Hari-hari yang dilalui macam biasa aje. Sabtu yang lepas zan kerja.... tapi kerja yang zan buat pada hari itu ialah berjalan-jalan blog ke blog.... almaklumlah ziarah menziarah tu kan dapat pahala juga... hehe.
Petang Sabtu lepas zan masak untuk makan petang terus ke makan malam..... penat rasanya nak masak dua kali walaupun awal masaknya tu.... apa yang zan masak. Haa.. cuba tengok gambarnya tu... ada sesiapa pernah makan tak.
Apa tuu... itulah cendawan cina. zan panggil cendawan cina, nama pada plastik tu... zan dah tak nampak. rupanya macam asam keping tapi kering dan seperti keropok. sebelum dimasak kita kena rendam dulu. Cendawan ni ada dua jenis, ada yang lebar2 tapak tangan ada yang kecil selebar ibu jari. zan suka yang kecil tu, sebab selepas rendam pun dia akan lebar juga.
Ooo... ini satu lagi makanan mak zan yang ajar makan. Senang aje, buat masak lemak putih dah sedap. kalau sesiapa yang pernah makan atau masak yang berlainan cara beritahulah, mungkin zan pun boleh cuba pula. Haa... ada sesiapa yang tak boleh buat masak lemak putih... mesti semua orang pun boleh kan.
Kalau zan bila lemak putih tu dah hampir nak masak baru zan masukkan cendawan ni. lepas tu apa lawannya, ikan masin ngan sambal tempoyak berapi.... oke ada sesiapa nak cuba tak. Haaa... cubalah sedap. rasa cendawan tu macam biasa aje bila kita gigit mengunyah tu ada bunyi "krak..krak...."... yang sedap kuah lemak tu, bila orang yang tak mau makan dengar... mesti cari pinggan punya. Kena pula ngan sambal tempoyak berapi..... mesti terharu.
Kalau orang dapat bunga..... zan dapatlah pokok. Tu nampak tak ..... sape buleh teka pokok apa tu....
tulah pokok pelam siam.... haaa. zan dah ada 3 jenis pokok pelam.... termasuk yang ini. seronoknya, zan beli hari sabtu tu lah, balik aje dari kerja terus cari .... seronok tau bila cuti-cuti menyangkul keluarkan peluh, pagi-pagi dah berpeluh .... exercise. Esok mana tahu satu hari nanti kita boleh petik hasilnya.... Insyaallah.
itularr... punyalah seronok dapat pokok tak sabar menanamnya...., sudahnya tunggu lagi seminggu gaklah baru dapat menanam...... tulang temulang dah reput tak larat.
16 comments :
panjang nye name masakan ni..klu nak minak kat gerai payah ni.huhuhuhu.wah pokok pelam dah tiga jenis..bile la nak dpt buah nye hek??
ermmm..cam cedap lerrr. moi tak pnh lak mkn cendawan tu..akak beli kat ner ek..
salam...
ilyn tak pernah masak cendawan jenis ni kalau makan tu pernah ler jiran yang kasi sedap gak... jiran sy tu masak lemak kuning atau campur dengan lodeh... tapi ilyn yang perabis anak-anak tak nak makan ler.
p/s: alahai zan janganlah sebut pasal tempoyak ni terliur rasanya... kat johor ni susahlah nak dapat tempoyak kalau bukan musimnya...
ateh,
kat gerai kat selangor ni memang susah nak jumpa, apalagi kat jordan..haha.. camane tuuu...
k zan tengah seronok mengumpul pokok buahan... nak merasa hasilnya kenalah tunggu 2-3 tahun lagi. lamakan...sabar-sabar.
Ahmoi,
cedap...tu k ilyn kata blh makan ngan suun lagi buat lemak kuning, mesti nak cuba niii...
k zan beli kat pasaraya2... kat sini pasaraya bintang selalunya dia letak kat bahagian bahan2 kering/basah.
amboi...ahmoi..tenggelam/timbul.
hihi..lindu woo..
ilyn,
sedapnya...bila kata leh campur masak lodeh... nanti boleh cuba, letakkan suun ngan kacang panjangkan.
izan kan lyn, bila beli durian tu kan, mana yang kurang rasa tu simpan dalam botol kemudian letak dalam peti ais, setahun pun dia tahan. zan tak campurkan apa2 pun, sbb ada orang letak cili/garam. zan tak... memang cedap... tumbukkan cili api ngan sikit ikan bilis letakkan 1 sudu besar garam. memanglah..... berapi..
Auuum !
Enak masakan ini ya
Kak tie suka makan cendawan ni... Rangup dan sedap.
Biasa kak tie masak ala sup sayur..bersama so-on, tahu kering, carrot, dll....sedap gak...lama tak masak ni..nanti nak buat laa...
Salam
Kalau nak mengukuhkan ekonomi maka sertailah pembelian emas dari ETIKA Emas, setiap pembelian 100grams kita akan bagi hibah RM 300 setiap bulan, kebanyakan orang yang bekerja kerajaan mereka buat loan Bank, kemudian mereka akan beli sekurang-kurangnya 500 grams dan mereka dapat hibah 1500 RM, keterangan lanjut akan di berikan jika di kehendaki
jan, mende ni aku panggil kulat telinga beruk, hehehee... entah cemana dapat nama aku pun tak tau. tapi buruk benau namanya. aku suka masukkan dlm sup ayam... memang best bila gigit, dia ada rangup2 sikit... hehehe... tapi buat masak kicap campur ayam pun sedap gak. selalunya nak cari kulat ni kat kedai cina le. takpun pegi pasaraya sure ada jual...
singamaraja,
huhu.. takutnya, teringatlah cerita "Dato' Harimau"...
sedap tu singamaraja.. cubalah dirumah mesti langsai dengan ceria...
k tie,
pernah makan jugak ye... tu sampai teringat enaknya rasa dia. buat lagi k tie ... zan pun nak cuba letak so-on juga... santan pun ada lagi ni... mesti tambah sedap.
Pakkaramu,
bukan ke bila beli emas kita nak kena keluarkan zakat bila cukup haul, bukan tak mahu keluarkan zakat... tapi cara macam mana pula mereka kira.... boleh jugalah kalau nak terangkan, nak juga tambah pengetahuan... minat atau tidak, yang penting maklumat dulu. tak apakan pakkaramu...
Dina,
kesiannya nama yang mu bagi tu tau... hehe... apapun bila dah masak memang sedap. dina pun pandai makan cendawan ni gak ye...buat masak kicap lagi... yang ni zan tak pernah lagi buat, boleh gak cuba buat sikit dulu...
betul tu, kat kedai cina pun banyak gak selain pasaraya...
aha..pelam siam....beli kat pasar tani ker..... Kata orang pelam siam ni cepat berbuah.....hmmm....ingat nak cari jugalah...nak tanam kat rumah baru....hehehehehe.....rumah baru......baru jer sign smp minggu lepas...prosesnyer makan masa 3 bulan kot....hmmm tak sabar nak pindah rumah baru..... nak cari pokok pelam siam lah....heheheheh
Chekdee,
zan tumpang seronok chekdee nak masuk rumah baru... semoga lebih bersemangat.
beli chekdee... kalau laman luas tanam 2-3 pokok buahan. lebih pun tak pa. nanti kan bila dia dah berbuah bergayutan mempelam tu kan, hati kita rasa puas sebab kita tanam dan dapat hasilnya.
tak sabar chekdee nak pindah, zan nk tngk lah rmh baru chekdee buleh.
zan cari kat sungai buloh, tapi ada satu jalan ke kuang dari sg buloh tu pokoknya yang dia jual gemuk2 subur. yg kat tepi jalan sg buloh tu, ada 2 zan beli kurus2. hehe... zan boleh bagikan petanya kalau chekdee nak.
Post a Comment