Jom join izan

Saturday, July 16, 2011

Pindang ikan bilis ngan bubur nasi

Dah lama tak masak pindang ... masa bebudak adalah 3 ke 4 kali masak .. sebab kami adik beradik satu rumah makan, bila dah ber kerluarga sekali aje zan masak ... sebab lauk kaler bening ni memang kurang jalan dalam keluarga zan.

Sejak sifu masakan duduk dengan zan sejak 2 hari ni .... menanya bubur masak sendiri dengan lauk berkuah masak pindang ... bukannya susah pun masaknya .. ini lar lauk yang paling senang. dah hampir 7 bulan sejak mak tiada ... 2 hari ni zan masakkan khas untuk abah. sedap katanya, sama macam mak masak. suka abah makan, habis saja.

orang yang dah berumur dan tiada gigi bukan semua masakan boleh diterima tekaknya. kalau masakan sup kita yang berminyak siap segala rempah, tak tahan dek hidung dan seleranya. buat saja macam ni. bukannya susah, tak payah tumis terus aje direbus air dengan ubi kentang satu biji tu belah 4, agak2 dah empuk ubi, masukkan 3 ulas bawang kecil dan 2 ulas bawang putih yang dah diricih. sebiji bawang besar tu dipotong bulat masukkan aje semua tu dalam periuk rebusan ubi tu. basuh sikit ikan bilis, masukkan ajer. serai 2 batang diketuk-ketuk bagi wanginya terasa dalam rebusan tu. ambik 1 keping suku ke setengah ke asam keping basuk kendian masuk kan. ambik kunyit sikit hujung sudu masukkan dalam periuk tu. airnya agak2 ikut suka. kemudian letak sikit garam ngan ajinomoto. biarkan aje menggelegak dah boleh diangkat dan dihidangkan.


mula-mula zan masak bubur, hangit .... sedih tul. bukan apa... zan tinggalkan nak settlekan sikit kerja. lepas tu tak fikir panjang dah. terus rebus yang baru. zan ambik 2 pot kecik (cawan kecik) beras kemudian air yang penuh. zan perlahankan api sambil tu zan jaga masakan jangan hangit lagi. agak agak kalau tak hancur tambah sikit sikit air nya. jangan hancur sangat, sebab kalau baby okey lar, untuk kita yang da berumur ni biarlar nampak ada bentuk nasi sikit2 rebus letakkan sikit garam. baru puas makan biarpun tada gigi.....


mudahkan masaknya, cubalah ..... kita pun boleh makan juga, tambahkan aje lauknya macam telur asin, sambal tumis ke sedap tau dengan ikan bilis goreng garing. sebab zan pun memang jenisnya suka makan bubur nasi ... tapi selalunya bubur nasi Mc Donald lah haha.....



2 comments :

Dearie Pearls said...

hi kak..
saya sangat sukakan ikan bilis lebih2 lagi yang goreng garing. memang sangat menyelerakan.

Saya suka makan bubur. Kalau dah tak larat nak masak, bubur je ar yang rajin nak masak.

Unknown said...

yang cepat tapi sedap ... bubur nasi .. ingatkan akak seorang je yang suka ..:D

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter