Jom join izan

Friday, October 16, 2009

huhu... aduhai "Kopi Janda"..

Hari semalam zan bercuti kerana balik ke sungai besar... nenek kepada abe dah pergi mengadap ilahi pada jam 3.30 pagi hari khamis (Al Fatihah). selamat dikebumikan jam 10.30 pagi semalam.
Kami semua keluar rumah sebelum 7.00 pagi. jadi memang tak sempat nak buat sarapan ... sebab kelam kabut. selalunya pak mentua zan pagi2 mesti dah memanggil dibelakang rumah, jika ada hal. tapi semalam tidak pulak... tu yang kelam kabut. rupanya kak long dah bawak dulu2.
jadinya kami pun teruskan perjalanan... ditengah perjalanan terserempak dengan abang ipar, kami terus melaju aje - perut lapar. ingat nak singgah warung selalu abg iwan makan tiba2... "vibrettttttt... brettttttt..." bunyi talipon zan... tengok mesej "nak makan kat mana, kami ikut belakang".. abg ipar bagi mesej... - kami dah sampai destinasi... tak lama kemudian bunyi sms masuk lagi... "kau kat mana ....."... adik ipar pulak... "tempat k chik selalu bawak iwan makan nasi lemak"... - "ok ok... dah nampak...."
apa lagi gamatlar...... yang lain2-lain dah lepas, tinggal 3 keluarga ni pun kalau jumpa .. ya ampunnn... gamat.
tengah seronok borak tiba-tiba abe ..."kak, sini kopi apa sedap..."... semua diam... datang adik ipar abe zul gak nama dia "kopi janda - kopi janda sedap..." ..... "ok cuba.... kak, kopi janda satu.."...
ni lar rupa kopi janda... selama ni zan tak kisah camane rupanya....




menawan tak.....



izan yang duduk dihujung, dengar wat selamba aje..... "hangatttt...."..... masa balik kekereta, zan pun tanya kat abe "apa rasa kopi janda.... :D".... abe jawab "pahit...." grrrrrrrrr.... alarrr... relax arr.... "kopi....."

16 comments :

Dearie Pearls said...

Mcm2 jenis kopi..

kopi janda, kopi duda xder..?

hehe..

mcm2 nama kopi..

dina said...

dgn kopi pun nak cemburu ke? hahahahaa

Unknown said...

dik LOL,

tu lar kata..... macam-macam ado....

nama buleh menarik perhatian .... strategi bagus...

Unknown said...

dina,

huhu... mu ketawakan kita yeh....
hihi... terasa i u... :D

tak kisah lar nama apa pun nak diletak... yang pasti fikiran kena positif..

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

kopi janda
nama tak boleh blah!! hahah
tp kopi betina lagi xblh blah hahaha

Unknown said...

Tinie a.k.a Ibu Fatin,

haa... siapa nak promosikan pulak. bukan senang nak masuk market..

ada cikit sensitif pada "nama"... tapi kita kena positif kan minda...

cheryna zamrinor said...

taknaklah minum kopi janda nieh kak izan...belum kawen dah jadi janda...takmo laaa!:)

* ada kesan kegersangan ke? hehehe...

Catwoman said...

Huhuhuhuhu....

Sebelum bagi komen, sy nak gelak guling2 ni,Kak.

Kopi Janda la pulakkk. Sy selalu dgr....tp tak pernah minum. Kopi ni mcm mana pun beza pd nama je.. bahan2 tu tetap sama. Kilang buat kopi ni kat Pusat IKS Napoh,Kedah berlambak2.

Packaging tu boleh ditukar anytime...tempek nama GAH. Rasa sama gak. Kepuasan belum tentu.

Janda owhhh Janda!!!! Adehhhhh....

:)

naz ilyn said...

salam...kopi janda yang menggoda hihihi... izan ada kesan efek tak???

Asma said...

Sallam Izan, kat mana ada jual kopi janda tu, nak rasa heheh...

Anonymous said...

salam takziah buat keluarga izan....

alahai kopi janda oh! kopi janda...hehehe

Unknown said...

sha,

kesan menawan gitu....

itu lar kata terlalu dikormesialkan sangat nama sebegitu ....

yg pasti jgn kerana nama....

Unknown said...

zyma,

tu lar... iklan radio banyak dah.

seingat k zan... abe baru tu sekali cuba minum... pahit katanya ... agaknya kakak tu kurang letak susu dan gula... hihi

yelar ... mcm2 cara nak lakukan kopi sekarang ni... ubah je namanya walhal isinya sama je.

Unknown said...

ilyn,

kesan efek.... nampaknya mcm tada lar ...... hihi.

efek cikit kat si pembuat cerita hahaha...

Unknown said...

Teratak Murni,

yang zan nampak mcm kat Sekinchan ada..... tempat lain ... jom kita survey....

Unknown said...

ima,

pelaris jualan tu..... mcm2 org nak mengeluar dan melakukan produk.

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter