Jom join izan

Saturday, January 17, 2009

Lemak cili api ikan puyu dan rebung

haaa... ini lah lauk tengahari zan sekeluarga harini, tular yang nak cerita panjang lebar ni ..


rabu malam khamis zan ajak abe gi pasar malam. zan kata nak cari makan ringan-ringan aje - kata nak cari makan ringan-ringan tapi tah macam mana lain dicari lain yang dibeli.

kalau pergi pasar malam zan ni ada satu perangai.... melangak, kalau berjalan bukan tau nak pandang kiri kanan, kadang kawan-kawan tu saja duk berdiri depan zan, bila zan dah terlanggar - "oppss sori"...dia duk pandang jugak muka kita, masih tak perasan lagi. haaa....cam tu sekali.

bila tak rasa nak beli makanan ringan tu, makanya kaki zan pun saja melangkah tempat orang jual lauk-pauk....abe kata jomlah kita cari lauk...zan pun jalan keliling cuci mata pandang2 apa yang berkenan nak buat lauk. daging..ayam..ikan jelawat..ikan keli...sotong... adooiiii...tak kenan lah...

jalan lagi..jalan punya jalan punya jalan....tiba-tiba abe kata ... haaaa ini dia - ini dia. ternganga mulut zan pelik...apanye.... sekali abe tunjuk dalam bekas... ikan puyu hidup2 lagi. waaaa.....ini sedappp..sampai depan akak tu bukan tanya harga dulu.... ta pi dok cerita ini kalau goreng garing2 sedap. abe kata takkkk.... ini kalau buat masak lemak cili api sedap - zan pulak kata masak lemak cili api nak lawan dengan apa.... haaa belimbing.
(bukan senang dapat ikan puyu setahun sekali, kalau balik sungai besar baru dapat makan itupun kalau ada yang menangguk. kat pekan nak dapat puyu liar susah...bila dah dapat memang tak lepaskan.)

abe kata, dia timbang ikan suruh zan cari belimbing... takda... kata makcik tu pulak, baruu... habis, makcik bawak sikit aje. nampak pulak rebung rupanya rebung ni ada dua jenis. tapi zan pilih yang ini... rebung siam. memang sedap lawan dengan ikan puyu.

buat lemak-lemak, pedasss..kena ngan rebung masam2 tu...nasi panas-panas... ikan puyu. fuhhhh... memang melangittt... semua cukup. foyyyooo... ini macam diet pun hancusss...(itu izanlah...cakap aje, buatnya idak) .

tengoklah apa bahan zan sediakan...

Bahan:

250gm rebung siam
5 ekor ikan puyu sederhana besar
1 helai daun kunyit
1 batang serai
1/2 asam keping
garam
ajinomoto
1 biji kelapa diambil santannya
gula (jika perlu)

Bahan giling:

20 tangkai cili api

3 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
2 sudu besar minyak masak

caranya:

masukkan santan bersama bahan giling, asam keping, daun kunyit dan serai kemudian masak menggunakan api sederhana. dikacau sehingga santan masak. kemudian masukkan ikan bersama rebung. kemudian masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa dan jika perlu boleh letakkan sedikit gula(tujuan jika gulai terlalu pedas - dapat mengurangkan rasa pedas). sentiasa kacau sehingga masak (tujuannya supaya lemak tidak pecah minyak). kemudian diangkat untuk dihidangkan. (ini petua mak zan ye...nak tahu lemak dah masak, cuba lihat pada bahagian dalam periuk dimana kedudukan atas kuah terdapat lemak yang melekat. itu bermakna kuah sudah cukup masak - dan sentiasa jaga/kacau lemak supaya tidak pecah minyak)


25 comments :

naz ilyn said...

salam...

sedapnya lemak cili api... tapi tak pernah makan ikan puyu tengok pun tak pernah... ishhh kalau jenjalan rumah izan mesti kenyang perut masakan kampung best...

Catwoman said...

Laaaa,ikan puyu tu memang favourite sy,K.Izan. Ishhhhh, mcm tahu je sy suka. Tapi, di Kedah..biasanya ikan puyu ni dimasak "pindang" (lebih kurang mcm asam pedas johor la). Tak pun, digoreng je.....
Makan pulak dgn nasi panas2 disertakan dgn sambal belacan & ulam-ulaman. Meleleh peluh di dahi,K.Izan. Sedappppp.....

CAHAYA said...

tak pernah makan ikan puyu. camne eh rupanya?

sherry said...

Izannnnnnnnnnnnn...

Selera akak.....

Unknown said...

naz,

sedap naz, tapi bukan semua rasanya yang gemar sebab dia ada rasa ikan sungai.

ikan puyu ni boleh terbang tau.. jadi kalau depan dia tak boleh buka mulut ye... dia boleh terus masuk kedalam mulut seseorang dan boleh mendatangkan akibat lain.

ikan ni sirip dia tajam, zan pun tak berani nak siangnya. jadi orang yang menjuallah kena siangkan.

haaa kalau nak cuba... marilah kerumah zan...

Unknown said...

zyma,

tau ye ikan puyu.... buat masak pindang... sedap juga ye. k zan selalunya kalau masak pindang tu dengan ikan kembung besar. ...

amboi2 zyma membayangkan pulak ye... haaa...meleleh air liur baby esok.... zyma kena lebih tengok pic baby. baru kiut miut sok..hihi

Unknown said...

cahaya,

siripnya semua tajam-tajam dan boleh jadi senjata, macam rupa ikan tilapia. tapi dia ada lain sikit.. kalernya hitam sahaja, takda merah macam tilapia...kecil sedikit. haaa....

cahaya kalau sekali dapat puyu ni...len kali mesti rindu. sedappp...

Unknown said...

k sherry,

suka juga yeeee........

zan teringat kuantan masak lala..lar... emmmmm... sedappp.

chekdenoor said...

izan ni.....boleh terbitkan buku resepi tak lama lagi kan........ semua resepi izan memang best.....chekdee suka sangat. Mekaseh ya

Tie said...

Kat kpg hubby Tie ada banyak tau... gambar nya ada dalam entry (http://kaytieze.blogspot.com/2008/10/kembali-lagi.html)

Tie suka goreng garing2... tapi bab menyiangnya, biasa mintak tolong kat hubby... kalau tak luka2 la tangan ni...hu hu...

echah_syed said...

combi tak pandai mkn ikan ni walopun kg combi dekat sawah :(

izan..ikan ni dulu combi bela dlm balang ade 4 ekor..

tp mase balik kg semua dah mati sbb kwn combi kasi mkn byk sgt..sedehnyerr :(

slmt bercuti pnjg & takrcare yaa.

ateh... said...

kak ican..jgn la mcm ni..terliur la ateh kat cni..kat cni payah nak dpt ikan tau..nnt ateh up load gambar2 kat jordan ni ok.hahhaha

puspawangi said...

Waduh waduh, sedapnya lauk tu. Memang sah izan ni boleh dianugerahkan gelaran Chef. mmg pandai masak. Nasib baik akak puspa dah tak mengandung..dah tutup kilang. Kalau tak, mengidam kau..haru nak carik izan.

~PakKaramu~ said...

Ikan puyu di bakar dulu ya hmmmm sedapnya

naz ilyn said...

salam...

izan... izan nak bercuti ker..?? alahai sedihnya macam hilang sorang teman... ok lar hati-hati moga bahagia dan ceria selalu bersama keluarga...

p/s: jangan lama sangat tau..

naz ilyn said...

tak tau pulak ikan puyu susah nak siang... boleh terbang lagi hi3 kalau termasuk dalam mulut macam mane lar agaknya

p/s: anak-anak sy semuanya kuat makan tau tak takut ker ajak datang rumah...

Unknown said...

Chekdee,

hihi...zan dah ada buku, buku tiga lima...hihi..

terima kasih chekdee...zan saja nak berkongsi ilmu. ini resipi biasa2 jer... masih ada lagi masakan lain yang zan masih tak tahu buat.

Unknown said...

kak tie...

nanti zan nak tengok, len kali boleh pegi.. x sampai ke atas lagi ni.. yang ni zan dah kompem.

kak tie juga pandai makan ikan puyu. yelah..tajam sirip dia tu... boleh luka dan bisa jadinya...

kalau terkena lapar nak makan dia pun boleh jadi fobia kan..

Unknown said...

combi,

orang dulu dulu suka bela depan rumah...ada petua tertentu. jadi combi pun pernah bela ye... dia senang hidupkan, dalam kolah bilik air pun dia boleh hidup.

kalau goreng garing2 takda lah sangat rasa ikan sungai tu..tapi kalau buat berkuah, ada yang tak boleh makan.

terima kasih combi...seronok rasa hatini .. nak menghilang rasa stress dengan bebanan kerja2 ofis buat sementara waktu.

Unknown said...

aateh..

saja nak tunjuk kat ateh.. biar ingat kampung selalu. hihi.. takdalah... ksian jauh... mana yang senang tu cubalah.

nanti bila dah upload jangan lupa panggil k zan tengok tau..teringin nak tengok rupa orang sana, masjid sana... anak2 nya..waaa banyak nya permintaan...

Unknown said...

kak puspa,

mana de...zan main2 je tu, acah2 je.. kilang tutup dah ... hihi..

kita serupa...dah bankruptcy...

Unknown said...

Pakkaramu,

zan tak bakar tu... tapi kalau nak bakar boleh juga. cuma pic tu tak tau ngapa nampak mcm tu.

sedap pak... suruh makciknya buatkan. tapi kalau pak ada angin..kurangkan makan ye.. orang dah berumur lebih kena jaga makan.

Unknown said...

naz,

kecil tapak tangan nyiru zan tadahkan.. kami semua pun kuat makan. memang datang dari keluarga yang tak kira tentang makan.

kalau naz ada datang kl bagitau zan, singgah ke rawang. insyaallah apa ada mesti dihidangkan. jangan risau. bagitau ye kalau ada datang ke rawang.

terharulah dengan naz... terima kasih. insyaallah kalau zan dah balik sini nanti..zan melawat semua laman nanti. bagi tau pula zan dah balik. sayang naz.

P/s: kalau depan puyu jangan buka mulut. boleh menyebabkan nyawa melayang tanpa sangka hanya disebabkan oleh puyu. ini ada benarnya. dan inilah yang suami zan pesan...masa iwan kecil suka mancing...tapi bila dapat puyu abahnya tak bagi tanggalkan sendiri dari mata pancing.

Leenoh said...

Gulai ikan puyu dan masak lemak rebung segar adalah kegemaran saya.

Dah lama tak makan, kalau balik kampung insya Allah senang dapat.

Unknown said...

leenoh,

kalau balik kg best kan, macam2 ado... izan kalau balik kg, dpt pucuk ubi rebus cicah sambal belacan pun jadi... kena dengan ikan kering.

ada satu entry lama leenoh tentang sayur2 kampung. memang siok kann...dapat makan2 masakan kampung.

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter