Jom join izan

Monday, August 10, 2009

Selamat menyambut tibanya Ramadhan ...

Tinggal tak berapa hari aje lagi..... seluruh umat Islam akan menjalankan Ibadah puasa. Selamat menjalani Ibadah puasa dengan jayanya dan sempurna.
Aktiviti harian jadi perlahan dan berkurangan untuk sementara waktu............... almaklumlah sajalah...
tambahan dengan keadaan sekarang dimana kita ditakuti oleh penyakit masa kini sedang terkenal iaitu H1N1.....
dah hampir dua minggu yang lepas anak zan demam termasuk semput, hingga dia diberi bantuan gas ... seingat zan rawatan sebegini yang dia pernah terima waktu umur dia 3 bulan. jadi memang banyak rintangan dan dugaan yang zan hadapi mana "hospital" yang tak mahu terima pesakit, mana hospital yang menerima pesakit sekadar melepas batuk ditangga.... dan akhirnya setelah 2 hospital dan 2 klinik biasa zan pergi untuk yang ke 5 zan kembali ke klinik asal dimana adik dirawat sejak umurnya 2 bulan.

disitu zan puas hati dengan layanan, penerangan dan apa yang zan nak tahu semua diberitahu dengan terperinci. akhirnya adik ika bebas dari penyakit berbahaya. dan selepas bercuti hampir 1 minggu harini adik ika kembali kesekolah untuk hadapi peperiksaan tanpa persediaan hampir 2 minggu. apa yang mampu adik kata.... "doakan adik ye bu... adik tak hafal apa2 pun....."... apa yang termampu lar adik....
disini mari kita amalkan sama-sama doa jika terdapat bahaya penyakit menular.... sekadar berusaha.. dalam bahasa rumi aje zan dapat tuliskan disini ye..
"Aku membentengkan diri dengan nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan, aku berpegang teguh pada Tuhan yang menguasai alam nyata dan alam tak nyata, aku bertawakal kepada Tuhan yang Hidup dan yang tidak mati selama-lamanya. Semoga kiranya Engkau hindarkan kami ya Allah dari bala dan wabah(wabak). Sesungguhnya Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

14 comments :

Anonymous said...

Syukur...., anak zan selamat.

Kak tie dok ulu ni tak tahu tentang hospital yang tak terima pesakit ni.. teruk betul.

Tu la, penyakit ni membahayakan penghidap asthma, macam anak2 kak tie. Setakat ini kak tie beri rawatan di rumah je, sebab masih boleh dikawal, cuma tak aktif macam biasa laa... batuk tu ada sikit2...

Cikgu Ije said...

mesti kawan2 ika dah rindu ng ika. =D

studi rajin2 ye anak dara kak izan.

CAHAYA said...

InsyaALLAH puasa boleh sembuhkan semua penyakit yg ada dalam badan kita termasuk penyakit hati. ;)

Cepat sihat yer anak Kak Izan.

kunyiil said...

salam..
rasa2 bley cukup ke puasa tahun ni....hehehe

julietchun said...

org yg tak ada asma pun buleh kena asma sebab keadaan udara yg berjerebu ni.

Unknown said...

k tie,

rupanya kan... org dah lama tahu. zan je baru tahu ... selepas merasa... sedih tau

risau kan bila anak2 ni semput tetiba .... agaknya pun terlebih makan buah kot.... dia makan pulasan dengan longan.

Unknown said...

ije,

tu lar kata... homework banyak sangat. kwn dia kata klu tak siap kena pukul dengan cikgu....

timaceh ije......

Unknown said...

cahaya,

betul tu..... setahun hanya sekali, bukan boleh dapat selalu pembersihan hati dan nurani.....

terima kasih cahaya... bila dia dah senyum balik ... rasa lega.. :)

Unknown said...

kunyiil,

apa pulak tak bulehnya... haaa... jgn tak pecaya... agege..

Unknown said...

julietchun,

iye tu... sekarang ni udara kita tak menentu dah...

Anonymous said...

Zan, pesakit asthma ni kena pantang bab2 makan.

Buah2 bergetah , sejuk dan panas seperti rambutan (dan pulasan), mata kucing (longan), pisang, durian,manggis dan banyak lagi perlu dielakkan terutama semasa dia kurang sihat,contohnya batuk, selsema dan demam. Boleh makan masa sihat tetapi hadkan....

Buah2 seperti epal, anggur tu okay... sebab getahnya dah hilang (buah import). Tapi kena pantang makan makanan ringan seperti chickadees, twistees... kalau potato chips tu okay tapi jangan beli pringles (tak halal).

Juga elakkan dari habuk,asap, bau2 chemical spt minyak wangi, cat atau semburan ubat ...yang berbau tu boleh cetuskan asthma attack!

KTS said...

bila dgr cerita org, rasa bersyukur sangat2 sbb diberi nikmat kesihatan selama ni...

bila kita sihat, kita lupa segala nikmatnya kan... bila dah sakit, baru tau...

semoga sihat sentiasa ika tu... belajar rajin2

Unknown said...

k tie,

tu lar anak-anak ni dah dilarang bukan sebab tak bagi makan, cuma kesihatan tu tak cukup kuat. tapi dia nak juga.

bila dah macam ni, barulah dengar tu pun lepas doktor yg nasihatkan. mak ayah nasihat ... selagi tak dapat selagi tular dia menyesak nak makan.

terima kasih, pengalaman k tie yang boleh zan jadikan panduan pula :D

Unknown said...

ku tak sempurna,

masa sihat kena beringat.... tuk kesihatan yang baik berpanjangan amalkan pemakanan yang baik...

timace..... ika dah sihattt...

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter