Jom join izan

Tuesday, August 21, 2012

bihun tomyam hari raya Aidilifitri

hidangan sampingan raya pertama ...... bihun tomyam ..... 

jadinya memang tak ada rancangan tetapi bila tetamu nak datang ..... terkenang rendang saja .... dari pagi membawa kemalam rendang .... iskkkk akak tambahkan bihun tomyam lah .... selain bihun akak tambahkan pula lagi spagetti melayu ...... itulah hidangan malam raya pertama .....



inilah piring terakhir khas buat kak zan ... bihunnya pendek2 gitu haha (asalnya bihunnya panjang tapi akak potong2 gitu) ....selain santapan perut ... khas diambil pic nyer untuk santapan mata tetamu yang hadir di blog ni ....

akak masak kurang rasa masin lebih aroma tomyam, akak punya makan bihun ... cuka cili mesti nak ada sebab apa (sebab type akak nak kunyah cili .... semestinya)... tetamu yang hadir ada yang tua punya berbagai selera ... ada yang kanak-kanak tak boleh nak pedas sangat .... yang sedang2 tu apa pun boleh.

jadi akak sediakan ditepi semangkuk cili cuka, sebotol besar kicap tamin, sebotol sos cili ..... boleh dipelbagaikan.



Bahan tumbuknya:

5 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 batang serai

Bahan:

1 peket besar sawi (potong asingkan batang dan daun)
3 peket bihun
4 helai daun limau purut
3 ketul kiub tomyam
1 sudu (atau lebih) pes tomyam
3 ketul besar daging ayam (dipotong halus)
garam
msg
minyak

Cara-cara:

rebus air hingga mendidih tutup apinya (dalam kuali besar)
celur jangan terlalu lama atau lembik 3 peket bihun dan ketepikan

panaskan minyak 
tumiskan bahan tumbuk hingga wangi menggunakan api sederhana
masukkan 3 kiub tomyam dan 1 sudu pes tomyam dan daun limau purut (ikut suka nak masam atau kurang)
masukkan potongan kecil ayam
masukkan batang sawi 
masukkan garam secukup rasa dan msg (agak2 3 peket bihun boleh terasa)
masukkan bihun (kacau serata sebati rasa) menggunakan api sederhan kecil - biar lambat asal sedap
akhir sekali masukkan daun sawi.
menggunakan api sederhana kecil balik2kan sehingga benar2 sebati dan bihun lembut 
kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan


hidangan lagi hari raya: rendang tok kicap



hari raya pertama (ramai yang tiada .... ) ... hidup mesti diteruskan, hambar perasaan .... semangat harus dikuatkan. siapa yang tahu .... orang lain tak tahu ... sehinggalah perasaan itu hadir didalamnya satu hari nanti .....

2 comments :

Unknown said...

Kak Izan.. kicap Tamin tuuu.. ader ke? Kicap wat sendiri yaaa... :)

Unknown said...

eiba ...

wuppsss lupa ... kicap tamin tak sampai sana ya. ... kicap cap tamin .. kicap masin tu .. guna je apa2 kicap masin ...

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter