Jom join izan

Thursday, February 24, 2011

Nak tau tak ... kongsi cerita sedikit petua


Adik-adik semua pandai tak tanak nasi.... haaa.. kalau nasi pun tak pandai tanak.. belajar dari sekarang ya. sebab bukan selamanya adik-adik nak makan nasi bungkus. kata orang nak pikat suami .. pikat dari perutnya .... iye ke. akak pun tak tahu tapi dari drama2 tv... dari majalah2 .. info yang akak dapat macam tulah.

selalunya nasi lepas padam api letrik tu .. macam kat atas tulah bentuknya
ingat ya adik-adik ... jangan sampai nasi tu sejuk cam tu lah keadaannya juga
orang tua-tua kata ... ini mim ... haaa mim ya..

agak-agak lepas 5 minit api letrik tu padam ... kalau orang dulu-dulu guna sudip kayu .. akak guna senduk aje.di kacau nasi tu perlahan-lahan jadi bentuk kat atas tu .... kalau kuat-kuat hancur pulak nasi.

kalau orang tua-tua ... suka makan nasi macam ni (gambar kedua)... berderai katanya. satu hari cuba adik-adik hidangkan nasi, mula-mula nasi yang bentuk kat atas tu .. kaut kemudian hidangkan. hari lain cuba pulak hidangkan nasi yang gambar kedua tu. cuba bandingkan keseronokkan menghidang atau makan ... paling tidak pun cuba tanya nasi yang bagaimana sedap rasanya dimakan.

tapi jaga2 adik ya ... kadang-kadang ada bulan dalam periuk ... hehe


selalunya telur asin ni selepas cuci bersih akak masukkan saat api periuk padam .. 10 minit kadang kurang ... dah boleh diambik tuk makan.

cerewet ..... bukan cerewet .. selalunya kita nak cuba kesempurnaan sebaik yang mungkin....

sekadar berkongsi ... mungkin nampak remeh .. tapi mengingatkan itu bagus..

4 comments :

arjunasetia said...

timakaseh, dan tak masak nasik, den kukus yo..lagi sodap..hehehe

Anonymous said...

Hahaha.. terkejut kak tie tengok telur tu.

Ooo.. boleh rebus telur sekali, ekk! Kak tie baru tahu, hihhi..

Unknown said...

arjunasetia,

samo2 lar... rajin bonar mengukos...
nanti ajar den ngukos plak :D

Unknown said...

k tie,

haha... senangkan ..
boleh je.. masa nasi tengah basah tu masukkan telur asin tu ...

dpt cr dr arwah mak izan...

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter