Jom join izan

Monday, February 28, 2011

mari belajar buat tempoyak


kadang-kadang kalau orang tak tahu nak buat .. memang rasa susah. tapi sebenarnya tak susah. cuma remeh. remeh tang mana ... nak tanggalkan isi dari bijinya tu .. comot. tapi sebab nak makan sedap ... buat juga.
macam mana bikin tempoyak. selalunya zan suka cari isi durian yang elok. jarang nak guna durian yang murah2 .. tapi kalau dapat durian yang murah2 tapi isinya elok dan sedap lagi...zan guna.
bila dah siap semua di kirai dari bijinya ... zan letakkan dalam bekas kedap udara dan simpannya dalam peti ais. untuk pengetahuan.. zan orangnya suka tempoyak masam dari manis. jadi setiap hari zan akan keluarkan dari dalam peti ais dan buka penutup bekas atau biarkan aje bertutup dan letakkannya diluar selama beberapa hari hingga rasanya berubah masam. kadang-kadang sejam atau 2 jam zan biarkan diluar dalam keadaan terbuka pada udara kemudian simpan semula dalam peti ais.

ada sesetengah orang akan meletakkan 2 atau 3 tangkai cili akar atau cili api dalam bekas tempoyak kemudian disimpan dalam peti ais. bila nak guna dikeluarkan
.

tujuannya tidak diketahui. sebab tak pernah nak tanya sebab tak pernah letak. ada sesetengah orang pula campurkan sedikit garam. tujuannya juga tak diketahui sebab tak pernah nak tanya.

kak zan sendiri hanya buat yang biasa dibuat. jadi boleh cuba menempoyak udang, pucuk ubi, sambal tempoyak dan berbagai lagi .... cuba jangan tak cuba. kadang-kadang kita sendiri tak makan... tapi jika dapat pasangan yang suka makan ... tak adillah untuk dia supaya tak makan juga.

...... cubalah . :D


2 comments :

julietchun said...

saya tak makan tempoyak.

Unknown said...

julietchun,

okei kita makan durian ye..

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter