Jom join izan

Monday, March 30, 2009

Pagi indah yang terbantut.....

Pagi yang indah.... (kena tanamkan setiap hari - bahawa pagi adalah waktu yang indah).....
hihi..... seperti biasa keluar dari rumah dengan bersemangat untuk memulakan tugas seperti biasa bermula dari Isnin hingga ke Jumaat. Selalunya sebagai pembonceng.... banyak perkara zan buat sepanjang perjalanan. tido...dengar radio.... berangan.... haaaa itulah kebiasaannya.
berangan tu nombor satu..... berangan bilalah nak kaya. siapa tak da simpan angan2 nak kaya .... rugi. walaupun sebenarnya biarlah cukup makan .... dah bersyukur.... tapi tetap nak berangan jadi kaya gak. kalau tak kaya juga tak apa.... teruskan berangan.
kalau dengar radio tu.... haaaa..... HOT FM pilihan dipagi hari.... ceria... ceria... bersemangat dari rumah sampai ketempat kerja. kalau bab lawak tu... ketawalah sorang2 dibelakang. tak da sapa nak marah....
tiba-tiba..... motor geylong lakkk.... grrrr... pagi ku yang indah terbantut.
nape tuuu..... larrr... bocor dah. ahhh... sudah kat highway lak. lama dah tak menapak. 100 meter lebih gak menapak gara-gara tayar pakcik poncit... nak cari tempat selamat. keselamatan nak jaga juga....
duduklah dekat 1/2 jam kat tepi highway menunggu sesiapa yang sudi menawarkan diri dan termurah. jangan tak tahu.... kalau gaya macam ni, harga paling murah... RM80.00 yer... kalau di tawarkan pun dapatlah RM70.00.

tak lama kemudian, lalulah sepasang suami isteri berketurunan India yang mana si suami menawarkan RM30.00. selepas 10 saat menawar dapatlah upahnya RM25.00.
memang si suami membantu dari mula hingga akhir (sebab ada peristiwa sampingan).... jadi mengenangkan sikapnya kami pun sepakat untuk beri upah yang diminta pada awalnya.
satu yang zan nampak pasangan suami isteri muda awal 20 ini ...... si isteri sayang dan perihatin sungguh pada suaminya yang bersusah payah mencari pendapatan sampingan..... keringat si suami yang merembes keluar bagaikan air paip, di gunakan jari jemarinya sendiri untuk membuangkan peluh didahi suami. kemudian upah yang diberi oleh kami tadi diberikan pula kepada si isteri untuk menyimpannya. betapa perlakuan mereka itu membuat zan tersenyum sendiri....




Bersusah-susah dahulu.... bersenang-senang kemudian.

22 comments :

Dearie Pearls said...

Salam kenal..
i follow u k..
hehe..
cam DG plak..
huhu..

nita said...

haa.. pagi yang indah.. tadi.. laa ni ujan.. sejuk.. salam kenal ehh.. maceh sudi jenguk blog saya..

Tie said...

Wah...untunglah zan, walaupun susah sikit, tapi dapat tengok sesuatu yang manis...boleh dicontohi tu...hi hi...

Catwoman said...

Bykkan senyum,K.Izan.
S.E.N.Y.U.M.

Anonymous said...

salam perkenalan...
makasih sudi singgah umah saya...

pagi indah yg terbantut...tapi zan dah dapat sesuatu....

Dearie Pearls said...

pengajaran yang penuh kasih dan sayang..
terharu lak kan..

hari terbantut yang indah..

sherry said...

Izan........

indahnya pengalaman izan.

Bro Framestone said...

zaman sekrg nie terutama yg muda2 nie mane nk bersusah payah dgn pasanagn bila dah khwin.. kekdg wat bodoh je...(ops xnk komen..stop sinie)

AHMOI said...

tak pa kak..susah dulu senang kemudian...kan..kan...kan...

naz ilyn said...

takperlah izan... semua yang kita lalui dalam hidup ini adalah pengalaman dan pelajaran untu kita lebih gagah menjalani kehidupan yang seterusnya... bersabar dan selalu bersyukur akan membuatkan hidup kita lebih bahagia walau pun tak sekaya orang lain... manalah tau satu hari nanti ilyn jumpa izan naik kereta mezs... jangan tak kenal pualk... hehehe

echah_syed said...

terharu pulak bila baca citer kapel india tu.. :(

Unknown said...

LotsOfLovePearls,

ooo... i like it

i follow u 2... hihi

Unknown said...

sis nita,

sama2 - no poblem. salam kenal juga.

terang pagi ni.... semangat.

Unknown said...

k tie,

zan yang manis2 tu memang suka nak jeling.... hihi

nak tengok terang2 nanti nampak sangat. pasangan muda k tie... kita veteran hua haha..

Unknown said...

zyma...

tau lar.... S E N Y U M - cebek..

Unknown said...

ima,

cuci mata di waktu pagi... hihi

Unknown said...

LotsOfLovePearls,

hidup mereka baru nak bermula...

anak sorang... (sempat gak interview)

Unknown said...

sherry,

pagi-pagi hari macam2 boleh dilihat... hihi

Unknown said...

Framestone,

lain orang lain gayanya.... lagi lama lagi banyak pengalaman dan pelajaran...

haaa... cepat2 lar umur makin meningkat...

Unknown said...

ahmoi...

kalau senang dari mula.... tak dapatlah menghargai manis dan indahnya hidup..

Unknown said...

ilyn,

jgnlah gitu... ada gak impian nak pakai merz. kalau betul lah.... boleh gak main lambai2 cam lady diana tu... hihi. i pelawa u ... dun worry.

syukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh Nya.

Unknown said...

combi,

muda2 dulu kita pun gitu gak... hihi

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter