Jom join izan

Saturday, August 9, 2008

nasi goreng ringkas


Semalam lepas sembahyang Jumaat, si ank bujang abang iwan telefon, katanya "ibu, dah nak pergi sekolah ni..." - apalagi mcm2 nasihat diberi..sebab harini memang tak dapat jumpa dah. abg iwan ada program rabbani dan diwajibkan tidur di sekolah. walau pun sekolah depan mata...(sebab dalam kawasan perumahan juga jarak dalam beberapa langkah je) tapi sebab tak boleh berjumpa macam2lah siibunya. nak masak pun mood kurang, teringat abang iwan suka itu-suka ini. jarang nak bagi lepas tidur dimana2. tapi sebagai ibu... terpaksa belajar terima sesuatu yang telah ditentukan. program sekolah menengah memang banyak..malam tadi hantarkan bantal dan selimut..tapi pak guard tak bagi masuk nak jumpa....ibu dan abahnya matilah kutuuuu.... yang adik pulak katanya keboringan, kalau ada depan mata... tak tau nak cakap..mulut ibunya laju selaju keretapi bergerakkkk...

Jadinya malam ni cuma masak nasi goreng je....tak sampai hati nak masak macam-macam. esok tengahari baru abang iwan boleh balik..jadi esok ajelah mulakan yang baru....

Bahan nasi goreng malam ni...

sediakan nasi putih (makan 3 orang)

minyak untuk menggoreng

sedikit garam

2 batang kacang panjang diricih kecil.

zan kisarkan - 4 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, segenggam ikan bilis dan 7 tangkai cili api.

caranya:

panaskan minyak dan masukkan bahan kisar. dibiar seketika sehingga naik baunya dan dimasukkan garam secukup rasa kemudian di kacau. letakkan kacang panjang yang telah diricih digaul sehingga empuk sedikit. akhir sekali dimasukkan nasi dan terus dikacau sehingga betul2 masak dan bolehlah diangkat.

2 comments :

Akak said...

Salam izan...

Hurmm sedapnya nasi goreng nie, boleh cilok resepi buat sarapan esok pagi..

Anonymous said...

salam akak,

kik..kik..kik...akak dh buat ke nasi goreng tu...

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter