Jom join izan

Saturday, January 3, 2009

lemak paku merah

Kita cerita masak-masak lah ye..... sesekali tukar la pulakkk... ni nak tanya...

pernah tak tengok paku merah..... tengok kat bawah tu kami panggil paku merah, nama saintifiknya zan tak tahu.... dulu kalau balik kampung abe kat Sungai Besar, sepanjang tepi jalan tu merah aje dia..... sanggup berhenti kereta ketepi semata-mata nak kutip paku merah ni. biasanya waktu pergi 'em' kat mana banyak, nanti balik dari kampung berhentilah kutip.

Tapi sekarang.... zan beli je kat pasar malam. pantang nampak nak beli.... kalau beli sekali 2 ikat.

kalau zan tak rajin nak masak biasanya zan rebus je sampai empuk, lepas tu sediakan sambal belacan pedas-pedas. bila waktu makan nasi tu ambil 2-4 tangkai dilurutkan kemudian cicah sambal belacan, makan dengan nasi panas2 dapat pula ikan jeruk dari kedah tu... aduhaiii... berpeluh dia buatnya. kalau makan tengahari .... mau bertambah-tambah nasi. hilang budget nasi separuh.

Tapi sebab teringin nak masak lemak kuning, tu yang zan pun buat lemak kuning. memang pedas habisss kalau zan melemak...orang minang kalau tak pedas mana sahnya.

biasanya zan akan rebus sampai empuk juga paku merah ni sebelum campur dalam masak lemak kuning.


Bahannya:

1 ikat paku merah
(direbus hingga empuk)

Bahan kisar:

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
RM1.00 cili api
1/2 inci kunyit hidup
1 sudu garam
Sedikit minyak masak

Bahan:

asam keping
ikan bilis
sedikit garam
sedikit ajinomoto

Bahan kuah:

1 biji kelapa parut
(diambil santannya)

Caranya:

Masukkan kedalam periuk, bahan kisar bersama santan dan juga asam keping dan ikan bilis. dikacau hingga masak...supaya tidak pecah minyaknya. diberi perasa secukupnya. setelah itu masukkan paku merah yang telah empuk tadi dan dikacau terus sehingga benar2 masak. kemudian boleh diangkat dan dihidangkan.


14 comments :

CAHAYA said...

wah, me'mucuk', me'maku' dan me'ngumbut' sakan yer kak Izan. Selamat menjamu selera. Cahaya masak simple² je bekal. Best!

Bro Framestone said...

eh pucuk paku yg merah leh makan jugak ke....

CATZ said...

salam..

jumpa ur blog while blog hopping..
wah..another blog masak2..saya suka.
sedapnya pucuk paku....
anyway...
salam perkenalan..

catz

Anonymous said...

pucuk paku merah? ada ye kak zan..
isk nampak sgt saya tak reti masak. unik2 la menu masakan kak zan nih. nanti leh cuba nih..!!

Unknown said...

warhahah....kreatiflah cahaya, sakan ketawa dibuatnya...yelah...tak perasan.

selamat menjamu selera juga kepada cahaya...

Unknown said...

framestone,

haa...ni mesti kat kampung pun banyak kan. boleh makanlah.. tu k zan makan oke.. sedap tau.

Unknown said...

Salam catz,

masak main2 jer ni...curi2 masa.
tapi pucuk paku merah tu memang sedap dimakan...

salam perkenalan juga dari k zan.

Unknown said...

ana,

adaaa... pucuk paku merah tu. kadang kat tepi jalan aje ... kadang kat tepi hutan...

mana uniknya masakan k zan ni... percampuran tu yang buat dia beraneka.. haha hihi.. cubalah ana sesekali.

chekdenoor said...

Izan.....hmmm kechur air liur chekdee......sedapnyerrrr.....ikan jeruk tu memang kesukaan chekdee...... lomak paku merah.....yummmiiii....sedapppnyer...... kalau kita makan berkelah...sure lagi sedap..........

Unknown said...

chekdee...

haaa... betul tu, tambah2 kalau baru naik dari pantai, perut lapar...dapat pulak ikan jeruk tu...kena pula dengan paku merah... ada pulak sambal belacan..huuiiiii...ish. hihi..

chekdee pun biasa makan paku merah juga ye...

nak bercuti x lama lagi ni...nak cari laut...

dina said...

ni first time aku tengok paku merah... selalu bayam merah je yg aku tengok...

Unknown said...

dina,

ada paku merah dina, kalau jalan kat pasar2 malam cuba tengok. tapi kalau pasar di kl mmg x da, biasa kg2 jer..

naz ilyn said...

salam...

lamanyer tak makan pucuk paku merah masak lomak... kegemaran orang minang masak kow punya pedas... perh berpeluh...

Unknown said...

naz,

pandai juga makan paku merah ye... memang enak...

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter