Jom join izan

Saturday, December 19, 2009

berikan sedikit rasa...............

dalam suasana awal malam.... dalam keadaan rintik hujan..... terpaku mata pada satu keluarga bermotor......
abe membebel...."apalar bawak anak keluar malam-malam.... ".....
zan pun mengingatkan abe suasana dahulu .... dimana kami nak kemana-mana hanya dengan motor juga membawa anak kecil.... kerana itular satu-satu kenderaan yang ada sebagai harta..
"cubalah dipakaikan baju lengan panjang ke, kemudian ditutupkan kepalanya....."..... itu tandanya kita sayangkan anak kita... perhatikan keperluan dia walaupun kecil baby...


"bukan dengan mendukung anak sebelah tangan..... angin malam ni..... rintik2 lagi..."... haaa...tot tet-tot tet abe membebel......

"ye lah.... kalau kita dulu2 nak bawak anak keluar.... siapkan topi kelubung... kalau dahi tu bertanda minyak hitam belakang kuali tu......"....


haaa... gitulah kalau duduk dan bercampur dengan orang tua... banyak petua dan pantang larang.... kalau muka anak tu putih merah.... harus jadi comot dek hitam kerana mengikut petua orang tua-tua. bukan apa itu tanda kasih dan sayang dalam memperhatikan anak cucunya dan menunjukkan betapa orang tua ni mengambil berat hal anak cucunya supaya tidak berlaku sesuatu yang tidak baik.
tapi orang muda zaman sekarang kurang memperhatikan ..... ikut suka nak buat sebab katanya itu cara dan hak dia menentukan hidupnya serta anak-anaknya. tetapi jika dah berlaku sesuatu yang tidak baik.... tetap juga mencari orang tuanya untuk mengadu nasib.... kerana orang tua kita tidak pernah membiarkan kita dalam keadaan tidak menentu.

>>>> kerana perasaan kasih dan sayang.... menegur juga kerana kasih dan sayang.... kalau bawa anak-anak kecil baby tu.... tutup sehabis-habis tutup ye... kalau boleh biar muka aje yang nampak.... biar tak kena angin sejuk...tambahan jika hujan walaupun rintik.... ambik kira kesihatannya.... nanti masuk angin... meragam tengah malam sampai kepagi.... siapa yang susah... sendiri juga yang susah. kalau anak sakit.... tak senang duduk kita dibuatnya... kalau boleh apa saja petua orang tua yang kita anggap karut dan tak masuk diakal tu... kalau tak semua ambil yang patut-patutlar untuk diikut.....
>>>> ngapalah sensitip sangat nih..... tak boleh tengok lar perkara-perkara macam ni.... mesti nak kena ingatkan dan tegur2 serta sampai2kan kepada ibu-ibu yang lain....
********* APAKAH INI TANDANYA AKU DAH MAKIN MENGHAMPIRI KE ALAM TUA...... kerap membebel...........??????.....

2 comments :

Eiba said...

Kak Izannn....muwaaahhh membebel tanda sayang kak oiii...

Unknown said...

Eiba..

ye lar... bila dah terjalin persaudaraan dengan sesiapa aje.. rasa sayang dan tanggungjawab tu ada... kakak-kakak - adik-adik... persaudaraan sesama agama.

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter