Jom join izan

Saturday, February 6, 2010

sesekali terkena alar sopan....

okey kawan-kawan tutup mata kejap yer.....
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
alar kejap jer.....
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
intai bukak mata jap.... tuk scroll kebawah...
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
oke tutup mata balik sambil tekan "enter" atau gelek roda mouse tu pelan-pelan
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
jangan mareeeeeeeeeeeee....
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
jeng jeng
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
ini dia hehehe..... sedap nyerrrrrrrrrrrr...


siakap manis masam gitu.................... ha a tu diaa....... namanya tak tau nak dibagi camane. selalu orang panggil siakap masak stim.... bahan-bahan memang tuk masak stim tapi cara masak tak stim pun hehehe.....

tapi memanglar... masak sekor tak cukup. abe ngan anak-anak mare gitu... awatlar masak sekong katanya.... tak cukup.... kalau zan ambik pic tulang temulang tu kang ada plak yang x lalu nak makan nanti...hehehe.... tak patut betul ibu ni masak sekor aje dorang yang kata... nasiblar yer.... dah mlm penat nak menyiang sisik ikan 2 ekor sekali... sekor lagi tunggular seminggu lagi.... hehehe....

Bahan A

1 ekor ikan siakap sederhana besar

Bahan B

3 ulas bawang kecil (ricih nipis)

2 ulas bawang putih (ricih nipis)

1/4 inci halia (hiris nipis dan memanjang)

3 labu bawang sederhana besar (potong bulat)

4 biji limau kasturi (diambil jusnya)

5 tangkai cili api (ricih nipis)

7 batang serai (3 batang hiris nipis + 4 batang di hentak (ganasnyer) sikit biar pecah2)

Bahan C

sedikit garam

sejemput gula putih

sedikit ajinomoto

5 helai daun limau purut

1/4 cawan air putih

sedikit minyak

cara-cara memasak:

1. panaskan kuali menggunakan api perlahan. - nak kena sabar yer... kalau selalu masak 1/2 jam kalini..... kita masak 1 jam.

2. letakkan minyak anggaran 4 sudu besar atau 3 sudu besar.

3. minyak dah panas masukkan kesemua bahan hiris dan serai ketuk juga limau purut- api perlahan yer. memang lambat tapi tunggu sehingga naik bau sikit.

4. masukkan 1/4 air (nak lebih boleh tapi limau tambah sikit lagi)

5. masukkan juice limau kasturi. kacau dan biarkan menggelegak sendiri - api perlahan yer. - sambil2 tu pi lar basuh2 dulu pinggan mangkuk kotor tu yer...jangan tunggu bahan menggelegak.

6. kemudian masukkan sedikit garam dan ajinomoto secukup rasa. masukkan juga sejemput gula... agak2 masam dan manis serta masin yang disukai. - kacau.

7. masukkan ikan yang telah dibersihkan tadi. ratakan bahan-bahan diseluruh bahagian ikan... tutup kuali dengan penutup kuali.

8. dengan api yang perlahan tu sesekali buka penutup kualai - siram2 ikan dengan bahan2 bagi sebati hingga masak. terbalikkan ikan sekali sahaja hati2 jangan sampai hancurlak ikan tu yer... hehe.

9. dah siap masak... kuatkan api beberapa saat kemudian boleh diangkat ikan dan... boleh lar dihidangkan.....

pada adik-adik maupun kakak-kakak.... yang baik diambil yang tak baik tegurlar....

11 comments :

CAHAYA said...

nampak mmg macam masak stim. sedapnya.

Anonymous said...

Alhamdulillah..... syukur ..rezeki tu. Kak tie dah lama tak masak stim. Siakap pun susah nak cari (dgn duit ciput ni..)

Bro Framestone said...

amboi kak.. nie xleh jadi nie.. sy kne serbu gak rumah akak huhu

BroFramestone Blog

Syuhada Kamal said...

mengancamnye ikan siakap tu..lapar lak rase perut neh..hehe

Syuhada Kamal said...

mengancamnye ikan siakap tu..lapar lak rase perut neh..hehe

Anonymous said...

masak ala2 stim lah tu...ima sendiri pun tak pernah masak stim ni...tak berani nak masak takut tak boleh makan...hehehe

Unknown said...

cahaya... harr bila senang2 nanti boleh cuba buat pulak ..

Unknown said...

kak tie

syukur alhamdulillah... 2 ekor baru 14.00 okey tu dari pi makan kat kedai... mahal lagi k tie... x larat dibuatnya ... k tie... ciput tu ditangan... cuba tengok dlam dumpet tu... waduuu..

Unknown said...

framestone,

walamak... bila nak serbu tu... kalau idak dpt air kosong je nanti haa..

Unknown said...

syuhada

patutlar ada dengar ghazal tadi... kesian dia kihkih..

Unknown said...

ima,

cuba sekali ima, sedap... zan gerenti. budak2 pun mesti suka. manis ikan rasanya campur masam masin sikit.

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter