Jom join izan

Friday, September 18, 2009

Hati lurus…………..

Ini pic buah kelapa …..

Apa kena kelapa dengan hati lurus….
Haaaaaaa…… meh izan citer..
Dulu masa kecik2…. Zan buleh parut kelapa sampai 15 biji sekali parut (sekali parut maksudnya tanpa berhenti yeee...). Tak tipu…. Bila time-time nak raya kan, mak zan org paling sibuk … bukan sibuk buat kuih raya tau. Sibuk dikedai melayan pelanggan …. Org dtg dan pergi dari pagi sampailah kemalam. Bila dah begitu kan, zan paling suka tolong belah kelapa dan parut … sebab apa. Kurang berjalan hanya duduk aje ditempat yang sama hihihi…. Ada penyakit “MIM”..
Dalam banyak-banyak pelanggan zan paling suka dengan makcik depan rumah… isteri arwah ustaz Daud. Bukan sebab dia ada 4 orang anak bujang encem tau…. Tapi sebab banyak ilmu dan petuanya…….. orang tua kan.
Antaranya kalau dia suruh zan belah kelapa, kadang2 bila time angin kus-kus sampai….. zan tak mau buat kerja tapi bila kena juga buat (senyum paksa tak lekang) …. Belah kelapa tak cantik, kadang-kadang pecahlah, sengetlah, gitulah, ginilah ….. haaa… makcik ni akan cakap dengan zan apa… “apo ekau ingat ni …..” atau “membolah tak cantik hati tak totap…”, zan tanya “kenapa makcikkkk..”… ekau ingat nak berjalan yo tu pasal membolah kelapo pun tak cantik……….. tolong omak ekau buat kojo lagi elok. (huhu… dia tau zan nak berjalan tak dapat…)... apa idaknya dari depan rumah aje dia buleh nampak zan kena letiaq .....
Sejak hari itu, bila zan nak belah kelapa aje, zan mesti bagi tumpuan ……. . bukan belah kelapa aje, setiap pekerjaan pun zan mesti cuba beri sepenuh tumpuan supaya pekerjaan izan itu tidak menjadi sia-sia. Ada sesiapa yang pandai belah kelapa?............

7 comments :

julietchun said...

saya selalu belah kelapa dan mesin sekali tapi utk rumah. mmg betul kekdg kena yg tempurungnya tebal semacam 3-4kali hantuk pun taknak terbelah.

Bro Framestone said...

tang mane kaitan hati lurus tue ek he...23x

he...23x kite sepanajng belah kelapa sume ok2 je...

Dearie Pearls said...

Salam Kak..

Moga sihat hendaknya.

adik boleh belak kelapa dan kupas kulit pun boleh.
Hehe.. terer coz terbiasa dari kecik tapi dah lama jugak ar tak kupas kelapa.
Belah2 kelapa best tapi kena hati2..

kadang tak chanteQ..

pikir benda lain ar tue.
hehe..

Kak,
Salam Aidilfitri daripada adik kepada Kak dan Keluarga.
Mohon maaf segala dalah dan silap.

Catwoman said...

Kak Zan.....sy tak pandai nak membelah buah kelapa....
kalau sy yg belahkan buah kelapa tu.....alamatnya Innalillah buah kelapa tu.

Sy beli yg siap perah punya.....balik masak je. Huhuhu..

cheryna zamrinor said...

"Sungguh cantik kain pelekat,
Dipakai orang pergi ke pekan,
Hari raya semakin dekat,
Silap dan salah mohon dimaafkan."

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

---> sha sampai skang tak reti belah kelapa...ancur!!!

kuina said...

skrang g market beli santan aja
buah kelapa tak ada rupa dah

Tie said...

Belah kelapa ?

Dulu kak tie tak tahu, tapi hubby ajar, kena ketuk pada urat dan aim di tengah2 kelapa tu.. Mesti cantik terbelah dua. Tapi sekarang dah tak belah kelapa lagi... beli santan kotak!! Waakakakaa.....

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter