Jom join izan

Monday, August 20, 2012

Rendang Tok Kicap Hari Raya

Selamat hari raya .....aaa .... 
apa la lagii .... "setorey morey" jenis rendang hari raya laaa kanzzz....


kali ni kita buat rendang tok kicap ....... haaaa ... nape rendang tok kicap lak .... (moral: rendang tarok kicap, rendang buboh kicap, rendang tuang kicap .... rendang campur kicap .... nak glamour rendang "tok kicap" ... memang pun asalnya rendang tok) .... jgn mareee haaa..



tahun ni akak buat 3 kilo rendang ... rendang kotak je .... murah sekilo RM15.00 tapi makcik akak dapat lagi murah ... sekilo RM14.00 ... kalau daging biasa tu .... besar sikit belanjanya ....

kawan akak resipi ayah dia lama dah ni ..... letak kicap .... mula pelik gak rendang letak kicap tapi tu lar menggantikan garam supaya tak terlalu masin rasa garam.

sama je macam resipi orang lain ....

Bahannya:

Goreng tanpa minyak dan tumbuk halus:

1. 2 sudu besar ketumbar (lebih pun tak mengapa)
2. 2 sudu besar jintan putih (lebih pun tak mengapa)
3. 2 sudu besar jintan manis (lebih pun tak mengapa)
4. 12 biji buah pelaga
5. 1/2 sudu besar lada hitam
6. 2 batang kulit kayu manis
7. 10 tangkai bunga cengkih

perap dan tutup 3 kilo daging bersama bahan-bahan atas selama beberapa jam (sediakan dahulu sebelum menyudahkan bahan-bahan seterusnya) 

setelah beberapa jam ... campur air lebih sedikit atas daging dan rebus semua bahan perap beberapa ketika. toskan daging dan ketepikan dahulu.



Goreng tanpa minyak 1/2 biji kelapa parut dan tumbuk hingga berminyak



Bahan kisar:

25 ulas bawang merah
15 ulas bawang putih
2 inci legkuas
2 inci halia
7 batang serai
sesudu kecil serbuk kunyit
15 tangkai cili kering
segenggam kecil cili kampung/cili padi

Bahan seterusnya:

1 sudu besar gula melaka
1 sudu kecil gula putih
3 sudu kecil garam 
1 genggam asam jawa (campur 1/2 cawan air putih)
4 helai daun kunyit dihiris (lebih pun tak apa .. wangi)
8 helai daun limau purut
1 1/2 biji kelapa (perah asingkan pekat (perahan pertama) dan cair (perahan kedua)
2 cawan kecil minyak masak
kicap masin cap TAMIN


 cara-cara memasak:

panaskan minyak menggunakan api sederhana, tumiskan bahan kisar kacau agak garing dan naik bau wangi.

masukkan daging rebus tadi dan kacau sebati sehingga rata dan biarkan sehingga mesra dan masukkan pula santan cair. kacau hingga agak kering kemudian masukkan santan pekat bersama kerisik.

masukkan 3 sudu kecil garam, gula melaka, gula pasir, hirisan daun kunyit, daun limau purut, air asam jawa.

kacau hingga pekat dan tuangkan kicap "TAMIN" mengikut rasa yang sesuai pada anda.

kacau lagi hingga agak kering dan pecah minyak, seterusnya boleh lah diangkat.



kemudian hidangkan sebagai hidangan pada raya pertama "Rendang Tok Kicap"

tapikan kalau akak macam ni belum ngancam lagi .... 10 kali panaskan sehari tu dalam 2 atau 3 kali akak panaskan.


makanya pada malam raya pertama baru nak jadi .... tapi pada malam raya kedua .... jadilah seperti warna rendang dibawah ini ... bila akak makan dengan lemang ... untuk akak sedaplar rasanya sebab selera akak .... tetamu yang datang tu ... tak pulak akak tanya ... malu ... tapi memang nampak ada keluakkan yang hebat pada bekas rendang ... kui3.. juadah balas buat jiran tetangga kiri dan kanan ... tuk orang-orang bujang dirumah abah kak zan ... juga nampak licin semacam hihihi (masuk bakul angkat sendiri) .. tapi puas hatilah...


biasalah tu ... kita cara kita ... ada hari kita cuba cara rakan2 yang lain .... ilmu tu ...ilmu bukan baca sejarah, geografi aje baru dapat ilmu ... baca rempah, baca bahan ... pun ilmu juga... jangan malu bertanya .... biar orang kata kita tak pandai .... tapi kita buat ... :)

masih ada seberkas lagi tolak yang akhir berbagi pada orang ... sesuai tuk akak yang suka mengulang ... tambahan lagi ada separuh batang lagi lemang yang tinggal ... selamat menjamu selera ..

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter