Teratur ker....
Siapa tak pernah guna "diary".
seumur hidup......!!!!!!
samada dia bekerja ataupun tidak ...... ;) - biasakah menggunakan "diary"?
seumur hidup izan sehingga 15.9.2008, zan tak pernah mempunyai "diary sendiri". walaupun setiap tahun dapat percuma... sanggup lagi zan tukar kepada kalendar.
teratur ker hidup menggunakan "diary"?......... selama yang zan tahu. hari-hari yang mendatang zan langgar aje tanpa ada perancangan cermat. semua main ingat dalam kepala aje. apa yang zan tahu, janji hari ini lebih baik dari semalam. dan esok lebih baik dari hari ini.
bila dipaksa menggunakan "diary"... mula2 memang susah nak ikut. benci - campak ketepi. bila boss kecik panggil main ingat je dalam kepala. lepas tu main catat kat mana ikut suka aje. bila hilang --- hilanglah tak menjadi masalah bagi izan. setiap pagi kena buka "diary"... menyiksakan. cukup tak suka.
tapi belajar sesuatu yang baru membuatkan kita menjadi terbaik dari yang baik.... betul ke? eeee.... bila buka "diary" rasa macam terlalu banyak benda kena buattttt.......grrrrr
Petua izan mak nenek
~~~~mari cuba-cuba~~~
Petua 1 - masak kuah bersantan
gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.
Petua 2 - cili bergoreng
Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.
Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat
jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.
Petua 4 - Anak2 berselera makan
Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D
Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D
ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.
19 comments :
Dulu kak tie rajin tulis diari...tapi rasa gelabah sebab tulis yang personal tu...Tak tahu nak buat macam mana, lastly kak tie tanam je...he he...kalau sesiapa terjumpa dan baca, mesti boleh tulis novel punya, kah kah !
K.Zan...
Sy pun mcm K.Tie. Hampir serupa la citernyer.
Kes tulis "Ayat2 Cinta" la kononnya dlm diari tu. Bila my mom baca....dia marah la. Sebab diari tu dia kasi utk jot-down yg penting utk tugasan/homework masa study di college dulu.
Mcm api je lubang telinga ni bila kene marah psl tulis "Ayat2 Cinta" kat boyapren masa zaman batu dulu.
Kenangan....kenangan...
Cahaya takdelah berdiari bagai macam tulis blog. Tapi planner tu ade la. Ada yang cakap Cahaya ni masih kuno kerana masih guna Filofax. Haha. Tapi yang penting, kerja siap dan xde yang tertinggal langsung!
Pastu setiap hujung tahun, dah boleh tgk dah setakat mana accomplishment! :P
Elok rasanya dapatkan Diari Islamiah keluaran Sterling Crown Sdn Bhd.
Selain merakamkan peristiwa, ia dapat mengingatkan kita tentang Tuhan.
Di dalamnya terkandung pelbagai panduan! Banyak faedahnya...
So next year, ingat Diari ingatlah Diari Islamiah terbitan Sterling Crown Sdn Bhd. (03-2282 7688)
Oopsss!
hehehe...
terpromosi lah pulak....
:D
Kak Izan...
Eiba kena tulis kat diary..Boss punya appoinment and semua arrangement eiba yang buat..So diary aderlah sesuatu yg amat penting bg eiba masa kat opis...
Kalau hilang diary tuu....huhuhuhuhu...Cfm eiba ken carik..x pun...mc!!!
"Diary..- u make my life glitter"
salan izan...
seumur hidup sy memang tak punya diari... pernah cuba buat tapi takut pulak nanti orang baca... macam kak tie kata tanam kat kepala jer.
chekdee tahun ni baru mulamenulis diary...tapi bukan halperasaan...cuma catatan tentang aktiviti jer.....sebab jels kat hubby....dia sentiasa ada rekodkan aktiviti dia.......
First of all, saya x faham kenapa izan labelkan post ni under merapu? Sbb actually ia persoalan yg baik. Diari adalah satu cara yg amat baik utk organize diri tp ramai yg x sanggup tulis, termasuk saya sendiri. Maybe saya jarang duduk opis, maka saya jarang tgk diari tp semasa saya di HR Dept dulu saya keep a diary utk ingatkan saya benda2 yg perlu saya buat atau yg telah buat. Information yg penting2 juga boleh disimpan di sana & boleh dirujuk jika perlu. :)
Penggunaan diari memang berfaedah, tapi saya juga tidak dapat mematuhi disiplin mencatatnya setiap hari itu, jadi saya gunakan buku catatan yang tidak bertarikh dan rekodkan peristiwa yang paling mustahak sahaja dan masukkan tarikh sendiri, agaknya diari peristiwa terpilih saja kot. he he he.
wassalam
k tie,
hehe... rasa nak baca apa ada dalam diary k tie....ooo dah tanam yeee..
saya tak pernah ada diary.... tak suka menulis. menaip... ok...
zyma,
waaa... rajin juga menulis diary yee...
huhu... mengapa k zan tak gitu yeee...
biasanya kan orang2 yg punya diary ni begitu teratur dan garang orang nya....
ye kee... nasib zyma pun dah tanam.
k zan ada bopren pun simpan dalam kepala... nanti kena belasah ngan abah k zan...huhu
cahaya,
guna planner.... waa ada juga..
k zan kalau guna planner tempat simpan kertas2 kotor... lama2 planner tu pun tak tau rupa apa dah...
tak pandai guna planner juga...
maza,
terimakasihlah... boleh juga tu..
kalau ada sesiapa yg berminat boleh call.... mungkin tahun depan... bagus juga... kalau boring menatap boleh baca info2 kecil yg ada disitu... betul juga kan...
eiba...
k zan dalam percubaan menjadi seperti eiba.... tapi di opis je lar... berkenaan dengan kerja lerr.. lain2 hal, dalam kepala cukuplah...
cukup tak gemarrrr....
ilyn...
zan terpaksaaa.....
nmpknya untuk hal ofis oke.... tapi lain2... samala kita...
tanam dalam kepala cukuplah..
chekdee,
kadang2 orang yg biasa merekodkan tu.. mereka dah buat sejak azali.
tapi zan tak boleh ikut... sebab zan tak boleh menjiwainya.. huhu..
tak da perasaan ke zan ni...
chekdee.... semoga dapat mengekalkannya...
Ismail N,
izan tak ada alasan tertentu... mengapa setiap topik diletakkan dibwh bab merapu. cuma mungkin terasa kerendahan diri... itu saja.
ismail juga menggunakan diary... biasanya orang yang menggunakan diary cermat dan teratur... malah jarang ketinggalan atau tertinggal.
mungkinkah izan juga boleh berubah kearah itu... daripada orang yang sangat sempoi... huhu.. kurang cermat sebenarnya dan cincai aje...
memang susah nak berubah...
leenoh...
ada peristiwa terpilih yee...
apa antara peristiwa terpilih tuuu...
rajin juga mencatit....
biasanya org lelaki lebih rajin mencatit dari orang perempuan....
Post a Comment