Jom join izan

Sunday, December 6, 2009

kuah dah tumpah..... si bujang senang

Ada pepatah..... itular patah dia.......
Seingat izan anak bujang zan ni akhir sekali dia pegang batang pancing ..... masa umurnya 12 tahun.... mula pegang batang pancing pada umurnya 6 tahun.... asal letak pancing mesti mengena..... hingga lar sekarang.
kadang sepupu2nyer tak nak ajak dia pi sekali.... itulah keistimewaan hobi dia.... dari mana dia dapat hobi ni.... kalau tak dari abahnya yang kuat memancing pada zaman2 bujangnya ....

Abahnya dah lama tak memancing.... seingat izan umur abang iwan 3 bulan..... selepas zan habis pantang sebab nak pancing ikan haruan.... kemudian sambung sekejap masa umur adik ika 3 hari pun sebab nak pancing ikan haruan....



nampaknya musim-musim cuti sekolah ni... abang iwan nak mengisi masa lapangnya memancing dengan sepupu dan pak sedaranya.... maka dia telah membodek abahnya untuk beli batang pancing..... haaa... bab ni zan tak boleh nak masuk..... biarkan bapa dan anak membuat pilihan.

waaaa.... sejumlah harganya...... itular keistimewaan bapa dan anak.... sanggup berhabisan untuk hobi......


oleh kerana jurujual enggan memberi minimum diskaun....... dia telah memberi mata kail sebanyak dua peket khas untuk ikan haruan............ tu diaaaaa......
MEE KARI..................
disebabkan ari ni ada kenduri kahwin maka...... izan ambik peluang ringkas.....
disebabkan banyak lagi baki kari ... maka ke kari juga lar lagi...



marilar kawan-kawan ku... menjamu selera mata.... jangan lar malu janganlar segan.... silalah mata-mata mu memandang... hehehe....

selepas masak.... izan dah lapar sangat........ inilar bekas izan yang penuh......... shedapppp...

fuhhhh............ menangis izan makan...... punye lar sedapnyeeeeeeeeeeeee....
cuba lah buat mesti menjilat jariii........

7 comments :

Dearie Pearls said...

Salam Kak..
Kalau dik mancing jarang sangat mengena..
Tak sabar..
hehe..
Lagi satu, kalau mancing mesti banyak nyamuk. Huhu..

naz ilyn said...

salam...izan sedapnyeee mee kari tu terliur pulak nak gi dapur masak ler...

anak dan bapak kat umah ni pun tengah gila memancing dia orang plan nak gi cuti krismas ni...lyn ikut sama tapi jadi tukang masak tuk dia orang jer nyampah betul nak gak gi mancing gian lama tak mancing ni...hehehe.

Leenoh said...

Salam Izan.

Nampaknya tak lama lagi boleh makan ikan segarlah.

Baik juga hobi tu kekadang tak payah beli ikan.

cheryna zamrinor said...

mee kari mmg fav sha!:)

mmg sekarang musin memancing tp kena hati2lah sebab tgh musim hujan jugak kan.

windu kak izan. maaf ye, sha ada masalah connection dengan streamyx aritu. lama baru dpt visit blog kak izan.

Catwoman said...

Mee kari?? Sy suka.
Mee Bandung?? Lagi sy suka....

Huhuhuu.....

;)

Tie said...

Hu hu.....

Tak aci la Zan ni.......

Kak tie suka mee kari tau ! Nak buat malas, suka makan orang punya, hehehe.......

en_me said...

sodapnyerrr..

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter