tindakan si dajal pemandu lori kedabak itu boleh membunuh. Tetapi pemandunya tidak ada cedera sekelumit pun. bahkan kebanyakkan kes mereka terlepas!

Jadi siapa yg menzalimi siapa skrg ni?

Pendek kata, kita yang nampak tetapi tak report adalah sama zalimnya seperti pemandu lori yang dajal itu! Sebab kita membenarkan ia berleluasa, dan mengiyakan kemalangan dahsyat berlaku..

fikir2kanlah!

mengomel sahaja tanpa tidakan sama seperti memekik di dalam air sungai.. air terus mengalir mulut tetapi perubahan tidak ada!

Kita perlukan tindakan! Cakap, mengomel dan berTINDAK!

(psst: itu bezanya lelaki dan perempuan - bercakap sahaja, bising sana sini, bertindak ???)


(hehehe maza: melepaskan geram jerk!)

glup... jgn kena black list dgn tuan rumah, udah ler! huhuhu

Tie said...

Maza ooii !!

Amboi...bukan main marah lagik ! Kesian tuan rumah ni...kang dikuncinya pintu ni baru tahu, tak boleh masuk, keh keh !

Unknown said...

maza...

jgnlah marah... nanti cepat tuuu....e...hihi

habis camano... org pompuan tahunya nak mudah jek... asal selamat ... udahlah... kepada yang lain pun beringatlah... "sendiri mau ingat".... yang berat2 serahkanlah kek org lelaki...mcm maza... buleh kannn.

penat maza... sky juice je buleh... hihi

Unknown said...

k tie,

itu semangat berjuang tinggi ... hihi

kesian saya ... gagap dibuatnya.

Anonymous said...

Salam,

Saya pernah nampak muatan lori menghempap kereta di sebelah. Memang mengerikan dan tentunya penumpang tiada yang selamat. Kos utk satu trip lori memang mahal, mungkin lebih mahal dari bayar saman kot? saya kurang pasti tetapi kalau lori panjang begitu saya tahu memang amat mahal. Sebab tu kadang2 tokey buat suka dia sebab dia dapat jimatkan trip plus masa ( 1 trip maybe save 24 - 48 hours kerja, byk jugak tu). Lagipun kadang penguatkuasa pun boleh di runding2.
Yg sedihnya pengguna jalan raya mcm kita la ni yg sengsara.

Unknown said...

Ismail N,

memang betul... para pemandu tu kadang kejar trip.

kes2 lori timpa-menimpa ni memang ada 2-3 yang diketahui sbnrnya tak mau nak ingat. ngeri....

sebab tu lar....

Madam Shah said...

Tu la, patutnya kena buat undang2, semua kenderaan berat hanya dibenarkan keluar malam je. Kalau nana dok blakang lori, jawabnya semua org yg ada dlm keta tu akan kecut perutla jawabnya..
Jangan tanya kenapa, hanya aku yg tahu,hehehe :))

echah_syed said...

uishh kena repot ni.izan tak ambek nom plat ker??

pic ni pun dah bole jadi bukti.

Unknown said...

nana,

hihi.. samalah kita. nape ye diaorang kecut duk dalam keta kalau kita yang pandu. ;)

Unknown said...

combi,

zan waktu tu sebenarnya lebih kepada keselamatan diri dan rasa betapa kecilnya lalu tepi dia.

tak terlintas kepada perkara2 lain.

Fadhli-Fadhilah said...

report jpj jer...banyak nyawa melayang jika malang tak berbau...Malaysia ni, pihak berkuasa hanya amik tindakan bila ada nyawa yg dh melayang...masa tu dah tak guna nak buat tindakan...ingat nyawa rakyat ni bleh simpan2 dalam botol agaknya...huh...emosi plak...

Unknown said...

fadhy,

sabar fadhy... ini 1 antara seribu. apa yang boleh nak dikatakan... berhati-hati dijalan raya... kita mampu mengubahnya... hihihi... ;)

Anonymous said...

kita hati2 di jalan raya ... tapi orang lain belum tahu berjati2...adakalanya langsung tak pedulikan kita....nak buat camner lak tu?!

hmm


(psst: soalan menduga akal dari maza)

Unknown said...

maza,

nak duga izan ye...

ni kita citer lawak2 aje yea....

pemandu yg tak punya perasaan ni kita ambil tindakan kita sendiri yang timbul dari hati geram... macam2 buleh kita buat... hihi...

oh no.... jangan dibuat.
izan tak da jawapan......

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter