Jom join izan

Saturday, March 6, 2010

sambal terung ikan bilis

Bukan boleh tengok orang makan apa....... terliur...

sedapnyaaa..... nak ngincak tak buley..... aritu "JC" tunjuk-tunjuk.... jadi teringin pulak.... "JC" bakar gitu ada sambal belacan.... tapi zan teringin pulak nak bersambal ngan ikan bilis. kalau mak zan selalu buat camgini... sedap makan ngan ikan bilis begitu goreng garing. nak makan baru gaulkan.....


zan goreng dulu terung tu...... sambal tu zan siram aje. bila nak makan baru men colek-colek..... makan ngan nasi panas-panas asap naik tu.... sodapp..... sesiapa yang nak mencuba bolehlar cuba... tak yah lauk lain pun dah cukup.... ikan bilis tu pun dah cukup tau.....


Bahan A

4 - 5 biji terung sederhana (digoreng tanpa belah) - api perlahan

Bahan B (giling).

3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering (15-20 tangkai)
5 tangkai cili api (jika nak pedas)

Bahan C

3 sudu Minyak
1/4 asam keping
sedikit garam
sedikit msg
sedikit air putih.

Bahan D

segenggam ikan bilis digoreng garing

caranya:

1. panaskan minyak dalam kuali.
2. masukkan bahan giling dan 1/4 asam keping dan biar sehingga naik bau dan agak
garing.

3. masukkan sedikit air putih.
4. masukkan sedikit garam & msg.
5. tuangkan sambal tadi keatas terung.
6. letakkan ikan bilis yang telah digoreng garing. - hidangkan


14 comments :

CAHAYA said...

kalau versi mak cahaya. dia akan tumbuk ikan bilis ngan bawang. tumis, masuk cili sikit. pastu sambal tu dia perah sikit air asam. ada rasa masam2 sikit gitu. :)

tunbegia said...

sungguh sedap sambal terung,

salamm,

Unknown said...

cahaya,

kecur k zan dibuatnya.... tu yang laju makan... ikan bilis sebati ngan bawang...

Unknown said...

tb,

kena ngan nasi panas2.... tak pandang kiri kanan dah..

Syuhada Kamal said...

wah! bestnye sambal terung tu...terliur abis tengok..mkn lak ngan ns panas2 mmg syok abis..;p

cheryna zamrinor said...

kak izan....nieh perberet nieh...thank u sebab kongsi resepi kak izan yee!!!

Unknown said...

syuhada,

bila selera suda mari.... nasi tambah lagi dan lagi...hihi

Unknown said...

sha,

k izan juga tu.... kongsi2 tambah ilmu...

Unknown said...

nak order utk kenduri kesyukuran kira macam mana? tapi nak gi sg bauya dulu la nak cuba makan dgn nasi panasssss.....
Selera betul la Izan niiiiiiiiiiii........

Bro Framestone said...

sedap je teman tengok kak huhuhu

BroFramestone Blog

Unknown said...

kelisa,

kita tak ambik order... tunggu kita bukak kedai yer... baru boleh order.... ingat ke lagi jalan masuk sg buaya.... klu x ingat bukak peta Malaysia yek....

Unknown said...

framestone,

huhu.... tunggu akak bukak kelas memasak .... jgn lupa register tau...

Tie said...

Zan, kak tie memang suka terung masak sambal ni. Selalunya bila dah masak, kak tie ratah dulu, hehe..

Unknown said...

k tie

kita pun suka gak .... tengahari ni lapar lar pulak... tak keluar nih..

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter