Jom join izan

Monday, March 1, 2010

ketam bercili

Kita citer orang-orang tua dulu kala ada kata..... kalau waktu mengidam.. jangan suka makan ketam...... ada pernah dengar tak.

tu kata orang tua dulu kala..... zan ikut... masa nak ada anak pertama.. takut betul nak makan ketam. takut terkenan..... kalau orang tua-tua dah buka mulut..baik ikutkan aje. tapi bila masuk nak ada anak kedua... zan tibai jer.... kata orang pengalaman mengajar kita beringat.... ada yang boleh diambil ada juga yang boleh dijadikan sempadan. semua yang berlaku kehendak yang maha kuasa..... dan satu kebetulan.... bagaimanapun jangan suka nak menempelak kata orang tua-tua... ketulahan nanti.. bak kata pak mentua ... "ketulahan".... - selingan aje ni..... sedap makan lauk ketam.

Tu lar kata...... sambil masak leka-leka dulu.... sebab masak ringkas aje.....


siap boleh main-main dat lagi tu.... hihi... kalau kena semua main.... riuh lar..... siap boleh berperang lagi....

hihi..... aritu selalu masak ketam berempah.... nak masakkan bercili semua tak mau. dia orang tak rasa lagi.... kalau mak zan dulu selalu dah buat... zan aje tak buatkan.

tu dia ketam bercili......
tanya ngan abang iwan..... sedap tak.... mana sedap berempah ker bercili...... (tanya orang yang tak mau masak bercili.... - jawapannya: sedap dari berempah)...... haaa tu dia baru tau yer..... cubalar pula sesekali bercili sedap.......

Bahan A

4 ekor ketam (dibelah 2)

Bahan B (giling).

3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering (15-20 tangkai)
5 tangkai cili api (jika nak pedas)

Bahan C

3 sudu Minyak
1/4 asam keping
sedikit garam
sedikit msg
sedikit air putih.

caranya:

1. panaskan minyak dalam kuali.
2. masukkan bahan giling dan 1/4 asam keping dan biar sehingga naik bau dan agak
garing.

3. masukkan sedikit air putih.
4. masukkan sedikit garam & msg.
5. masukkan kesemua ketam yang sudah dibelah dan ditutup. perlahankan api. sesekali
dikacau sebati bersama sambal goreng. ditutup lagi.

6. buat berulang kali sehingga masak dan bolehlah diangkat.

6 comments :

CAHAYA said...

ya Allah. kecur air liur saya.

Anonymous said...

wahhh..ketam bercili memang best!!!

KTS said...

tak pernah dgr plak ms mengandung tak leh mkn ketam... kenapa takleh makan??

errr... saja nak tau :D



.
.

dah lama tak mkn ketam... tak reti... mcm susah je nk kopek :D

Unknown said...

cahaya

itu baru tengok pic.... mcm nak rasa kalau cahaya pula yg cuba..

Unknown said...

ima,

betul tu.... terliur tengok ima masak aritu.

Unknown said...

kts,

remeh kerjanya yer... nak makan kena hati2..... tu org tua2 yg kata. kan kita patah2kan kaki dia... gigit2 kulit dia... konon2 takut terkenan pulak nanti baby yang keluar tu seperti ketam yang kita makan tu...

apapun sebenarnya .... jgn fikir apapun dalam minda tu....

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter