Jom join izan

Sunday, July 13, 2008

pajeri terung


Dah lama rasanya tak buat, jadi hari ni antara lauk-pauk makan tengahari dirumah izan ialah pajeri terung.
Bahan:
terung
50 sen udang kering
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 peket kecil rempah kari ikan
asam keping/asam jawa
1/2 biji santan kelapa
1/2 biji kelapa (dibuat kerisik)
sedikit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
garam
ajinomoto
Caranya:
terung dibelah dua. bawang putih, bawang merah dan udang kering ditumbuk. panas minyak dan tumiskan bahan2 yang ditumbuk tadi agak garing. masukkan rempah kari yang telah dicampur sedikit air, bila agak garing dan naik baunya, masukkan santan bersama terung dan asam keping. kemudian dikacau supaya santan tidak pecah minyak.
letakkan garam dan ajinomoto secukup rasa. bila kuah agak pekat dimasukkan kerisik bersama kayu manis dan bunga lawang. kemudian perlahankan api dan biarkan bahan masak. sesekali dikacau dan apabila kuah telah pekat dan terung telah empuk bolehlah diangkat.

2 comments :

KST said...

hi, izan. since last weekend i nak buat pajeri terung but dah lama tak buat 7 8 tahun camtu, skill dah blur.i ni kempunan dah pregnan 3 months so finally i jumpa kat internet resepi tu. thank you very much. hari ni i akan buat dan harap-harap my husband akan sukakannya. maklumlah dia orang jerman dan rasanya no problem untuk dia cuba masakan kita.
thank you again.

Unknown said...

kim,

hahaha...r u kidding. who r u? u nak bagi husband u orang jerman makan pajeri terung...better don't..takut dia tercekik...sebab tak pernah sentuh...apa pun selamat mencuba, dan harap-harap anda berdua sukakannya. have a nice day dear...

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter