Jom join izan

Wednesday, January 6, 2010

Siapa berani.....

Amboi...... kalau kita dibawah memandang keatas.
>
>
>
>
nuuuuuuuuuuuuuunnnn..... jauh .... aduh pedih biji mata kalau tengahari buta.
memancar panas matahari. kalau nak tengok tunggu lar waktu redup ye
>
>
>
>
kalau kita diatas............... pandang ke bawah
grrrrrrrrrr..... seremnyerrrr...
mesti rasa diawang-awangan
>
>
>
>
sayupppppppp gitu seperti semut api yang kelihatan
>
>
>
>
tada paperr......
>>>>
ADA BERANI????

Cuci tingkap bangunan tertinggi dunia di Dubai



CANTIKKAN waktu malam....... bila siang hari lain pulak rupanya.



sebahagian berita:
Cuci tingkap bangunan tertinggi dunia di Dubai GAMBAR menunjukkan tiga mesin yang digunakan untuk mengangkut pencuci tingkap di Burj Khalifa, Dubai semalam. BANGUNAN Burj Khalifa dikelilingi kerlipan bunga api semasa majlis perasmiannya di Dubai, kelmarin.
MELBOURNE - Sebuah syarikat Australia menceritakan tugas yang mencabar semasa mencuci cermin bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dengan menggunakan sejumlah baldi di sam-ping bantuan peralatan berteknologi tinggi berharga AS$7.3 juta (RM24.7 juta).
Pengurus Besar Cox Gomyl, Dale Harding berkata, syarikat berkenaan mencipta dan memasang beberapa mesin unik yang digunakan untuk membersihkan tingkap sebelum bangunan itu dirasmikan kelmarin.
Sebanyak 12 mesin itu dengan berat keseluruhan 13 tan mampu membawa sehingga 36 tukang cuci yang menggunakan air dan sabun untuk membersihkan 24,830 tingkap bangunan tersebut selama tiga bulan.
"Bahan pencuci yang kami gunakan itu sama seperti yang digunakan untuk mencuci cermin kedai. Tiada yang luar biasa mengenainya," kata Harding.
Tukang-tukang cuci itu berdiri di atas mesin tersebut yang bergerak di sebuah landasan mudah alih dan dipasang mengelilingi bangunan Burj Khalifa.
-------------------------------
teringat abe punya hal, baru naik tangga satu kaki cuci kipas, nak turun balik dia lompat dari atas ke lantai....... huhuhu... dia gayat. sudahnyer izan je yang pi bersihkan walamak...... terbalik sudah.

18 comments :

julietchun said...

kalo setakat cuci kipas siling tu berani lagi, tapi kalo nak cuci bangunan gini rasanya sampai atas dah takde nyawa kot,hahahah.

♥ Juliana Violet ♥ said...

tinggi sangat tue.
confirm kalau tgk bawah berderau laju darah and jantung berdegup2... (X_X)

Anonymous said...

salam izan,
nak cuci kipas siling pun tak berani nak panjat,inikan pula nak cuci tingkap bangunan...hehehe

fazemy said...

Cantikla bagngunan tu time bunga api tu. Dah mcm raksasa dlm citer ultraman pun ada. hehe. gerun tgk bangunan tggi2 nih. buat tggi2 bkn pakai smua pun. membazir je.

Cik Cookie said...

sumpah xmo ahh kj gini.
takot

Catwoman said...

Sy gayat, Kak Izan. Takmo la....
Huhuhuhu....


;)

Bro Framestone said...

saya pun gayat gak kak.... bukan sebab takut..coz mata sy ade prob..xleh nk tentukan jarak huhuhu

out of topic--> dulu mmg selalu minum air mata kail kak... dulu ade bomoh ikan kat rumah saya...leh kate tiap2 minggu jumpe die..asal makan ikan je sure tercekik... yg pelik suem tulang besar2 pulak tue...

ok tulang dah kuar... sy jolok sendiri huhuhu

BroFramestone Blog

Tie said...

Ooo... kak tie pun gayat gak ! Rasa nak pitam tengok !

Unknown said...

Thanks for the great blog — keep up the good work!

Website Developers India

Unknown said...

julietchun,

nak cuci siling tu pun ketaq gak lutut... haruuu...

Unknown said...

vee violet,

kalau tunduk tutup mata oke tak.... hehehe..

Unknown said...

ima,

hehehe.... tapi kalau ada tawaran RM$$$$$$$ amacam... nak tak nak...

Unknown said...

fazemy,

itu lar... masa pembukaan tu.. agaknye lah.. nak buat camane itukan lambang kemegahan... tertinggi didunia tu...

Unknown said...

cik cookie,

awal lagi dah mengalah... hihi...

Unknown said...

zyma,

tak apa... kita kalau dapat duk bawah bangunan pun... jadilarrr....

Unknown said...

framestone,

oooo... ada reason yeeer.... tak apa masih boleh diterima hehehe...

>>> kenapalar boleh selalu tercekek... agaknya selalu makan sambil menaip kotttt.... sabar ye.

Unknown said...

k tie,

tu yang selalu nak kena ada minyak angin hihihi.... saya pun gayat gak k tie.

Unknown said...

rose,

thank you so much :D

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter