Jom join izan

Friday, March 27, 2009

Sabar separuh dari iman.....

Pagi-pagi bersemangat ni nak pergi kerja, sebelum tu bangun awal subuh bersiap... hati berlagu riang. rasa pagi ni indah sekali (walaupun setiap pagi memang terasa indah - hihi) .......
Bila semua dah siap, anak-anak dah kesekolah. pintu depan pun dah siap berkunci sekarang tiba pula giliran kami yang nak pergi kerja... ikut pintu belakang.
yeee... ikut pintu belakang. syyyy.... jgn bagitau sesapa kita dua orang je yang tau okei..
abe pun buka pintu belakang tapi mata tak lepas memandang terus keseberang jalan kecil dibelakang rumah terpaku. sambil tangannya menggagau rumah kunci tak keruan....
mata dia terus memandang .... dan zan terus keheranan... tak nampak apa yang telah dia nampak.
kata abe .... "tengoklah kita punya projek....". zan masih tak faham. kemudian dia suruh zan perhatikan betul-betul tanaman dibelakang rumah yang dah kuntung 2 - 3 pokok. pada hal petang sebelumnya izan dah baja, dah siram.... sayang bak anak kecil yang dibelai penuh perhatian.
mulut izan tak tahu nak cakap apa.... nak menyumpah tak sampai hati. tak tahu sape empunya kerja.
abe kata sape lagi kalau bukan spesis yang dibawah ni......

siapa yang harus dipersalahkan.....

haiwan yang tidak mempunyai akal atau tuannya kurang berakal.

sanggup membiarkan ternakan berkeliaran, menanggung sumpah seranah dari tuan punya tanaman.... mungkin bukan satu - dua atau tiga, malah lebih.

kerana mengenangkan keuntungan yang diperolehi tanpa memikirkan beban dosa yang dipikul tanpa disedari (sebagai orang yang beragama Islam kena menyedari setiap perbuatan dan pembalasan kerana menyakiti hati sesama agama). walau sebesar zahrah tetap dalam timbangan....

Sebagai insan teraniaya, kena menyabarkan diri dan redha kerana menganggap ini dugaan dari Allah supaya lebih bersyukur atas segala nikmat.

sabar zan..... sabar. yeeee pasti - mau tak mau kena sabar jugalah. kalau menyumpah seranah pula nanti sendiri yang ditimpa bala lebih besar lagi. silap-silap tanaman yang tinggal terus jadi padang jarak padang tekukur.

hemmmmm..... izan sedih. tanaman dah kuntongg.... lepas ni siaplah. tau izan nak buat apa.... bermacam cara zan nak cuba dan lebih berhati-hati jangan sampai diragut lagi.

zan cakap dengan abe.... nak nangiissshhhh..... abe kata tak pelah takda rezeki. dia kata dia nak buat perangkap buat lubang besar biar bila lembu lalu lagi terus masuk dalam lubang tu. adaka... tanah yang sekangkang kera tu..... saja nak buat lawak bodoh hiburkan hati yang duka lara niii.. sungguh tak relevan.

12 comments :

CAHAYA said...

hmm. betul. xde rezeki la tu kak. :)

Tie said...

Memang gitulah dok kat kampung. Tuan punya ternakan, kalau tak berhati2 tentu dpt dosa besar. Hasil ternakan yang makan benda yang tak dihalalkan oleh tuannya....hmm...takut gak, daging lembu/kambing tentu jadi haram (termasuk hasil jualan ternakan dia tu...)..hu hu...

Sapa2 yang ada ternakan, pastikan haiwan peliharaannya tak makan tanaman orang....berlipatganda dosanya....

Sabor ajelah Zan.....

Catwoman said...

Comei nya lembu "belaan" K.Izan nih.
Dah lama ke membela?
Gurau je,Kak.hikhikhikhik.....

**Bila nak sembelih spesis ni,Kak? Buat kenduri makan besar.**

chekdenoor said...

hmmm...memang kena sabar jer....walaupun dalam keadaan yang tak rela...tapi nak buat cam manakan...... tak kan kita pulak nak tambah dosa......

orang beriman..hanya boleh kata...hmmm...tak ada rezeki..... tapi tuan punya lembut...fikir apa agaknyer kan...........

geram memang ada...cam tulah kita.... insan kerdil..... cuma yang boleh kita lakukan ialah...beriltizam....biar orang buat cam tu....tapi kita jangan....biar kita ada perasaan toleransi dan memikirkan juga kebajikan orang sekeliling.

naz ilyn said...

kesiannya izan... mmg geram kalau tanaman kita diragut oleh peragut... napelah tuan peragut tu tak tambat atau letakkan di kawasan meragut...
lembu ni kalau kita letak apa pun abis ditelan...

Unknown said...

cahaya,

kena terima walau berat...

cendawanintim said...

bab2 lembu yang buat hal nih memang geram kan...

Unknown said...

k tie,

terima kasih sabarkan saya... huhu
patah hati kalau diikutkan dah...
tapi semangat tu masih ada...

Unknown said...

zyma....

haaaa.... ini satu lagi. kalau bukan belaan sendiri, baik ngaku siang2. jangan disembelih hak orang... pun tak baik gakksss...

huuuhh... tak comei pun :(

Unknown said...

chekdee,

klu org keliling zan dengar dah mula kata .."aku tak izinkan lombu2 ni mkn tanaman aku ....."..
tapi zan yang baru nak mula ni ... tak berani nak kata apa. selagi boleh tutup mulut.... zan tutup mulut dan mata...

niat dihati nak pasang pagar segera..

Unknown said...

ilyn,

sedih sesangat.... sebab tiap pagi situlah tempat zan habiskan masa sampai tengahari waktu2 bercuti kerja. tapi camano.... sabar jo lar..

Unknown said...

cendawanintim,

tu larh..... kalau tak sabar memang nak cakap semuanya...

sabar je la hai....

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter