Jom join izan

Monday, August 4, 2008

cucur pisang

Pagi semalam adik ipar bagilah sesisir pisang sambil mengantar anaknya Alia kerumah. Aduuuu…..sayang dibiarkan macam itu je. Sudahnya zan keluarkan baki tepung semalam ulikan dengan pisang tuk buat cucur pisang. Tu la makan petang zan sekeluarga petang semalam..hi hi hi.

Bahan A:

10 biji pisang abu
250gm tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit soda bikarbonat
4 sudu besar gula (ikut suka nak manis)
2 sudu gula melaka (kalau nak letak)

Bahan B

3 cawan air biasa
Minyak untuk menggoreng

Caranya:

Campurkan kesemua bahan dan 10 biji pisang(kalau suka boleh lebihkan) . Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli lagi sehingga sebati dan likat. Jangan terlalu cair. Panaskan minyak dan sekop dengan sudu dan goreng sehingga habis…kemudian hidangkan tuk makan petang.

4 comments :

Akak said...

Salam Izan..

Sedapnya cucoq kodok tu, minta sikit..

shafa said...

Cucoq kodok/jeput pisang sememangnya best...dpat makan dia xyah mkn nsi xpa kan..

Anonymous said...

Salam akak, cuq kodok licin dah...

Anonymous said...

shafa, betul tu..tak kira masa blh mkn kan... mcm nk buat lagi lah ...tp minggu ni busy wat pekara lain...

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter