Jom join izan

Sunday, July 13, 2008

ikan keli berlado


Harini menu izan sekeluarga ringkas je. ikan keli masak berlada. kat tempat izan ikan keli ni diternak. jadi kawan suami yang mengusahakannya. bila terasa nak makan boleh telefon je nanti dia hantarkan. begitulah selalunya.
Bahan:-
Ikan keli
asam keping/asam jawa
garam
ajinomoto.
Bahan kisar:-
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
4 tangkai cili merah
15 tangkai cili api (ikut rasa nak pedas)
Caranya:
Ikan keli yang telah ditoskan tadi digoreng dahulu bersama sedikit garam dan kunyit. diketepikan dahulu.
Kisar bawang putih, bawang merah, cili merah & cili api. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah siap dikisar. Dikacau agak garing letakkan asam keping/asam jawa. kemudian diletakkan garam dan ajinomoto secukup rasa. masak sehingga sebati dan agak pecah minyak.
Akhir sekali bahan yang telah siap dimasak tersebut dituangkan keatas ikan keli goreng dan diratakan. boleh dihidang.

2 comments :

echah_syed said...

combi suke ikan keli ni tau..tp yg dah masak laa.. :)

aritu balik kg puas combi mkn ikan keli berlada ngn keli bakar cicah air asam :D

Anonymous said...

combi pun gemar ikan keli ye... sedapkan makan berlada ngan bakar. kat sini combi, org ternak. kwn suami zan ni dia bagi makan roti jadikan kalau basuh dia x pyh rendam dlm air asam lama-lama.

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter