Jom join izan

Monday, December 14, 2009

lauk ku cukup masin?.......

ini zan tak pernah tanya lah..... tapi abe suka tanya (sebab dia yang selalu belikan)....
"lauk abang beli tadi sedap tak jan?.....(walhal dia dah tau apa yang keluar dari mulut tapi tetap nak ditanya)....
Dari mula sampai lar ni....... jawapannya serupa "biasa aje....."..... diam je abe... esok tanya lagi soalan serupa.............. lusa tanya lagi soalan serupa.......... tulat tanya lagi soalan serupa.......... diam tak diam dah dekat 20 tahun lebih... sama aje jawapannya......"biasa aje kalau tak pun ---- boleh tahanlarrr...".... kadang-kadang abe tanya "apa yang boleh tahan....." rasanya.. rasanya yang boleh tahan.
tak pernah jemu bertanya...... soalan serupa ..... walau tau jawapannya tak pernah berubah...
tapi sekarang pandai sikit lar .... "lauk abang beli tadi sedap tak jan?................ "boleh tahanlar"... sendiri tanya sendiri jawab... kih kih kih.... soal kata lidah boleh bohong, soal rasa tidak......
mengapa serupa aje jawapannya...........walau hari-hari lauk yang dibeli berlainan jenis (biasanya makan tengahari lar....) mesti berbagai rasa dan selera....... yang sememangnya dia dah kenal citarasa kita bertahun-tahun.... lagipun memang zan tak pandai memilih... apa dia bagi... makan saje lah....
bezanya...... jika kita sendiri mencorak rasa dan selera kita memang tiada kompromi... rasa sedap aje (walaupun tak sedap....).... tapi bila orang lain cuba mencorak rasa dan selera kita ... sama tapi tak serupa...... walau resipi yang dibuat tu serupa... sama.... tak da bezanya dengan resipi kita.... tapi tetap tak serupa yang tangan kita sendiri buat.... bancuh... tetap lain rasanya.
tapi..... kita tak boleh hendak mengata orang lain itu tidak betul dan kita betul..... . jadi kita kena ada tolak ansur... mungkin pada kita cara dia tak betul ... tapi tidak mustahil pada dia cara kita yang tak betul...... jadi itu sajalah jawapan yang keluar dari mulut izan.... "boleh tahanlar" tak pun "biasa aje".....
sebahagian ungkapan dari Dr. Azhar "memahami sesuatu perkara itu tidak sama dengan merasakannya. Kita mungkin faham akan kesedihan tetapi jika kita tidak pernah mengalaminya, pasti kita sebenarnya tidak pernah tahu apakah sebenarnya rasa kesedihan itu....."
"...........rasa itu pintu rahsia kerana yang dikatakan rahsia itu adalah sesuatu perkara yang tidak boleh disebarkan, jika kita sudah menyebarkan dan ramai yang tahu maka itu bukan lagi dianggap rahsia...."
......ada diantaranya rahsia.... samada benar atau tidak.... ???????????........ kadang2 benar...kadang2 tidak.......

16 comments :

Tie said...

Rasa itu pada empunya diri, kan...?

Apa yang kita rasa tak sama dengan cita rasa orang lain.

Dalam erti kata lain, mungkin bagi diri kita ianya sudah cukup sempurna (dalam apa juga pekerjaan), tapi bagi sesetengah orang, masih ada ruang lagi untuk diperbaiki...

Alamak! Apa la mokcik ni merepek pepagi nih!!

Catwoman said...

Salam Akak Zan.....

Citarasa setiap kita ni mmg berbeza. Pasti akan ada yg ngomel cenggini, ada pulak yg ngomel cenggitu. Itu kene kyrang, ini kene tambah.

Sy ni jenis mudah je.....makan je la asalkan bukan OILY FOOD je. Takuttttt. Huhuhuhu. Nanti mati akibat terlebih minyak la pulak.

julietchun said...

saya pon tak kisah buleh makan apa saja tapi jgn bagi lauk ikan sungai dah la.

naz ilyn said...

salam...izan masak ngan lyn masak sapa yang masak sedap...hehehe.

Unknown said...

k tie,

hihi.... sesekali k tie, bukan selalu... len kali buleh lagi..

Unknown said...

zyma,

ngomel-ngomel-ngomel.... kfc dicari juga.... fish n chip dimakan juga... nasi paprik... waaa.. sumenya kegemaran sape tu.. minyak lar tu...hihi

Unknown said...

julietchun,

cuba bagi contoh nama ikan sungai... sbb smpi lar ni k zan tau masak aje..

Unknown said...

lyn,

ni yang susah nak jawab.... kita tukar lar... ilyn ngan izan sape kuat ketawa...hihihi..

Faridrashidi said...

Merasa bersyukur dengan apa yang ada itulah yang terbaik.

Dearie Pearls said...

"..memahami sesuatu perkara itu tidak sama dengan merasakannya. Kita mungkin faham akan kesedihan tetapi jika kita tidak pernah mengalaminya, pasti kita sebenarnya tidak pernah tahu apakah sebenarnya rasa kesedihan itu..."


"Saya faham apa yg ko rasakan kerana saya juga pernah mengalaminya.."

walaupun pernah mengalami tetapi rasa tetap berbeza.

Catwoman said...

Kak Zan....

Salam Maal Hijrah buat Akak dan seluruh family ye.

;)

meo spider said...

pergh... mcm lgu spider siot!

Unknown said...

Faridrashidi,

ye insya Allah... betul tu....

Unknown said...

dik LOL,

sama tapi berbeza.... bukan mudah mencari kesempurnaan .....

Unknown said...

Cik Puan Muda Zyma....

Terimakasih... Hijrahkan sebanyak yang mungkin dan berterusan...
walau tidak semua pastikan perubahan tetap ada...

Unknown said...

meo spider,

okei lar tu... kongsi lar... kongsi suka dengar..

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter