Jom join izan

Sunday, October 12, 2008

KRITIKAN MENJADIKAN KITA LEBIH BAGUS

sebahagian dari petikan artikel Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj untuk sama-sama kita renungi.

Sesuatu yang nampak rugi tetapi sebenarnya membawa untung....Apa dia? Ada macam-macam jawapan.

tetapi bagaimana dengan jawapan ini -

"Dicaci orang"

nampaknya macam rugi...tetapi kalau direnung-renung secara mendalam mendatangkan untung,

Macam mana tu?

Ha...cuba tengok dari sudut yang berbeza, apabila dicaci ia langsung tidak mengurangkan apa-apa,
hanya mungkin maruah yang sedikit tercalar tetapi.... untungnya dari sudut pahala jelas,

sebab- Allah berfirman,
"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci/pengutuk." (Surah Al-Humazah, 1)

Yang mencaci mendapat dosa yang dicaci mendapat pahala. Tidakkah itu untung?

Memanglah dikalangan masyarakat, orang yang dihina itu akan nampak rendah atau hina,
tetapi....................

benarkah dia hina? Jika benar dia tidak seperti apa yang difitnahkan itu, dia adalah pemenang dalam semua keadaan.

Sabda Nabi:

"Memaki seorang Muslim adalah perbuatan derhaka dan membunuhnya adalah perbuatan kafir", (Bukhari dan Muslim)

Sebaik manapun orang itu ada ketika-ketikanya dia akan alami keadaan ini. Yang membezakan hanyalah sama ada dia tahu atau tidak, sedar atau tidak sahaja. Hakikatnya mulut orang memang sukar dikunci. Sudah tentu kita tidak upaya menghentikan semua ini.

Hidup ini menjadi selesa untuk dilalui kalau kita selamba pada semua masalah. Bagaimanapun kita berusaha mengelak masalah, ia tetap datang tanpa terduga.

Sebenarnya apabila kita dikritik, mulalah kita mendapat manfaatnya. bagaimana.......

Bila ada kritikan adalah penambahbaikan. apabila ada yang memberitahu kita tidak bagus..secara perlahan kita cuba mengubah sedikit yang boleh menampakkan pembaharuan.

Secara tidak langsung kita menuju kearah kebaikkan ............................. "Kritikan menjadikan kita lebih bagus"........................

Positif pada setiap keadaan..................hati anda pasti tenang.

6 comments :

Cetusan said...

U komen saya, saya komen U boleh tak Izan.

u memang baik ,cuma kurang lazer dari Dina huhu

Anonymous said...

zeqzeq,
(dan yang sewaktu dengannya)

minta maaf cakap ye.. bukan baik tapi zan memang tak amalkan ... tmbh2 zan ada rakyat cilik di rumah....

zeqzeq boleh komen.. sesiapa rasa klu zan buat salah tegur... bgtu juga sebaliknya ok...

Cetusan said...

oleh kerana mencaci rugi,,jadi saya nak puji bolehkan..Izan baik jujur telus tak ego sederhana,merendahdiri, golongan pertengahan. (dah puji ni)

Anonymous said...

zeqzeq..

golongan bawahan ajer...

ku tak sempurna..ishhh.... huhuhu..

Cetusan said...

kritikan menjadikan kita lebih berhati hati dalam mengatur langkah, melompat dan menguis pepasir pantai kehidupan,
ombak tetap nakal,,huhu heee,,

..lebih bagus dari sebelumnya..

Anonymous said...

tk boleh nk bayangkan.... bercanda di tepian pantai kuantan..hihihi...


apapun... zeqzeq, semoga ceria selalu... (zan nak simpan boss punya tortoise dulu, dia dah dtg kat sini...huhuhu.....)

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter