Jom join izan

Tuesday, April 2, 2013

ketik .ketik .. ketuk krrrrhhh


hehe ... ketik ketik ketuk. ..... tik tik ketuk ... haaaaa........
syyyy .... kawan akak tanya haritu .. haritu lah ... ehh akak menaip tak pandang keyboard 

akak ni nak kata orang lama ... tak lah ... orang muda haha ... tuo gaik da hai ..
zaman akak kecik2 dulu kat rumah akak ada 1 alat macam kat atas tu ... pertama kali abah akak bawak balik ... mandang tak menda pun ... tak tau tuk apa menda tu ....

sekali masuk mendengah ... da kenal menda tu ... pantang lepa memang berteraburlah tali reben tu ... tah berapa kali tuka tah..

bila nak abis sekolah je ... akak da beli buku panduan menaip ... belajar tak lagi ... simpan je dulu duk ketik 1 2 3 aje kat rumah selebihnya perap..

kalau dulu menaip guna semua jari ... abis sekolah nak belajar komputer ... menaip tak reti lagi. kerja dah nak sampai tapi nak kerja gimana ... menaip tak lepas lagi terkial - kial lagi nak letak dan menari kan jari di mesin taip .. komputer tetap nak kena belajar camana nak guna bold melalui "ctr B" .... waaaa penat minda akak ...

tapi seronok tau belajar ketik mesin taip lama ... kalau idak mesti sampai sekarang akak menaip guna jari telunjuk kiri kanan aje ... "BANGGA" ... mestilah bangga ... kita mesti jadi orang Islam yang bangga dengan kemajuan ... Nabi suka orang yang maju ... kalau kita tak bangga dengan diri sendiri .. macam mana nak maju .. macam mana nak berkongsi ilmu .. bangga kita bukan untuk mendabik dada ... memandang kelangit terus ... itu Nabi tak suka ... ibarat padi ... makin berisi makin tunduk ... kongsikan apa yang kita ada supaya bangsa kita pun maju sama..

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter