Jom join izan

Wednesday, February 18, 2009

Hati kacau.....

Nak cerita ni.... bacalarrr.... saja nii.. nak borak-borak kosong je...semalamkan ofis tetapkan tarikh untuk pemeriksaan darah dan segala ujian secara percuma. izan ni kan bab-bab macam ni lah yang lemah tau, orang (orang tu izanlah) dah kata nak dikecualikan boleh ke, tapi dia orang suruh juga buat.
bukan apa, zan ni buat pemeriksaan betul-betul bila demam aje... tu pun kalau demam teruk (Alhamdulillah kesihatan setakat harini..) kalau tak pun kan telan panadol je - tido.
kenapa?... zan ni tak sukalah nak check sana sini kalau tak rasa sakit, nanti dibuatnya timbul pula penyakit yang tak pernah didengar tu yang tak mahu. selama ni rasa sihat tiba-tiba timbul penyakit yang pelik kesan dari pemeriksaan.... huiiiii... negatif betullah fikiran zan ni. memang tak boleh nak bagi nasihat kalau tang ni...
cuba tengok hasil pemeriksaan percuma tadi.... ujian tekanan darah....
yang lain-lain zan tak yah bagi tengoklah... oke je...



Haa tengok tekanan zan tu.... 110 -70, bab ni memang best, kebetulan "my lawyer" ada kat sebelah, memang patut dia dengar. Pemeriksaan tu menyatakan yang zan kena tekanan darah rendah, kadang-kadang pening, dan ini tak bahaya cuma tahap warning. "My lawyer"... ketawa tau... haa tula, tau cakap dia aje kita nak dengar dan ikut. dalam hati - nasib baik dia dengar jangan asyik taunya nak cepat aje, sementelah lagi kita tak banyak cakap, sesuka hati dia aje.... grrrr.


Nak tau yang sebenarnya, itu semua kesan dari puasa sunat (alasan kenapa 110 - 70) isnin lepas, hari pertama... manalah tak sakit kepala tahap mata tak leh nak buka dah. waa... ada bagusnya juga ye.... . harap-harap jangan kena buli lagi dah lah. kena paksa buat pemeriksaan ni pun zan anggap buli tau.... dia orang ketawakan zan yang tak mahu bagi tangan tuuu....

21 comments :

chekdenoor said...

aha...zan takut doktor....takut kena cucuk ya....heheheheh....

chekdee pulak takut sangat nak g jumpa doktor gigi.....bukan takut sikit-sikit...memang takut tahap maxima...hmmm....ni ada gigi berlubang.....dah2,3 bulan kata nak g jumpa doktor gigi...tapi...macam-macam alasan ler chekdee ada untuk tak g.....hmmm... cam mana ya.....

singamaraja said...

Auuum !

Wah kembangnya kok cantik sekali kak

sherry said...

Salam Izan...

Catwoman said...

K.Izan, best tau klu dpt jumpa doktor. Mana tau dapat cuti MC sekali....ponteng keje. Best tau!!!
Lalalallalalaa....
Tambahan pulak,doktor tu encem. Lagi la best.Hikhikhikhik...

Oleh itu adalah dinasihatkan supaya beranikan diri buat med.check-up ye.....supaya Akak dpt jumpa doktor encem. Lalalalala

Unknown said...

chekdee,

lama dah tinggal bab cucuk2 nii...11 thn dah tuu... kalau awal2 dulu x pe.. lar ni fobia dengar bab ambik2 darah ke ...

chekdee, sakit gigi ye...camane tu. haaa.... takutnya... sampai bila nak tahan tuuu... haha

Unknown said...

singamaraja...

haha... memang gitu kok... apenyaa tu. AUMM... akak pun dah pandai nii..

Unknown said...

Salam k sherry,

k sherry ada buat pemeriksaan kesihatan tak...

Unknown said...

zyma,

waaa... guru segala guru niii....

dapat tengok je wat pe... haha...

hoho... jgnlah, k zan tak mau mc, semua pun tak mau. k zan nak sihat dan cergas, sebab bnyk plan niii hihi...

lainlah zyma... tak lama lagi siaplah dia, tak tido malam la tu...

CAHAYA said...

Bagus la ada lawyer. Ada gak orang amik berat. :)

p/s: nak lawyer gak. tp bukan lawyer kak izan la. Haha. Ops!

Unknown said...

Cahaya,

bukan lawyer ambk berat kita, kita kena ambk berat dia. tapi bab sakit biar dia dengar supaya jgn selalu nak dera kita... haha...stress.

k zan pun boleh jadi lawyer, tapi kena tukar ejaan lah...."LOYAR"... hehe.

naz ilyn said...

salam izan... kekadang kita kena bueat pemeriksaan sebelum terlambat untuk memastikan kesihatan kita betul-betul baik... jadi bolehlah kita jaga pemakanan kita... chewah macam doktor pulak saje jer nak kasi positif thinking.

echah_syed said...

combi pun tekanan darah rendah gak.dah tooot :(

ada kawan nasihat suruh minum air banyak dari kebiasaan.insyaALLAH :)

Unknown said...

ilyn,

betul tu pemakanan kena jaga, exercise.... pemeriksaan kesihatan.. huhu kalau boleh nak jauh dari doktor tu kecuali sakit baru cari dia... boleh ker...

(huhu.. ilyn kita ni sebenarnya dah tahap kena selalu jumpa pegawai pemeriksaan...memandangkan umur dah meningkat ni...aduuuu..)

Unknown said...

combi,

syukur rendah... jangan tekanan darah tinggi nanti semua kena pantang... kan.

memang sejak akhir2 ni zan kurang minum air mineral.... nak mulakan semula 8 gelas sehari... terimakasih ingatkan zan.

Tie said...
This comment has been removed by the author.
Tie said...

Bahaya tekanan darah rendah tu...boleh pengsan gak...

Jaga kesihatan dan pemakanan tu...Kak tie ni memang pandai nasihat orang, he he..

Anonymous said...

kak zan, saya pun takut pi check doktor. huhu..
pun tak suka pi spital....

Anonymous said...

If you have nay health problems, please layari laman web ini Trace Minerals Concentrace?

Cubalah....

Unknown said...

k tie,

iye... pegawai pemeriksa tu pun kata camtu.... tapi kadang2 zan memang pengsan - tidur pengsan..hehe. takda lah k tie... gurau je.

terimakasih dengan nasihat k tie... (kekadang nasihat ni memang diperlukan. hendak ikut atau idak itu belakang kira. yang penting kita bagitahu aje.... )

Unknown said...

ana,

spital tuk org yang kurang sihat... (betul ke aaaa...),

huhu.. x mau gak duk spital kalau boleh...

Unknown said...

aaisyan,

tq so much... izan sihat2 je... syukurlah. tapi boleh juga melawat kesitu nanti... tuk tambah ilmu.

terima kasih aaisyan....

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter