Jom join izan

Sunday, November 27, 2011

Paru Goreng Sambal

Sebenarnya setiap bahan .... setiap menu .. apa saja ... selalu mengingatkan pada masa silam. semakin cuba dilupakan .... semakin dekat ia menghampiri .... bayangkan jika goreng telur saja pun ... izan dah boleh mengalirkan air mata sayu ..


Paru goreng sambal ni adalah kegemaran izan masa kecil ... boleh dikatakan saban yang terluang inilah menu yang disediakan .... 

Setiap kali dicuba "seperti" .... tetap dikata "seakan" .... masih tidak boleh menepati .... apapun .... kita hanyalah warisan ..... tak mungkin kan sama .... walaupun boleh menyerupai ... tapi kerasaan itu berbeza ... dan sedikit perbezaan ... ia tetap berbeza .... maka itulah "keistimewaan" ... dan setiap dari kita punya keistimewaan ... maka jangan pernah merasa kerendahan diri ... tetaplah yakin pada keistimewaan.


Paru ni zan rebus dalam api yang perlahan dulu lebih kurang 1 jam bergantung pada banyaknya Paru tu.

zan rebus bersama asam keping (adik zan pula guna asam jawa) .... sebab asam jawa cari punya cari ... dah abis ... gunalah asam keping barang 5 keping. bila dah rebus angkat .. toskan dan sejukkan.

lepas tu potong mengikut kesukaan dan bergantung pada tekstur paru yang tersedia. kunyit dan garamkan mengikut kesederhanaan rasa. Kemudian goreng hingga agak garing atau jika suka lembut jangan terlalu garing. (Ratah makan garing ni sodapp ... tak sedar habis sepiring ..)

Bahan Cili (Bahan kisar)

15 tangkai cili
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu minyak masak
sedikit garam 
(Kisar semuanya)

cara memasak

- panaskan sedikit minyak (bergantung pada kuantiti paru)
- masukkan bahan kisar
- kacau hingga naik bau
- masukkan sedikit air, garam dan sedikit msg (rasa kesesuainya dahulu)
- kacau hingga agak garing dan kering
- masukkan paru dan kacau lagi hingga sebati
- dan angkat serta hidangkan


"DAN PERBEZAAN ITU ADALAH KEISTIMEWAAN KITA" ..... yakinilah diri .... :)

1 comment :

LURZAN TAZA LIMAJ said...

meleleh laju liurku dibuatnye huhuuuuuuuuu

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter