Jom join izan

Monday, February 20, 2012

kuih gelang / keria

jummmm main tepon................gggg grrrr... tu lar kalau buat kuih gelang ni memang nampak mudah ... tapi nak kena berbedak ngan tepong tu yang tak larat ... ada orang panggil kuih keria ..... zan suka panggil kuih gelang.

haritu abang zul beli ubi keledek ungu .... itu memang kegemaran dia bila zan rebuskan sampai empuk nanti ia makan dengan gula ..... haaa. dia nampak dipasar tu baya-baya plak henpon tu ... sampai sekilo lebih dibelinya ... kalau yang besar-besar tu kurang manis katanya ...


zan punya kerja memang alang2 merebus ... rebus semua sekali .. bukan apa takut tinggal jadi tukun ... almaklumlah bila dah bekerja kadang bila penat tu simpan berminggu-minggu ... bila da berebus nak tak nak mesti dibuat. oleh kerana harini hari ponteng ... (huhu ... ) jadi kita mengulilah ...


Bahannya 

6 ketul ubi keledek direbus bersama sesenduk gula 
(ikut suka nak manis) (campur sedikit garam)

lenyek lenyek ubi 
campur tepung gandum
(biar boleh di uli kalau dapat kurangkan tepung gandum baru sedap)

bentuk kan seperti gelang
(setiap masa kena guna tepong ditangan tuk elak adunan terlalu lekat ditangan) 
buat banyak2 letak dalam talam yang ditabur tepung supaya tak lekat

panaskan minyak untuk menggoreng
ketepikan



jom kita sirakan gula

akak memang suka letak 2 senduk gula
letakkan kuali atas api letakkan 2 senduk gula 
sedikit aje air agak2 tuk mencair aje
tengok hingga air gula menggelegak dan berbuih

masukkan kesemua kuih gelang / keria yang dah digoreng tadi
kacau2 rata memang nampak berminyak
kacau je lagi padamkan api
kacau hingga rasa gula pekat
bila da sejuk baru timbul kerak2 gula



oke jom makan panas2 ... 1 tak cukup .. tambah 2 ... 2 pun rasa nak ketiga ... makan sajalah berapa yang mampu .... kakaka ....

inilah santapan berbuka harini ..... 

2 comments :

Tie said...

Amboi... sedapnya kuih keria.. Kak tie punya favourite gak! Dah lama tak buat ni, biasa kalau ada keledek dlm besen tu memang kak tie buat, pastu makan sensorang, sebab org lain macam kurang gemar je.. hehe..

Unknown said...

k tie,

hehehe ..... kita orang lama memang suka keria ni kan ... skrg org lebih suka donut je...

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter