Jom join izan

Thursday, January 15, 2009

Ayam Masak Merah

Cerita Zan ni tak dalah kerja lain....bila ada masa...masak je lar kerja zan kalau duk dirumah. kalau tak alamatnya perut tak berhentilah berdondang sayang. jangan kata zan aje .... seisi rumah berlagu keroncong. Kadang tu mulut pun berlagu rock... almaklumlah hari cuti2 bila dah berkumpul ramai-ramai dengan anak-anak tu, ada aje yang tak kena kat matalah, kat telingalah..... haaa... tu larrr...macam mana nak buatt.

Cerita bab masak ni...zan masak apa hari minggu yang lepas...

Haaa...mari zan bagitahu, tengoklah gambar yang tak berapa terang niiii....



Ayam masak merah tuuu.......

Jangan tak caya....ini kali kedua zan masak merah. yang kali kedua ni ikut betul2 resipinya, waaaa....jadik larrr...... sedapppp... tanya abe(bunyinya alar2 ebi gitu...) sedap tak...jadik takk... abe pun rasalah...almaklum buat kali pertama tak jadi sangat masa hari raya haji yang lepas tadi... abe kata..haaaa, macam ni lar baru jadi...sedappppp... lain kali boleh buat lagi.

kalau nak bagi orang rasa pun tak malu ni...isskkk, rupanyaaa.........bila tak sedap malu nak bagi orang rasa. Tanya anak-anak, semua senyum sampai ketelinga...kalau nak tahu sedap ke idak, bertambah tak nasi... kalau laju aje mintak periuk nasi tu maknanya ..lakulah tu.

Apa taknya..masa hari raya haji tu, zan cubalah buat. tak taulah mana silapnya...memang lain macam je rasanya. Pak Mentua kata apa............... itu bukan masak merah, masak merah ada tu tu tu tu tu ...mulalah dia ceramah panjang.
Almaklumlah, pak mentua tukang masak rumah orang kawin, memang banyak resipi dan bahannya....KANTOI..ngan pak mentua. huhu... takpa len kali nak cuba pulak resipi pak mentua, lagi banyak bahannya.

izan punya resipi ringkas je... haaa tengoklah.

Bahan:

1/2 ekor ayam (Digoreng sedikit bergaram dan sedikit garing)
1 biji buah tomato (dibelah 6)
2 sudu besar cili sos (brand kimball-sbb
dia masam jadi x yah guna asam keping)
2 batang serai
garam
ajinomoto
minyak masak

Bahan giling:

100 gm cili kering (sukatan ikut suka)
3 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
1/4 inci halia

caranya:

panaskan minyak kemudian masukkan bahan giling. kacau hingga sambal pecah minyak dengan menggunakan api sederhana. kemudian masukkan 2 sudu besar cili sos dan kacau lagi. letakkan 2 batang serai dan berikan perasa garam dan ajinomoto secukup rasa. kemudian masukkan ayam yang bergoreng tadi bersama buah tomato yang telah dibelah-belah. dikacau sehingga sebati semuanya kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan.




20 comments :

CAHAYA said...

ni kalau pekena dengan nasi tomato, layan ni kak. adus, merembes dah air liur Cahaya.

Tie said...

Ho ho....tengah lapar ni...nampak ayam masak merah tu menggoda pulak...hu hu...

Unknown said...

cahaya,

memang betul...tapi k zan tak pandai buat nasi tomato... makan tiap minggu sekali... beli kat pasar malam je..

nak kena sediakan sekotak tissu ni... hihi

Unknown said...

k tie,

hihi...memang suka menggoda melalui masakan huwa haha..

ateh... said...

aduh...klu la kawan2 serumah ateh ni dapat msak mcm ni kan best..ni tak ..klu bukan kari..masak kuning..klu tak tu..masak kurma..tu je la..dah naik loya dah..hihihihi

chekdenoor said...

Salam,

ayam masak merah ni kegemaran anak-anak chekdee....... yummmi......copy lagi resepi ni.....hehehheheheeh

Kak Long said...

peberet hani ayam masak merah! sedapnya....

dina said...

huhuhu... lapar tetiba--->kalau kena nasi minyak sedap ni jan... (telan liur)

Catwoman said...

Fuyoooo, sedapnyerrr!! Boleh gemuk kalau makan mcm ni hari2.
Aduh....bisa meleleh air liur sy,K.Izan. Wanginyerrr.

naz ilyn said...

salam...

alamak zan ayam masak merah memang kesukaan anak sy... tapikan kalau sy masak taruk gula melaka baru ada ummmh... kalu tak percaya cuba lar

Anonymous said...

kak zan,
saya dah la tengah lapar nih. tadi jejalan blog orang pun ada menu. masuk umah kak zan pun lagi la. ayam masak merah plak tuh.
lapar siottt. hehe..!!
tengok pun dah sodaaappp...

Unknown said...

ateh,

orang bujang kalau pandai masak merah .... senang dapat calun. waa.. pandailah kawan ateh buat masak kurma lemak kuning...sedap tuuu..kari.. huiii

haaah........... k zan nak tengok lah ateh masak merah, mesti angkat tangan member serumah.

Unknown said...

chekdee,

asek copy aje...teh lah pulakkkk.... hihi.

Unknown said...

hOney,

sedapkan ayam masak merah... manis2 pedas campur masam sikit... fuuuuu mmmm.. sedappp....

Unknown said...

dina,

kita bukan boleh tengok orang lapar... kita pun ikut lapar sama.

Unknown said...

zyma...

haha..kalau k zan naik sekilo... zyma naik 2 kilo... awas bagi ibu2 mengandung... dilarang melihat pic lauk pauk selalu... hihi

Unknown said...

naz,

ye ke... rasanya manis sikit lah ye, zan guna juga tapi secubit gula putih. sekadar tuk jangan rasa pedas sangat.

Unknown said...

Ana...

tengok gambar lapar...kalau dapat rasa..... hhhuuuu sedapppp...hihi

Anonymous said...

wow...really nice food.Nice one gal....By the way i am Isha from india.I found your name in one of my friend's Blog.i have already added you in my blog roll if you dont mind please add me in your blogs friends list..LET US SHARE OUR EXPERIENCES.Bye takecare friend.And see you in next post...

~PakKaramu~ said...

Ikan puyu masak cici api dengan rebung tu best

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter