Ini memang lagi beshhh ..... huiiiii... cukup nasi sajer ngan kembung rebus cili api goreng ni .. buat pedas-pedas, makan nasi panas panas .......mengancam, abah zan cukup suka, di ulangnya sehari 3 kali makan. pagi petang malam, tapi bagi orang yang ada darah tinggi kurangkan ya....
jangan kata ... baki tinggal sambal gaul2 ngan nasi panas tu pun da cukup .... huiiiiii .... lauk camni laku betul ... izan cukup suka lauk nih .... bukan izan saje.... ;) wink2...
Boleh bayangkan tahap kepedasannya berapa darjah .. haha kui3... tapi cili zaman sekarang mana ada pedas, nak nak lagi cili akar .. tak ada pedas nyer pun ... cili power kalau dapat cili kampung atau cili burung ... weeee sedapnyer ...
Bahan
1 peket kembung rebus sederhana besar
sedikit msg
sedikit garam
sedikit air puteh
sesenduk minyak
Bahan Kisar
semangkuk kecil cili api hijau
2 ulas bawang puteh
3 ulas bawang kecil
1 keping asam gelugor
cara
ikan kembung digoreng sederhana garing dan asingkan
panas kan minyak dalam kuali
goreng bahan kisar bersama 1 keping asam gelugor sehingga agak garing (asam keping ikut suka nak masam atau kurang masam)
masukkan sedikit air kacau dalam api sederhana perlahan sehingga pecah minyak dan cili goreng berubah sedikit warna agak sedikit hitam.
masukkan sedikit msg dan garam
masukkan ikan kembung telah digoreng dan gaulkan mesra bersama sambal. boleh dihidangkan.
>>>>> garam jangan terlebih sebelum masukkan ikan, kerana ikan sudah sedia masin. selepas semua bahan dah mesra boleh dirasakan masin secukup rasa
memang mengancam lah......
No comments :
Post a Comment