Jom join izan

Friday, March 19, 2010

cencaru sumbat kelapa

mintak maap banyak-banyak kawan.........
tapi memang sedap ini ikan...... sumbat kelapa buat pedas-pedas.... fuuuuuuh huhuh.... manisnya...
nyammmm...nyammm....
tanya kat mak ...... camane nak buat.... bila mim alip lam sin sampai..... buat camgini aje lah... jalannn.... siap latah-latah lagi....
cuba lah buat pulakkk.... rugi tak cuba..... sedapp..


bahan A (perlu ditumbuk)

sejemput kelapa (digaringkan dahulu tanpa minyak)
3 biji cili padi (kalau nak pedas - tambah lagi)
1 biji bawang kecil
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit

Bahan B

2 ekor cencaru (dibersihkan tanpa buat kulit)
- belah dibahagian dibelakang ikan

sedikit garam

Bahan C

minyak untuk menggoreng

cara

- masukkan kelapa yang telah ditumbuk tadi kedalam badan ikan
- digoreng sehingga masak.

4 comments :

Anonymous said...

Dah lama tak makan ni.. kak tie tak pernah buat. Biasa bubuh sambal je.. tak bubuh kelapa.

Unknown said...

k tie,

sedapkan... manis rasanya. cuba k tie buat mcm zan tu... sedappp..

anyss said...

Alamakkkkkkk! Dah lama x buat macam ni. Biasanya bulan Ramadhan suka buat cam gini...lain kali buat, sila hantar ke Bangi ya :D

Unknown said...

anyss....

alar.... nak kena hantar ke bangi ker.... hihihi.... yesss...ada yang dah terliur.

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter