Jom join izan

Saturday, January 7, 2012

Sambal Goreng Ikan Bilis Ubi Kentang

Ubi Gentang kentang ni penuh dengan karbohidrat sama macam nasi .... penuh dengan karbohidrat ... mudah kenyang sepenuhnya

apa beza ubi gentang dengan kentang ... sama jew .. cuma dulu-dulu dengan kengkawan masa kecik2 ... "kita suka makan ubi gentang" ... bukan ubi gentang lah ubi kentang .... ehhhh mak kita sebut ubi gentang .. kita ikut mak kita cakaplah .. haha ... nampak tu ... tersirat dan tersurat pengaruh seorang ibu ... ibu selalu nak buat yang terbaik untuk anak-anak ibu ..... ;) (muhammad adeeb zakwan & nurzulaika)


dulu ini menu tetap abang iwan bila pergi kerumah nenek batu 16 (kini hanya kenangan) ... kini akak izan ambil alih :)

kalau boleh pagi petang siang malam menu sambal goreng ni da cukup .... 

kak izan kalau sebiji ubi kentang tu boleh dibelah empat ... atau 3 .. puas makan gitu. kalau ikan bilis goreng .... bila da bergaul dengan sambal tu rasa manisnya lemak .. mmm kena dengan nasi panas2 ... tu yang abang iwan minta buatkan sambal goreng ni pun da cukup ..... haaa cubalah... 

selalunya akak masak sambal dulu ... bila da sejuk sambal baru gorengkan ubi kentang kemudian masukkan ubi kentang panas2 gaulkan ... akhir sekali masukkan ikan bilis goreng. macam dalam pic tu .... bila nak makan barulah ikan bilis tu bercampur dengan sambal .....



Bahannya

5 - 6 biji ubi kentang
sedikit minyak
1/2 asam keping
sedikit msg
sedikit garam
sedikit ikan bilis
sedikit air

(dikisar)
 
10 tangkai cili kering (lebih pun boleh nak pedas tambah cili api)
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih

cara penyediaan:

- ubi kentang telah dibelah digaram dan kunyit dan ketepikan
- panaskan minyak dalam kuali
- tumiskan bahan kisar bersama 1/2 asam keping.
- gaul agak garing menggunakan api sederhana hingga pecah minyak
- masukkan sedikit air, sedikit garam dan sedikit msg. secukup rasa
dikacau sebati.- perlahankan api sehingga sambal masak dan garing sedikit.
- ketepikan biarkan sejuk seketika.
- goreng garing ubi kentang
- masukkan kedalam sambal goreng dan gaul sebati
- angkat dan hidangkan
- hiaskan dengan ikan bilis goreng



akak memang suka guna asam keping ... tapi kalau suka nak guna asam jawa boleh juga jadi tak perlu tambah lagi air putih.

minyak ... haa bab minyak akak memang suka makan berminyak ... sebab memang itu dah biasa dari kecil2 ... pesan abah akak ... sambal tanpa minyak ... kurang sedap. kolestrol ...... orang lama ... da lama makan banyak kolestrol (abah k izan lah tu) ... 

tu yang abang iwan suka minyak sambal tu bergaul dengan nasi ... :) 

kadang-kadang ... diratah begitu pun sedap .... :)


No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter